Mar 01, 2017 - 1865

Kenal Pasti 4 Jenis Diet Terbaik yang Perlu Anda Tahu Sebelum Melakukanya

Kenal pasti diet terbaik anda. Ikuti tips Kevin merungkai persoalan mengenai diet. Mana satu menjadi pilihan anda?

 

 

 

 

 

Kredit foto: Google

 

 

DETOX DIET 

What is it? 

Ia merupakan rancangan diet yang melibatkan efek detox. Pembersihan sistem daripada toksin dan pembinaan banyak fiber sebagai gantian bagi membantu menyedut sistem/colon. 

 

My Verdict? 

Sebetulnya, matlamat detox diet bukan untuk menurunkan berat badan sahaja tetapi membuat toksin juga. Kebetulan pula kamu turun berat badan daripada berat air dan sebagainya. Ia boleh dikatakan bonus buatmu. 

 

The Problem? 

Memang ia hanya untuk menghindarkan toksin tetapi tidak kisah kalau mencuba detox diet ini. Dapatkan empat lagi fakta diet pada bulan hadapan. 

 

 

 

 

Kredit foto: strenghthupgrade.com

 

 

HIGH PROTEIN DIET 

What is it? 

Sering disarankan oleh ahli bina badan dan nutrisi untuk menolong bina muscle dan hilang lemak. Protein diambil dalam jumlah 1-1.6 g untuk satu paun bodyweight.

 

My Verdict?

Saya tambah pengambilan protein ketika mula lakukan weight training (1g untuk satu paun bodyweight). Cukup untuk pertambahan building blocks. Hari ini semakin kurang tetapi saya masih fokus diet dengan pengambilan protein. 

 

The Problem? 

Bukan kerana protein lebih bagus daripada karbohidrat tetapi kualiti protein. Memang lebih baik menambah protein daripada kurangkan karbohidrat. 

 

 

 

Kredit foto: Google

 

 

ORGANIC DIET 

What is it? 

Fokus kepada pengambilan makanan organik yang standardnya seperti yang ada. Penggunaan konvensional non- organic pesticides, insecticides dan herbicides adalah baik. 

 

My Verdict? 

Epal organik boleh tambah berat seperti epal biasa. Pada saya diet organik adalah lebih kepada falsafah atau cara hidup.

 

The Problem?

Ini satu masalah jika hidup di kota besar yang punya toksik dalam makanan dan udara tiap kali kita bernafas. Jadi tidak ada masalah jika mahu diamalkan. 

 

 

 

 

Kredit foto: trpphysio.com

 

 

BALANCED DIET (Pilihan Diet Kevin Zahri)



What is it?

Ingat pyramid diagram? Itulah diet seimbang. Ia punya garis panduan atau ratio atau karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang  (ratio karbohidrat:protein:lemak bersamaan nisbah 55:30:15, 50:30:20 atau 60:25:15).

 

My Verdict? 

Saya mengamalkan sehari-hari cara diet ini. Pada pendapat saya, ia diet paling praktikal dan kekal sepanjang hayat.

 

The Problem?

Tiada masalah kerana inilah diet pilihan saya. Inilah yang terbaik! 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.