Oct 29, 2014 - 8

"Kulcats" Lokasi Lepak Hipster Uber Crowd

Uniknya mengenai restoran ini, ia dimiliki oleh sekumpulan anak muda yang serius dan fokus terhadap perniagaan makanan.

Kunjungan kami ke restoran Kulcats Barrio yang terletak di Taman Tun Dr Ismail disambut mesra oleh dua individu penting di sebalik restoran ini, Sufian dan Sufiz. Uniknya mengenai restoran ini, ia dimiliki oleh sekumpulan anak muda yang serius dan fokus terhadap perniagaan makanan.
Khas-Deko(nov14)7dvfewe.jpg
Deko & Hiasan Serba Cool

Melihat dekorasi dan hiasan dalaman segenap restoran, segalanya menepati tema street lifestyle restaurant. Lakaran imej graffiti di dalam dan luar restoran yang memaparkan nama Kulcats Barrio adalah hasil cetusan kreativiti Ardy Damis daripada Joe’s Barbershop, seorang artisan juga lakaran imej Bob Marley ilham street art designer Katun adalah antara fokus utama hiasan dalaman yang pasti menangkap mata anda kala melangkah masuk ke restoran ini. Khas-Deko(nov14)7-er-re.jpgBerbekalkan hiasan ini selain sudut merchandise yang mempamerkan rekaan kemeja-T dan papan luncur Kulcats mengukuhkan lagi identiti restoran ini yang kini berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Ujar Sufian, “Kami menyasarkan golongan anak-anak muda, hipster uber crowd dan young professional adult lingkungan 22 hingga 35 tahun tetapi amat memeranjatkan kerana rata-ratanya yang datang adalah famili dan bagi saya kami telah menambah satu lagi demographic dalam range kumpulan pelanggan
 
KULCATS BARRIO & PASTEL
35, Lorong Rahim Kajai 9, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
03-7733 3420
www.facebook.com/Kulcats
instagram.com/Kulcats

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: