Jun 24, 2015 - 106

Sebab Kenapa Anda Perlu Banyak Minum Air Dari Banyak Makan

Drinking-water.jpg
 
OLEH : Akar Perunding Diet, Indra Balaratnam
 
Bulan Ramadan memang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana mereka dapat menunaikan ibadah puasa, manakala masyarakat di negara ini turut berpeluang menikmati pelbagai juadah enak yang dijual di bazar Ramadan. Bagi yang berpuasa, anda digalakkan mengamalkan minum dengan betul dan mengambil makanan berkhasiat bagi memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.
 
Menurut Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam; “Garis Panduan Diet Malaysia 2010 mencadangkan pengambilan makanan sihat dengan membanyakkan makanan yang secara semula jadi kaya dengan enzim. Makan pelbagai pilihan makanan yang berkhasiat setiap hari dan kurangkan pengambilan makanan terproses.”
 
“Pengambilan minuman yang betul adalah sama penting dengan pengambilan makanan yang sihat. Bendalir penting untuk kehidupan. Air membentuk lebih 2/3 daripada berat badan manusia. Tanpa air, manusia akan mati dalam beberapa hari. Semua sel dan organ memerlukan air untuk berfungsi.”
 
Air bukan sahaja dibekalkan oleh bendalir, ia adalah komponen utama dalam banyak makanan. Malah, dianggarkan 20 peratus daripada keperluan air kita dibekalkan menerusi makanan, bukan bendalir. Pengambilan makanan merangsang penyimpanan air. Makanan dengan kandungan air yang tinggi menambah isi padu tetapi mengurangkan kalori dalam diet.

Justeru, makanan dengan kandungan air yang tinggi membuat kita rasa kenyang. Buah-buahan dan sayuran adalah dua kumpulan makanan yang umumnya mempunyai kandungan air yang tinggi. Malah daging, roti dan produk tenusu juga mengandungi sedikit air.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: