Dec 29, 2015 - 7

[ROHANI] Ayuh, InTrenders, Masanya Untuk Membayar Zakat!

PPZ-MAIWP adalah Pusat Pungutan Zakat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mengutip zakat...

 PPZ-MAIWP adalah Pusat Pungutan Zakat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mengutip zakat di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baitulmal juga dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi memberi agihan zakat di kawasan Wilayah Persekutuan, manakala Yayasan Taqwa menjalankan agihan di luar kawasan Wilayah Persekutuan.
InTrend ingin memberi lebih pencerahan kepada semua InTrenders tentang pentingnya menunaikan tanggungjawab membayar zakat, memberikan maklumat tentang saluran-saluran zakat yang disediakan oleh pihak kerajaan, dan yang paling terkini, tuntutan untuk membayar zakat dalam kalangan peniaga-peniagaan online yang beragama Islam. Selamat membaca, semoga anda memperoleh faedah daripadanya.
   
 
  1. Definisi zakat?
Zakat dari sudut bahasa ialah suci, bersih dan bertambah. Zakat dari sudut istilah ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat yang tertentu.
 
  1. Kenapa umat Islam wajib membayar zakat?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ia diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan solat, berpuasa dan menunaikan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
 
  1. Apakah syarat wajib membayar zakat?
  • Islam
  • Merdeka
  • Milik sempurna
  • Cukup haul  
  • Cukup nisbah – RM 11,308
  • Niat untuk berniaga – khas utuk perniaga sahaja
 
  1. Berapakah jenis zakat yang ada?
Jenis zakat terbahagi kepada dua iaitu:
 
Zakat Fitrah – Ia dikenali sebagai zakat diri sendiri yang ditunaikan pada bulan Ramadan. Zakat ini boleh ditunaikan oleh setiap individu sama ada lelaki atau perempuan.
 
Zakat Harta - Ia terdiri daripada zakat pendapatan, wang simpanan, emas dan perak, saham, KWSP, perniagaan, ternakan, pertanian dan qadha zakat.
 
  1. Bagaimana cara kaedah pengiraan zakat pendapatan?
Pendapatan kasar x 2.5 %. Kita perlu  mengira semua sumber pendapatan dalam setahun dan sekiranya lebih nisab individu adalah wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
 
Cara 1:
Pendapatan kasar setahun x 2.5% (jika melebih nisab RM11,308 setahun)
Contoh : RM36,000.00 x 2.5%
 
Cara 2:
  1. Pendapatan setahun termasuk elaun, bonus, dividen yang diterima dalam setahun
        = RM36,000
 
  1. Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (setahun)
  • Diri – RM9,000
  • Isteri – RM3,000
  • Anak – RM4,000/ ( jika anak seorang-RM1,000)
  • Ibu Bapa (contoh : RM100 x 12) – RM1,200
  • KWSP (contoh : 11%) – RM3,960
  • Caruman koperasi/insitusi kewangan (contoh : Tabung Haji) – RM900
Jumlah Tolakan =  RM 21, 160
  1. Pendapatan yang layak dizakat ( A-B) = RM14,840
  2. Zakat yang wajib dibayar ( kerana C lebih dari nisab ) – RM 14,840 / 2.5% = RM371
  3. Jumlah potongan gaji zakat sebulan – RM371 / 12 = RM30.92 (Jumlah ini yang anda bayar setiap bulan)
 
  1. Zakat Simpanan
  2. Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan. Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.
 
  1. KWSP
Wang yang berada di dalam KWSP/EPF tidak wajib dikeluarkan zakat selagi mana ia tidak dikeluarkan lagi (tidak cukup syarat iaitu pemilikan sempurna). Individu terlibat WAJIB mengeluarkan zakat ke atas jumlah yang telah dikeluarkan.
Jumlah Pengeluaran x 2.5%
 
  1. Zakat Perniagaan (Khas Untuk Perniagaan Secara Online)
Peniaga online yang tidak menyediakan buku akuan yang bersifat pendapatan yang rolling atau laburkan balik. Pengiraan zakat peniaga online disamakan dengan zakat pendapatan sendiri.
 
Contoh:
Pendapatan kasar dalam tempoh setahun dalam Januari - Disember, buat pengiraan sama atas zakat pendapatan :
 
  1.  Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (setahun)
  • Diri
  • Isteri
  • Anak
  • Ibu Bapa
  • KWSP (jika ada buat simpanan KWSP)
  • Caruman koperasi/ insitusi kewangan (contoh : Tabung Haji)
Jumlah Tolakan =  RM ……
  1. Pendapatan yang layak dizakat ( A-B) = RM……
  2. Zakat yang wajib dibayar (kerana C lebih daripada nisab ) – RM 14,840 / 2.5% = RM371
  3. Jumlah potongan gaji zakat sebulan – RM371 / 12 = RM30.92 (Jumlah ini yang anda bayar setiap bulan)
 
 
  1. Boleh kongsikan apakah saluran-saluran bayaran zakat yang disediakan?
Anda boleh membayar zakat di kaunter PPZ atau Melalui Van Bergerak PPZ di:
  • Taman Shamelin Perkasa Cheras
  • Masjid Negara
  • Wangsa Maju Seksyen 5
  • Putrajaya Presint 9
  • Putrajaya Presint 15 Diplomatik
  • Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr.Ismail
  • Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2
  • Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong
  • Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong
  • UTCKL Pudu Sentral
  • Labuan Times Square
 
 
WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP
Isnin – Jumaat : 8.15 pagi – 4.45 petang
Sabtu (kedua,empat) : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
* Kaunter PPZ di UTCKL Pudu Sentral dibuka setiap hari dari jam 8.15 pagi - 10.00 malam sepanjang tahun.
 
Secara Online :
  • PORTAL PPZ ( www. zakat.com.my )
  • iZakat - muat turun aplikasi ini di AppStore dan Google Play
  • Portal - www.zakat2u.com.my
 
Menerusi Bank :
  • Kaunter Bank
  • Perbankan Internet- Myabank2U, CimbClik, RHBOnline dan lain-lain
 
Bayaran di Pejabat Pos di Wilayah Persekutuan 
 
  1. Bagaimana caranya jika pelanggan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai zakat?
Untuk maklumat lanjut mengenai zakat, anda boleh layari Portal Zakat www.zakat.com.my dan Talian Zakat 1- 300 - 88 – 5757
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  ZAKAT