Jun 25, 2015 - 3

Aiskrim GORENG Perisa Durian Edisi Terhad Paling Mudah Di Sediakan Di Bulan Ramadan

AKG_02.jpg
Nestlé Ice Cream memperkenalkan  Nestlé Aiskrim GORENG Perisa Durian Edisi Terhad Terbaharu di Restoran Kelantan Delights ketika majlis berbuka puasa bersama rakan media serta para hadirin yang dijemput. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Nestlé (Malaysia) Berhad, Puan Yit Woon Lai, Pengarah Komunikasi Nestlé (Malaysia) Berhad, En Khoo Kar Khoon dan Duta Nestlé Aiskrim GORENG, Chef Nik Michael yang juga seorang chef Perisa Durian ini merupakan rangkaian Nestlé Aiskrim GORENG selepas kejayaan jenis perisa Vanila dan Coklat yang dilancarkan pada Januari 2014. Para pelanggan kini boleh menikmati Nestlé Aiskrim GORENG Perisa Durian Edisi Terhad terbaharu mengikut keselesaan di rumah masing-masing pada bila-bila masa.
 AKG_03.jpg
 “Durian sangat digemari di Malaysia, dan dianggap sebagai ‘Raja Segala Buah’ di Asia Tenggara. Malah, kami menerima banyak permintaan daripada pengguna untuk jenis Aiskrim GORENG Perisa Durian kami, maka dengan itu kami perkenalkan rangkaian terbaru berperisa Durian.” kata Pengarah Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Nestlé Malaysia (Berhad), Puan Yit Woon Lai berhubung perisa terbaru itu. Nestlé Aiskrim GORENG merupakan snek yang ringkas dan sedap, senang disediakan dengan hanya 4 langkah mudah dalam masa 8 saat sahaja. Nestlé Aiskrim GORENG merupakan hidangan pencuci mulut yang unik, ianya panas dan rangup di luar, serta sejuk dan berkrim di dalam – sesuai untuk dinikmati  Pada majlis berbuka puasa itu, Duta Aiskrim GORENG, Chef Nik Michael melakukan demonstrasi ringkas  mengenai cara menyediakan Nestlé Aiskrim GORENG Durian dalam hanya 8 saat kepada rakan media dan para hadirin.
 
Terbaharu Nestlé Aiskrim GORENG Perisa Durian Edisi Terhad ini hanya boleh didapati dalam tempoh masa tertentu iaitu sehingga hujung tahun ini sahaja. Nikmati aiskrim terhangat di pasaran : Terbaharu Nestlé Aiskrim GORENG Perisa Durian Edisi Terhad,  Untuk maklumat lanjut mengenai Nestlé, kunjungi laman web Nestlé di http://www.nestle.com.my atau laman Facebook Nestlé Malaysia di https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: