Feb 07, 2017 - 4910

Bagaimana YUNA Memakai Gaun Jurai BESI Ciptaan Hatta Dolmat — Gaunnya Berat Tapi Luar Biasa!

Hebatnya penyanyi wanita yang satu ini. Dan kerana hebatnya Yuna, pereka fesyen Malaysia, Hatta Dolmat mengambil risiko mencipta gaun rumbai besi untuknya!

 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

BOLEH Hatta ceritakan, dari mana datangnya inspirasi gaun perak kemilau yang disarungkan oleh Yuna pada malam Anugerah Industri Muzik ke-22?

Inspirasi gaun perak kemilau bermain perincian rumbai dan jurai itu sebenarnya datang daripada karisma diri Yuna sendiri. Pada malam itu, Yuna diberi penghargaan sebagai penerima Anugerah Kembara #AIM22. Ia sebuah trofi yang sangat-sangat istimewa. Maka kerana itu Hatta mahu dia dipandang dari satu aras yang lain, biar sepadan dengan darjah istimewa yang diterimanya itu. 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Pandangan Hatta tentang Yuna?

Yuna memiliki potongan badan yang cantik. Dia tinggi bak model. Lekuk figuranya cantik untuk menyarungkan apa jua potongan busana. Jadi elemen-elemen ini banyak memudahkan proses kreatif Hatta. 

 

Anugerah itu dihadiri ramai artis yang menghangatkan laluan karpet merah dengan rekaan-rekaan terbaik. Maka kerana itu, Hatta cabar diri Hatta untuk berfikir luar kotak. Rekaan ini agak rumit sebenarnya. ia sesuatu yang baru, kerana Hatta tak pernah lagi melakukannya — menggunakan elemen besi dalam rekaan! Metal fringe dress warna perak kemilau seperti yang anda semua lihat — itulah hasilnya. 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Bagaimana dengan proses penciptaan Hatta? Rumitkah?

Hatta berbincang dan berkongsi idea dengan Yuna melalui WhatsApp dan panggilan telefon. Proses pembuatan agak rumit, kerana faktor latitud dan kami berjauhan. Bila Yuna kembali ke sini, baru dapat buat sesi fitting pada minit-minit terakhir. Teknik gaun itu Hatta buat secara draping. Ia disarungkan pada patung sambil team Hatta menjalin satu demi satu ‘metal fringe’ itu.

 

Namun, apabila gaun dicabut dari patung, barulah Hatta tersedar, betapa beratnya gaun itu! Hatta rasa ragu-ragu waktu itu. Tertanya-tanya juga dalam hati, mampukah Yuna memakainya nanti?

 

Ya, baju itu memang berat, bayangkan jurai-juraian besi itu! (ketawa) Tapi Hatta sangat hormat dan tabik pada Yuna, dia ‘membawanya’ untuk karpet merah dan persembahan dengan baik sekali, seperti tiada apa-apa.

 

 

Mengapa besi? Apa signifikannya?

 

Kerana bagi Hatta, Yuna sendiri adalah lambang jati diri wanita Melayu bersemangat waja, paling luar biasa! Dia kuat dan keras seperti besi! Tiada yang selayaknya untuk membawa aura itu selain daripada Yuna yang telah menempuh bermacam dugaan untuk mencapai aras tinggi yang dinikmatinya hari ini. Buat Yuna, terima kasih untuk peluang kreatif ini. Hatta doakan semoga Yuna terus terbang lebih tinggi! 

 

 

SATU LAGI LAKARAN EKSKLUSIF, GAUN REKAAN HATTA DOLMAT BUAT YUNA  

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Sumber foto: Hatta Dolmat 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.