Aug 13, 2015 - 26

[TRENDING] Dato Aliff Syukri Cerita Kembali Kisah Hidup Sebelum Miliki Kereta Merah

Penglibatan dalam skim cepat kaya juga adalah tiket kearah menjatuhkan diri kedalam lubuk kegagalan.

11866296_802682133182465_7911428988004389399_n.jpg
JUTAWAN peniagaan produk kecantikan Dato Aliff Syukri cerita kembali kisah susah dirinya tidak miliki kereta dan sanggup berusaha untuk miliki kejayaan. Luahan rasa inidi kongsi melalui laman sosial facebook peribadinya yang akan memberi inspirasi kepada kita untuk terus bangkit dari kegagalan.

“Hari ini saya seakan bermimpi dan berhayal ttp menjadi nyata..dan teringat sy dulu..saya pernah berjalan kaki dulu kerana tiada kenderaan dan tiada wang untuk membeli kereta dan saya berniaga berjalan kaki ke rumah dan pejabat....melihat keadaan saya itu membuatkan saya berazam bahawa cabaran adalah semangat pada saya utk berjaya...tiada perkataan x boleh dlm kamus hidup saya...kerana hanya kita yg berhak mengubah kehidupan dan diri kita bukan orang lain...Dalam hidup tiada yg mudah..semuanya perlu kerja keras utk mencapai matlamat dan impian utk berjaya..Jangan sesekali putus asa dan serahkan takdir hidup kita pada keadaan walaupun telah banyak kali gagal...kerana gagal bukan noktah kehidupan kerana saya juga pernah gagal...Alhamdulillah impian abg tercapai hari ni utk memiliki kereta idaman iaitu Rolrose "selalu tngok filem org puteh ada kete ni jd nak juga merasa"....bukan tujuan untuk menunjuk jauh sekali meriak...hanya utk memberi semangat bahawa kpd smua khususnya peniaga melayu wanita dan lelaki kita boleh berjaya walaupun siapapun anda!! yg pnting kita perlu berusaha bukan hanya khayalan dan angan2...”

Dato Aliff Syukri juga mengingatkan kepada semua agar jangan terlalu mengambil jalan mudah untuk menghampiri kejayaan. Penglibatan dalam skim cepat kaya juga adalah tiket kearah menjatuhkan diri kedalam lubuk kegagalan.

“Ingat jangan main no ekor atau skim cpt kaya sbb "yg cepat naik cepat juga jatuh"..jd ikutlah aliran yg betul dlm perniagaan..jgn sampai yg dikendong x dapat yg dikejar berciciran dan fokus terhadap apa jua yg dilakukan dan Insya Allah ada rezeki.menanti..Allah sangat sayangkan hamba3 nya yg rajin berusaha...* dah lengguh tangan sy taip panjang2 ehhehe”

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: