Sep 07, 2015 - 1

[GAMBAR] Penyampai Sinar FM Bantu Wanita Cacat Penglihatan Buat Anda Terharu

Hasrat untuk bertemu dengan wanita ini juga adalah berpunca dari sebuah video yang menayangkan kisah warga kurang upaya ini telah viral melalui salah seorang pengguna internet

Tarikh bermakna 31 Ogos semestinya tarikh bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia dengan berlangsungnya perakarakan beramai-ramai dari pelbagai kontinjen negara, pembacaan ikrar serta bermacam lagi aktiviti yang melambangkan kemerdekaan yang diraikan.
IMG_2465.JPG
Tanggal  Ahad lalu, trio penyampai Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sinar Pagi Kak Engku, Salih Yacob dan Krill telah melakarkan lagi sebuah sejarah rancangan tersebut apabila mereka turut berhimpun di Dataran Merdeka sempena sambutan hari Kemerdekaan negara. Inisiatif ketiga-tiga penyampai itu untuk bersama – sama berarak sempena Kemerdekaan ini mendapat perhatian apabila mereka sendiri hadir untuk acara raptai dan meraikan Hari Kemerdekaan bersama-sama warga Malaysia. Bagi melakar sebuah kenangan indah bersama rakyat Malaysia di hari bersejarah negara, penyampai Sinar FM turut beramah mesra bersama warga Malaysia yang berhimpun pada hari tersebut.
 
Sebagai sebuah stesen yang selari dengan slogan Menyinari Hidupmu, Sinar FM sentiasa mangambil inisiatif untuk dekat dihati peminat seperti cerita semalam pula, Abby Fana dan penyampai Sinar Pagi telah membawa sinar mata hati buat seorang insan bergelar Mak Cik Hendon yang juga merupakan seorang yang cacat penglihatan bertempat di Jalan Hassan Klang. Seperti selalu, perhatian yang perlu kita berikan kepada warga kurang upaya (OKU) amatlah digalakkan. Ini menunjukkan tanggungjawab kita sebagai seorang insan yang sempurna untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukannya.
IMG_2444.JPG
Kisah wanita gigih yang berusia 75 tahun ini mendapat perhatian penyampai Sinar FM seperti Abby Fana, Kak Engku, Sallih Yaacob dan Krill. Sebagai rutin harian, Mak Cik Hendon akan berjalan sejauh 2km setiap hari untuk menjaja di tepi jalan. Paling teruja, apabila hasrat wanita yang semakin dimamah usia ini menjadi realiti. Beliau kelihatan sungguh ceria kerana niatnya untuk bertemu dengan penyampai dari stesen radio kegemarannya Sinar FM menjadi kenyataan.  
 
Hasrat untuk bertemu dengan wanita ini juga adalah berpunca dari sebuah video yang menayangkan kisah warga kurang upaya ini telah viral melalui salah seorang pengguna internet yang sangat prihatin. Pihak Sinar FM juga turut merasa terpanggil untuk menyelami kehidupan seharian wanita tersebut. buat Penyampai Sinar fm, Abby Fana menawarkan diri untuk pergi menyaksikan sendiri bagaimana Mak Cik Hendon ini menguruskan kehidupan dan perniagaannya. Ternyata, pertemuan ini membawa sinar dalam hidup mak Cik Hendon yang memberitahu kami tujuannya meniaga adalah untuk menyara dirinya dan tidak mahu mengemis atau meminta sedekah. Selagi ada daya upaya dan kudrat, Mak Cik Hendon tidak mahu menyusahkan sesiapa pun termasuklah anak-anaknya.  
 IMG_2422.JPG
Setiap pagi, Mak Cik Hendon juga akan menyorong gerainya sejauh 200 meter untuk meniaga makanan ringan mulai jam 9 pagi hingga jam 1 petang. Kanak-kanak yang pulang dari sekolah, orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut adalah pelanggannya.
 
Pada mulanya, hanya Abby Fana sahaja yang ingin turun padang dan menyaksikan sendiri kisah Mak Cik yang cacat penglihatan ini namun Trio Sinar Pagi, Salih Yaacob, Raja Azura dan Krill Rashid juga turut serta pada lewat pagi itu dan membawakan bekalan makanan ringan supaya boleh dijual oleh Mak Cik Hendon. Harapan Sinar FM pula, semoga kegembiraan yang dibawa dan dimulakan ini akan berpanjangan dan masayarakat di luar sana berikan keprihatinan mereka terhadap nasib warga OKU seperti Mak Cik Hendon ini.
IMG_2469.JPG

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  sinarFM