Feb 19, 2016 - 53

(KISAH BENAR!) Rakaman Video Anak Autistik Zarina Zainuddin yang Membuat Anda Mengalirkan Air Mata

Pengorbanan dan perjalanan hidup Zarina Zainuddin mengasuh dan mendidik sepasang anak kembarnya yang autistik, telah dirakam...

       Pengorbanan dan perjalanan hidup Zarina Zainuddin mengasuh dan mendidik sepasang anak kembarnya yang autistik, telah dirakam dengan jelas dalam sebuah artikel berjudul ‘Akustik Cinta Autistik’ yang disiarkan oleh majalah InTrend Malaysia edisi Februari 2016, terbitan ASTRO Digital Publications. Artikel itu antara lain menyebut bagaimana Muhammad Razil Azrai (Azil) yang dipanggil Abang, selalu mencederakan dirinya sendiri sehingga berlumuran darah apabila sedang tantrum. Sungguh sedih kerana Zarina Zainuddin terpaksa memilih antara ‘menidurkan’ Abang dengan ubat-ubatan, ATAU merelakan anaknya hidup lepas-bebas dan aktif ke sana ke mari, NAMUN Zarina terpaksa berdepan risiko-risiko yang harus ditangani, yang pastinya menggoncang emosi. 
 
Suka atau tidak, harus kita akui, tahap kesedaran masyarakat terhadap fitrah dan keperluan anak-anak autisme masih rendah di Malaysia. Kesedaran masyarakat yang masih rendah ini tidak sepadan dengan hasrat kita untuk membentuk sistem sokongan yang teguh, yang mampu memberikan kualiti hidup lebih baik buat anak-anak syurga ini. 
 
Bukan itu sahaja, intervensi awal sebelum kanak-kanak berusia tiga tahun juga amat kritikal. Intervensi awal ini mampu mencetuskan hasil transformatif, yang sangat-sangat membantu ibu bapa kanak-kanak autistik pada kemudian hari.
 
InTrend berharap, kesedaran dan kefahaman masyarakat kita akan bangkit dengan segera. Semoga tiada lagi pandangan-pandangan sinikal dan maki-herdik orang kita sekiranya mereka berhadapan dengan situasi tingkah-laku anak-anak autisme. Ingatlah, mereka tidak minta dilahirkan sebagai anak autistik. Dan ibu bapa mereka tiada pilihan, selain terus memelihara, mendidik dan memuliakan anugerah Allah SWT yang teristimewa ini. Bersama-samalah kita saling berusaha menjadi manusia yang lebih toleran, prihatin, punya perasaan belas dan tinggi tanggungjawab. Insya-Allah. 
 
Ayuh ikuti video bagaimana Abang meluahkan perasaannya kepada Zarina Zainuddin (kerana tidak mampu bercakap/berkomunikasi).


 
 

Rakaman Video Anak Autistik Zarina Zainuddin yang Membuat Anda Mengalirkan Air Mata.

Posted by Majalah InTrend on Thursday, 18 February 2016

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.