Jan 23, 2017 - 1177

Berjuta Orang Malaysia Kena Diabetes, Tips No. 2 Paling Elok Untuk Peniaga Kek 'Online'

Tidak salah kita menikmati makan lazat tapi perlu ingat! Semua sajian mengandungi minyak, santan, lemak, berkolestrol tinggi selain sarat kandungan gula.

 

 

Oleh: Huda Hussain

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

Tips Mengawal pemgambilan gula secara berlebihan 

 

1. Kecilkan saiz hidangan kamu. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat. Dan, tahukah kamu kandungan karbohidrat secawan bihun menyamai dengan secawan nasi? Justeru jangan fikir kamu makan ‘sedikit’ dengan memilih bihun berbanding nasi. Ini kerana kandungan karbohidrat secawan bihun sama dengan secawan nasi.

 

Karbohidrat akan ditukar ke dalam bentuk gula untuk digunakan sebagai tenaga pada tubuh. Inilah faktor selain mengawal pengambilan minuman dan makanan manis, kita juga perlu mengurangkan kuantiti hidangan yang mengandungi karbohidrat. 

 

 

2. Jika kamu membakar kek atau biskut, tiada salahnya jika sukatan gula dikurangkan berbanding resipi asal. Kamu boleh mengurangkan 1/3 kandungan gula bagi kek dan biskut tanpa perlu bimbang ia ‘tidak menjadi’. Malah dalam keadaan tertentu, rasanya pasti lebih enak jika kamu kurangkan kandungan gula. Ini adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan pengambilan gula tambahan. 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

3. Amalkan menghidang  buah- buahan kepada  tetamu sebagai pilihan menu yang sihat. Selain kaya dengan Vitamin C, ia lebih mudah dan praktikal kerana boleh dimakan begitu sahaja atau boleh juga dijadikan sebagai jus. Namun harus diingat, elakkan memasukkan gula ke dalam jus bagi mengekalkan rasa manis asli yang terdapat pada buah. 

 

 

4. Elakkan makan terlalu banyak kek, biskut dan kuih manis kerana rata-ratanya ia manis belaka. Jika mahu, makanlah sedikit selepas mengambil sajian berat. Cukup sekadar menjamah satu atau dua keping biskut ataupun kek.

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

5. Lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman yang manis terutamanya minuman berkarbonat. Jika mahu minum air manis, apa kata kurangkan sukatan gula. Bukan sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis, ia adalah salah satu cara bijak untuk kamu kurangkan  pengambilan gula berlebihan. 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.