Apr 06, 2017 - 1174

Alami Simptom Lemah Badan dan Kurang Bertenaga? Bagaimana Atasinya, Ikuti Tips Ini!

Mudah penat, lemah badan dan keletihan kini boleh diatasi. Berikut adalah senarai ‘terapi’ terbaik untuk anda cuba.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Kredit foto: Corbis 

 

 

 

KELETIHAN disebabkan kerja seharian boleh menyebabkan gangguan konsentrasi dan prestasi kerja anda. Namun demikian masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga boleh menjadi kronik juga meningkatkan risiko serangan penyakit jika tidak diatasi segera. Berikut adalah antara punca dan kaedah yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini: 

 

 

FAKTOR KELESUAN BADAN: 

 

1. Sleep Apnea 

Segelintir individu berpendapat mereka mendapat tidur yang mencukupi. Namun, ia terganggu kerana masalah sleep apnea. Sleep apnea adalah gangguan tidur yang dimulai dengan jeda bernafas 10 detik atau lebih ketika tidur dan menyebabkan tidur tidak nyenyak. Tanda-tandanya termasuk dengkur yang
kuat, mengantuk, mudah marah dan tekanan.

 

Sleep apnea seolah-olah memberhentikan nafas anda seketika pada waktu malam. Setiap kali “diganggu” masalah ini, anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda berada dalam keadaan separa sedar atau tidak sedar. Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah “tidur” selama tujuh atau lapan jam. 

 

 

ALTERNATIF: 

  • Berat badan berlebihan? Cuba kurangkan berat badan anda kerana berat badan turut mempengaruhi masalah ini.

 

  • Anda juga disarankan agar berhenti merokok kerana ia mengganggu saluran pernafasan yang mengakibatkan kekerapan sleep apnea. 

 

 

 

 

2. Tidak Cukup Tidur

Jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, ia boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan terganggu sekali gus menjejaskan prestasi kerja dan tugasan seharian. Waktu tidur yang ideal bagi individu dewasa adalah tujuh hingga lapan jam setiap malam. 

 

 

ALTERNATIF: 

Bagi mendapatkan kualiti tidur, elakkan diri daripada penggunaan gajet misalnya telefon, tablet, komputer riba, televisyen dan lain-lain kerana ia menyebabkan gangguan. Jika masalah ini masih berlarutan, anda berkemungkinan mengalami masalah gangguan tidur (sleep disorder) dan dapatkan konsultasi daripada doktor. 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

3. Kafein Berlebihan 

Kafein boleh membantu meningkatkan kecergasan dan tumpuan pada dos yang sederhana. Namun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh meningkatkan tekanan darah dan penyakit hati. Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan dan menyebabkan tubuh menjadi lesu 

 

 

ALTERNATIF: 

Kurangkan pengambilan kopi, teh, Nescafe, coklat dan minuman ringan yang mengandungi kafein secara berperingkat. Perubahan yang mendadak juga boleh menyebabkan keletihan. 

 

 

 

 

4. Anemia 

Penyakit ini lazimnya sering berlaku dalam kalangan wanita. Hal ini kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid. Sel-sel darah merah diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ ke dalam badan. 

 

 

ALTERNATIF: 

  • Makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang dan kekacang. 

 

  • Pengambilan supplement juga boleh membantu untuk mengatasi masalah ini. 

 

 

 

 

5. Waktu Kerja 

Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mempengaruhi waktu tidur anda. Anda juga mudah letih apabila bangun tidur dan secara tidak langsung anda mungkin mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. 

 

 

ALTERNATIF: 

  • Apabila anda perlu berehat, hadkan pendedahan diri kepada cahaya. Jadikan bilik anda gelap, tenang dan sejuk. Ia membantu agar anda mudah tidur dan mendapatkan rehat yang mencukupi.

 

  • Elakkan daripada tidur terlalu lama pada waktu siang kerana ia akan mengganggu waktu tidur yang normal pada sebelah malam. 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.