Dec 23, 2016 - 2160

"Fesyen Adalah Satu Cara Untuk Kongsi Stail Peribadi" — Tasha Shilla

Dihentam teruk di media sosial. Namun Tasha Shilla tetap kental dan menghadapinya dengan berani.

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram

iqbaq_mukhtaram@astro.com.my 

 

 

“BABE, we want to shoot you for our tenth anniversary cover, are you free?”

 

Kiriman WhatsApp buat Tasha Shilla disambut pantas. “Jadual Tasha memang sedang okey sekarang, I will block two dates for you ya!” Jawabnya mudah. Yes, Tasha Shilla tidak payah untuk bekerjasama, seringkali susun jadual dan beri masa untuk bersama InTrend. 

 

Edisi ulang tahun ke-6 menjadi sejarah pertama kami bekerjasama dengan Tasha Shilla. Ketika itu, nama Tasha Shilla terlalu muda, baru sahaja tampil dalam drama bersiri 'Lagenda' bersama Kamal Adli dan muncul dalam filem 'Ratu' di samping Fouziah Gous.

 

 

 

In @khoonhooiofficial dress 💖 #anugerahmelodi2016 #khoonhooi

A photo posted by Tashashilla RR. (@tashashilla) on

 

 

Tasha memang minat dengan dunia fesyen?

 

“Tasha memang minat dunia hiburan dan dunia fesyen. Sebelum berjinak-jinak dalam dunia glamor ini, Tasha bertugas di Prada Kuala Lumpur sebagai Sales Associate dan Personal Fashion Consultant. Pada mulanya Tasha cuma mahu berseronok dan mencuba nasib dalam dunia lakonan, but it turns out to be more serious dan kini it’s my passion,” jawabnya semasa temu bual. 

 

Hari itu, Tasha hadir di studio seorang diri, menyarung ribbed top dan celana labuh putih wide leg. Tasha tampak leaner than ever, juga langsing. 

 

 

 

Haircut + Treatment : Happy me 😍💇😍 #OhJunHairSaloon

A video posted by Tashashilla RR. (@tashashilla) on

 

 

Tubuh Tasha semakin kurus, sibuk sama kerja dan tugasan ataupun memang mahu menjaga makan?

 

“Yup, memang sedang jaga makan dan mahu tampak kurus kerana dalam televisyen, Tasha kelihatan berisi, so I decided to watch what I eat dan susutkan berat badan.”

 

We must say, Tasha looks incredible!

 

 

 

Grey outfit by @aliabastamamkl #klfw2016

A photo posted by Tashashilla RR. (@tashashilla) on

 

 

Kala Tasha disolek segar oleh Leen Zakaria, kami sempat menunjukkan Tasha ceraian yang bakal disarungnya untuk rakaman sampul hadapan, cropped top AQ AQ dan skirt daripada Sportmax Code.

 

“I love it. M Pavilion punya rangkaian busana yang cukup mengasyikkan. Tasha sendiri baru menyarung dress AQ AQ kala melalui karpet merah Anugerah Bintang Popular baru-baru ini di Genting Highlands. Dress itu buat Tasha rasa like a million bucks.”

 

“Tasha melihat fesyen sebagai satu cara untuk kongsi stail peribadi. Victoria Beckham, Marion Counter dan Fazura antara yang punya stail terhebat. Tasha gemar lihat gaya peribadi wanita seperti mereka bertiga, sentiasa tampak mewah tanpa begitu mencuba. Jennifer Lopez, Olivia Palermo dan Rihanna, antara yang Tasha suka lihat gaya mereka apabil hadir di acara fesyen.”

 

 

 

Monday mood😊

A video posted by Tashashilla RR. (@tashashilla) on

 

 

Pilihan fesyen Tasha sendiri dikritik oleh 'keyboard warriors' dan mereka tidak gemar penampilan Tasha yang semakin berani, apa kataTasha?

 

“Orang memang mudah menilai kesalahan orang lain, tapi yang penting Tasha mahu menjadi diri sendiri. Visi baru Tasha adalah tidak mahu bicara perkara yang tidak elok fasal orang lain. Ini kerana apa yang dibicarakan, mungkin bisa melukakan hati orang. Maka biarlah Tasha simpan dalam diri. Biar saja apa orang mahu kata fasal Tasha, asalkan Tuhan tahu niat dan hati sendiri.”

 

>>>[KLIK DI SINI] 10 Tips ‘Mix & Match’ #OOTD 2017! Jangan Takut Kalau Orang Kata Anda ‘Over’<<<

 

 

 

 

Benarkah artis muda zaman ini dianggap hanya sarat dengan kontroversi? 

 

“Tasha rasa itu satu assestment yang tidak adil dan berat sebelah. Bukan semua mencari drama dan cerita murahan untuk jadi bahan dalam surat khabar. Kadangkala orang lupa this is our daily lives too. Semua orang melalui perkara yang menyakitkan hati, namun apabila dia seorang selebriti, ia dipaparkan di dada akhbar untuk bacaan seantero negara.”

 

>>>[KLIK DI SINI] 15 Selebriti Gayakan Baju-T Logo Band Muzik, Gaya ‘Supercool’ Zaman Ekonomi Meleset<<<

 

 

 

 

Demikian bait bicara Tasha dalam Lembar Profil isu November 2012 berbalut busana Salvatore Ferragamo dan solekan oleh Bong menjadi sampul kedua Tasha bersama InTrend – her first solo cover though.

 

Ketika kami melamarnya untuk sampul itu, Tasha baru sahaja menang Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Pasca menang, terjadinya an explosive of scenes yang tidak perlu diungkit semula. Kala itu Tasha bijak untuk berdiri teguh dan tidak endahkan kata-kata yang tidak manis.

 

>>>[KLIK DI SINI] Sarah Raissuddin Inspirasi Wanita Bersaiz XS, #GegarVaganza3 Serlahkan Kecantikannya, Ini Buktinya<<<

 

 

 

 

“Sedikit sebanyak ia tetap mengganggu tidur Tasha. Namun sejak dahulu, Tasha tidak gemar kongsi perkara peribadi dengan individu yang tidak begitu akrab. Ya, kita harus belajar untuk menjadi dewasa.”

 

“Seperti InTrend yang kini sudah pun 11 tahun. Menjadi inspirasi buat semua pencinta fesyen di luar sana. Terima kasih kerana do what you do best dan sentiasa beri sokongan sama Tasha.”

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.