Jan 26, 2017 - 1839

Dua Jenis Makanan yang Sesuai untuk Wanita Mahu Diet Serta Mengekalkan Nutrien Protein dalam Makanan

Tahukah anda? Kaedah mengukus, merebus dan memanggang disarankan untuk mengekalkan nutrien protein dalam makanan. Anda boleh cuba resepi ini.

 

Oleh:  Huda Hussain

 

 

 

 

MEREBUS, mengukus, atau memanggang adalah proses mengolah makanan yang sudah tidak asing, meski kaedahnya masih kalah dengan proses memasak lainnya.  Bandingkan dengan proses memasak menggoreng dan menumis.

 

Memasak dengan tiga teknik tersebut boleh membantu mencegah lebihan kolesterol atau lemak jenuh dalam tubuh. Selain itu juga dapat mempertahankan tekstur dan cita rasa makanan. Apa kata anda cuba dua resepi ini, selamat mencuba! 

 

 

 

 

 

 

IKAN SALMON KUKUS 

  • 3 potong ikan salmon 
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus) 
  • 2 batang serai (dihiris halus) 1/2 inci halia (dicincang halus) 
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah 
  • 1 biji perahan limau nipis Sedikit sos ikan
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 camca teh gula, garam dan serbuk perasa 

 

 

Cara Membuat: 

1. Panaskan periuk kukus sehingga airnya menggelegak. 

2. Masukkan ikan salmon bersama bawang putih, serai, halia dan air ke dalam periuk. 

3. Kukus sehingga ia mendidih dalam lingkungan 30 hingga 40 minit. 

4, Kemudian, masukkan sos ikan, perahan limau nipis, gula, garam dan serbuk perasa. 

 

 

 

 

 

 

 

 

AYAM PANGGANG LADA HITAM 

  • 1/2 ekor ayam
  • 6 ulas bawang putih (dikisar) 
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 4 camca besar sos tiram 
  • Serbuk lada hitam Sedikit garam 
  • Sedikit minyak zaitun 
  • Sedikit madu 

 

 

Cara Membuat: 

1. Masukkan bawang putih dan halia yang dikisar kemudian lumur pada ayam. Campurkan sos tiram dan madu, lumur sekali lagi pada ayam. Tambahkan madu dan perap ramuan sebelum memanggang. 

2. Taburkan serbuk lada hitam dan masukkan ke dalam loyang. Renjis minyak zaitun pada ayam tadi juga pada loyang agar tidak melekat. 

3. Panggang sehingga ayam masak. 

4. Terbalikkan ayam dan renjis minyak zaitun dari semasa ke semasa bagi memastikan ayam cukup masak. 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.