Sep 12, 2018 - 1003

10 Doktor yang Anda Wajib ‘Skodeng’ di Facebook – Rugi Besar Kalau Tak ‘Follow’

Akhir-akhir ini ramai doktor sudah pandai ‘melahar’ di Facebook mereka. Ini semua dilakukan demi menyajikan informasi kesihatan yang sahih dan boleh dipercayai.

 

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

 

 

 

LAMBAKAN informasi kesihatan yang entah apa-apa, ditambah dengan khalayak masa kini yang mudah mempercayai apa yang disajikan di media sosial membuat ramai pengguna terpedaya.

 

Ya, semakin hari semakin banyak auta kesihatan dan mitos yang disebarkan oleh segelintir pihak yang mengaut keuntungan melalui jualan produk penipu ataupun penyebaran dakyah antiperubatan moden. Maka InTrend mahu menyarankan anda ‘follow’ 10 doktor perubatan ini sekarang! Rugi tak ‘follow’ mereka.

 

 

 

1. Dr. Rafidah Abdullah, Pakar Buah Pinggang (Nephrology) 

Dr Rafidah memang lantang dalam mendedahkan produk-produk penipu yang akan memberikan kesan buruk kepada buah pinggang anda. Muat naik yang dibuat di laman Facebooknya bertujuan mendidik rakyat Malaysia mengenai penjagaan buah pinggang.

 

Maklumlah bila buah pinggang rosak, pesakit akan serbu hospital, betul tak? Akhirnya Dr. Rafidah dan teamnya juga yang pening kepala memikirkan kaedah perubatan yang terbaik untuk setiap pesakit.

 

Selain itu,Dr. Rafidah juga berkongsi tips yang boleh diikuti InTrenders jika tidak mahu buah pinggang anda rosak. Dr Rafidah turut menggalakkan orang ramai mengamalkan pemakanan seimbang selain aktif bersukan.

 

 

 

 

 

 

 

2. Prof. Dr. Imelda Balchin, Pakar Obstetrik & Ginekologi

Pakar sakit puan ini juga pernah terlibat dalam bidang kesihatan awam. Prof. Imelda sering memuat naik info-info berguna buat ibu hamil, juga mengenai penyusuan ibu dan berkaitan penjagaan bayi sesuai buat pembaca terutama ibu-ibu muda.

 

Penulisannya penuh fakta dan disertakan bukti kajian dalam bidang perubatan. Prof. Imelda aktif menyertai marathon sebagai salah satu aktiviti kecergasannya, sekali gus menggalakkan masyarakat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

 

 

 

 

 

 

 

3. Dr. Ahmad Firdaus, Pengasas dan Presiden Medical Mythbuster Malaysia

Kalau InTrenders nak tahu inilah Pengasas Medical Mythbuster Malaysia. Handsome, kan? Selain memuat naik entri perubatan dan kesihatan serta tips yang boleh dijadikan pengajaran, Dr Ahmad Firdaus juga senang berkongsikan hal sehariannya di laman Facebook miliknya seperti hartanah dan makan-makan.

 

Jadi tidaklah rugi ‘follow’ akaun Faceboook doktor ini kerana banyak ilmu yang dikingsikannya.

 

 

 

 

 

 

4. Dr. Rusyainie Ramli, Pegawai Perubatan Kanan di Kementerian Pertahanan

Dr. Rusyainie lantang menulis di Facebook terutama dalam mendedahkan produk-produk makanan tambahan yang menipu supaya pembaca lebih terbuka minda dan tidak mudah percaya dengan maklumat yang salah di media sosial. Usaha kerasnya berbaloi kerana tulisannya selalu tular. Tak rugi kalau InTrenders follow Dr. Rusyainie!

 

 

 

 

 

 

5. Dr. Nurilyani Bujang, Doktor Bius

Dr. Nurilyani rajin menulis tentang ubat-ubatan berkaitan bius yang pada asalnya adalah dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan. Menarik untuk dibaca. Selain itu, Dr. Nurilyani juga memberi amaran kepada pembaca mengenai produk suplemen, jamu, ubat tradisional yang mengandungi bahan larangan.

 

Buat InTrenders, jangan sesekali lupa pesanan doktor ini ya!

 

 

 

 

 

6. Dr Erna Nadia, Doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia

Doktor berkelulusan dari Nizhny Novgorod State Medical Academy, Rusia ini cukup aktif dalam memuat naik informasi mengenai kesihatan pelbagai cabang di laman Facebook miliknya. Dr. Erna Nadia juga lantang dalam menjatuhkan produk penipu yang membahayakan masyarakat. Jom, follow Facebook Dr. Erna Nadia mulai hari ini!

 

 

 

 

 

7. Dr. Suhazeli Abdullah

Seorang doktor pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan. Dr. Suhazeli sering menulis dan menjawab isu-isu berkaitan perubatan dan kesihatan termasuklah isu yang menggunakan agama untuk menjual produk atau menyebarkan dakyah. Kena follow Facebook doktor ini ya!

 

 

 

 

 

8. Dr. Khairul Hafidz, Pengerusi MedTweetMY

Kalau anda ada Twitter, cari profil Dr. Khairul Hafidz. Doktor yang seorang ini memang sangat popular di Twitter. Masakan tidak kerana Dr. Khairul Hafidz adalah pengasas yang juga pengerusi Medtweetmy.

 

Beliau tidak jemu-jemu berkongsi perihal kesihatan dan kecergasan supaya memberi manfaat kepada netizen yang suka ‘membawang’.

 

 

 

 

 

9. Dr. Iqbal Rosali, Doktor Gigi

Dr. Iqbal sering berkongsi ilmu dan tips berkenaan kesihatan gigi. Beliau juga kerap kali menceritakan pengalamannya dengan pesakit supaya menjadi pengajaran buat pembaca. Dr. Iqbal cukup rajin memuat naik peringatan kepada pembaca supaya mengambil berat dengan penjagaan oral.

 

Coretannya, “Setiap batang gigi lebih berharga daripada sebutir berlian,” cukup mengesankan.

 

 

 

 

 

 

10. Dr. Hafsah Sazali, Doktor Dermatology

Jika anda dahagakan informasi kesihatan terutamanya berkaitan dermatologi, silalah ‘follow’ Facebook Dr Hafsah. Beliau banyak memuat naik entri berkenaan kulit serta perkongsian kesihatan lain yang boleh dijadikan manfaat kepada pembaca.

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.