Jun 25, 2015 - 14

ESKLUSIF Siapa Harith Iskander yang sebenar?

sehinggakan saya berani tampil ke hadapan seorang diri dan berlawak...

sdcfcdewedd.jpg
Siapa Harith Iskander yang sebenar?
Saya seorang yang pendiam. Waktu sekolah dahulu saya adalah kelompok pelajar yang duduk di belakang dan akan buat hal sendiri
 
Adakah anda mewarisi sifatsifat humor, dikelilingi mereka yang 'fun and funny' dalam hidup anda?
 
Arwah ibu saya adalah wanita England yang datang dari British pada 1960. Dalam keluarga, dia memang terkenal dengan karakternya yang pandai berjenaka tetapi dengan mimik muka yang serius. Arwah bapa saya pula adalah seorang tentera. Jadi sifatnya yang tegas dan berani sedikit sebanyak ada dalam diri saya sehinggakan saya berani tampil ke hadapan seorang diri
dan berlawak. Bagi saya, 40 hingga 50 peratus datangnya dari bakat dan selebihnya adalah kreativiti sendiri dan olahan idea untuk membuatkan orang terhibur dengan persembahan kita.
 
 
Sumber inspirasi anda?
Saya belajar dengan menonton video VHS lakonan Eddie Murphy. Saya jadikannya sebagai rujukan. Saya juga amat mengagumi kredibiliti AR Badul dan R Jaafar yang memeriahkan dunia komedi lewat 80-an dulu

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: