Oct 03, 2014 - 8

Makanan Bangkit Seksual?

Sama ada kepada lelaki atau wanita, makanan afrodisiak boleh mempengaruhi keseimbangan hormon yang membantu kelancaran dalam hubungan intim.

Bangkit-seksual.jpg

Ramai yang maklum mengenai makanan yang sesuai diambil untuk kesihatan seksual. Malah tidak kurang juga yang arif mengenai beberapa sumber makanan seperti coklat gelap, badam, tiram, strawberi, asparagus, madu dan lain-lain yang berupaya meningkatkan ghairah seksual. Sama ada kepada lelaki atau wanita, makanan afrodisiak boleh mempengaruhi keseimbangan hormon yang membantu kelancaran dalam hubungan intim. Namun demikian, terdapat juga beberapa sumber makanan dan minuman yang membantutkan keghairahan seksual individu. Tanpa disedari, pengambilan makanan dan minuman tertentu boleh merosakkan selain menjejaskan organ pembiakan. Oleh itu cuba kenal pasti beberapa makanan ini dan elakkan makanan tersebut dalam menu anda sekiranya anda inginkan hubungan intim yang hebat.
 
 
 
MINUMAN BERKARBONAT
 
Pengambilan minuman bergas/berkarbonat bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, malah ia mempengaruhi turun naik dalam berat badan dan mood anda. Minuman ini juga adalah antara punca yang menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis, obesiti, kaviti gigi dan lain-lain. Jika anda mula mengalami masalah berkaitan isu-isu kesihatan, ia adalah petanda awal yang memberi kesan pada tahap keghairahan anda.
 
 
SOYA
 
Soya adalah antara sumber minuman yang berkhasiat juga sumber protein yang baik bagi tubuh. Selain itu, soya adalah pengganti yang sihat bagi daging. Bagi wanita hamil, soya berupaya membantu pertumbuhan kulit yang lembut kepada bayi. Namun, tahukah anda kacang soya mengandungi fitoestrogen yang bersaing dengan hormon seks lelaki? Ia bisa menyebabkan masalah kesuburan, pertumbuhan payudara lelaki dan keguguran bulu dan patut dielakkan oleh lelaki.
 
 
 
GULA-GULA GETAH
 
Siapa yang tidak suka dengan gulagula getah bukan? Walaupun ia berupaya menghilangkan masalah nafas berbau serta memberi manfaat kepada sistem pencernaan, namun sebaliknya ia boleh memberi kesan buruk kepada nafsu anda. Gula-gula getah menghasilkan mentol (sejenis sebatian berhablur yang larut dalam alkohol, berangin dan digunakan dalam membuat ubat-ubatan dan sebagai bahan perisa) yang berupaya menurunkan nafsu seks.
 
 
 
KEJU
 
Produk-produk tenusu yang boleh didapati di pasaran hari ini tidak semula jadi kerana kebanyakannya sudah diproses. Produk-produk tenusu yang tinggi kandungan lemak seperti keju boleh menyebabkan kerosakan pada tubuh anda. Pengambilan produk tenusu yang tinggi dengan kandungan lemak secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan toksin di dalam badan. Secara tidak langsung, ia akan mengganggu pengeluaran semula jadi hormon seperti estrogen, progesteron dan testosteron yang boleh meningkatkan mood seseorang. Toksin yang terkumpul di dalam badan juga boleh menyebabkan kegagalan fungsi seksual bagi kes-kes yang kritikal.
 
 
 
KEREPEK KENTANG GORENG
 
Tahukah anda, dengan pengambilan satu pek kerepek kentang goreng sahaja boleh mempengaruhi keterujaan anda untuk melakukan hubungan intim? Ia adalah salah satu faktor mengakibatkan kerosakan tisu dan sel-sel badan termasuk membantutkan keghairahan anda untuk melakukan aktiviti seksual. Ini kerana kentang goreng dan makanan ringan yang rangup menggunakan minyak yang dipanaskan pada suhu yang amat tinggi. Pemanasan minyak pada suhu yang tinggi akan menyebabkan minyak menjadi bertoksik dan mengganggu nafsu seksual anda.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: