Sep 07, 2016 - 89

Kolaborasi Sazzy Falak dan Orchid Dalam Kempen #Malu?TakMalu!

Biarpun berada dalam zaman serba canggih, masyarakat kita khususnya golongan wanita masih lagi gusar dan malu mengetengahkan isu kebersihan dan penjagaan bahagian intim.


Foto: Ihsan Orchid 
 

Sewajarnya ia harus diubah kerana masalah ini perlu dikongsi melalui medium yang selesa dan mudah untuk mereka meluahkannya. Memahami dilema ini, Orchid jenama pembersih khusus wanita melancarkan Kempen #Malu?TakMalu! bagi menggalakkan wanita muda agar lebih yakin, berani sekali gus berkongsi apa jua masalah penjagaan serta kebersihan bahagian intim. 

 

Foto: Ihsan Orchid 

 

Pembersih Khusus Wanita Orchid 

Unik mengenai produk ini, ia menggabungkan herba-herba tradisional terbaik yang diformulasi dengan pH seimbang khusus untuk bahagian intim. Terbukti secara dermatologi, ia diperkaya dengan ramuan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional seperti manjakani, kacip fatimah dan daun sirih. Bertindak menyegar dan membersih, ramuan ini turut berfungsi mengenyah bau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut malah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Tampil dalam tiga varian seperti Intim, Romantis dan Anggun, ia membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan perubahan pH pada bahagian intim secara semula jadi. 


 

 
Foto: Ihsan Orchid
 

Kempen ‘Malu?TakMalu!’ 

Objektif kempen ini adalah mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita supaya lebih bersemangat dan yakin dengan kewanitaan mereka. Tidak perlu malu menyuarakan keraguan yang mungkin boleh menyebabkan mereka berasa tidak yakin dengan kemampuan diri.

Melibatkan siri jelajah ke universiti dan kolej seluruh negara, Sazzy Falak akan berada dalam setiap siri jelajah untuk menjadi pemudah cara dan moderator dalam perbincangan berkaitan kesihatan yang mungkin pelajar-pelajar mahupun wanita lain berasa malu untuk huraikan. Kempen #Malu?TakMalu! diaktifkan secara langsung dan dilakukan menerusi peraduan media sosial bertemakan #BeYourself.

Melibatkan pencarian gadis yang akan digandingkan bersama Sazzy dalam sebuah filem pendek berkongsi dilema yang dihadapi berkaitan aspek kebersihan bahagian intim wanita. Filem pendek ini akan dihasilkan dengan kerjasama Metrowealth International Group (MIG). Hadiah wang tunai RM3,000, produk dan peluang memulakan kerjaya dalam dunia hiburan di bawah naungan MIG adalah ganjaran yang menanti pemenang. Ayuh InTrenders, jangan lepaskan peluang ini! 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.