May 30, 2017 - 243

Sedapnya Telur Rebus Berkrim Untuk Sahur Nanti — Ibu-ibu MESTI CUBA, Anak Gerenti Suka!

Yang ringkas namun berkhasiat dan membuka pintu selera — itulah yang terbaik sebagai hidangan sahur. Sebiji telur rebus pun boleh menjadi lazat dengan resepi mudah ini.

 

 

Oleh: Nurul Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

 

MAKANAN untuk sahur perlulah yang ringkas, namun sedap, berkhasiat dan membuka selera. Untuk berbuka puasa pula, seeloknya biarlah yang lebih ‘detail’ dan istimewa. Kalau ibu-ibu kesuntukan masa, simpanlah resepi ini untuk hari minggu nanti. Selamat mencuba semua! 

 

 

 

 

 

 

TELUR REBUS BERKRIM

Bahan-bahannya: 

8 biji telur
1/3 cawan mayones
1 camca besar biji sawi
1 camca teh cuka
1 camca besar bawang merah (dikisar)

1/4 camca teh Tabasco 

Sos cili

Garam dan lada sulah Paprika (untuk hiasan)

 

Cara-cara Membuatnya:

1. Rebus telur di dalam periuk sehingga telur benar-benar masak. Kemudian angkat dan toskan airnya lalu biar sehingga telur sejuk.

2. Masukkan mayones, biji sawi, cuka, bawang merah dan sos cili.

3. Kupas telur, potong kepada dua bahagian. Keluarkan telur kuning dan masukkan ke dalam adunan mayones tadi. Tambahkan garam dan lada sulah lalu lenyekkan sehingga ia hancur.

4. Masukkan gumpalan adunan tadi ke dalam telur putih. Taburkan serbuk paprika, anda juga boleh membalut telur dengan plastik dan sejukkan selama lapan jam sebelum dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

IKAN SALMON KUKUS 

Bahan-bahannya:

3 potong ikan salmon

3 ulas bawang putih (dicincang halus)

2 batang serai (dihiris halus) 1/2 inci halia (dicincang halus)

1/2 camca teh serbuk lada sulah

1 biji perahan limau nipis

Sedikit sos ikan
1/2 cawan air
1/2 camca teh gula, garam dan serbuk perasa

 

Cara-cara Membuatnya:

1. Panaskan periuk kukus sehingga airnya menggelegak.

2. Masukkan ikan salmon bersama bawang putih, serai, halia dan air ke dalam periuk.

3. Kukus sehingga ia mendidih dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

4. Kemudian, masukkan sos ikan, perahan limau nipis, gula, garam dan serbuk perasa.

 

 

 

 

 

AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam
6 ulas bawang putih (dikisar) 2 inci halia (dikisar)
4 camca besar sos tiram 

Serbuk lada hitam 

Sedikit garam 

Sedikit minyak zaitun 

Sedikit madu

 

Cara-cara Membuatnya:

1. Masukkan bawang putih dan halia yang dikisar kemudian lumur pada ayam. Campurkan sos tiram dan madu, lumur sekali lagi pada ayam. Tambahkan madu dan perap ramuan sebelum memanggang.

2. Taburkan serbuk lada hitam dan masukkan ke dalam loyang. Renjis minyak zaitun pada ayam tadi juga pada loyang agar tidak melekat.

3. Panggang sehingga ayam masak.

4. Terbalikkan ayam dan renjis minyak zaitun dari semasa ke semasa bagi memastikan ayam cukup masak.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.