Sep 03, 2016 - 1282

Ahmad Idham dan Misi Pendidikan Anak Istimewa: Apa Kata NETIZEN?

Kebanyakan Kes Anak diserang Sawan dan Demam Panas Beri Kesan Seumur Hidup. Ibu Bapa Malaysia Akhirnya Bersuara.




SAYA berbesar hati dapat mengangkat sebuah kisah kemanusiaan dalam paparan kali ini. Pada hemat saya, isu ini adalah isu yang biasa-biasa kerana saya percaya daripada 10 pasangan ibu bapa di luar sana, pasti lima atau mungkin kurang daripadanya pernah berhadapan dengan kejadian anak diserang demam panas. Apa yang membezakannya adalah adakah mereka terkena sawan atau tidak.


Menelusuri kisah sebahagian perjalanan hidup yang dilalui Ahmad Idham bersama isteri, Amy Abd Aziz di samping Ahmad Firdaus banyak menginsafkan saya. Segalanya berkisar dan berputar tentang bagaimana sebagai ibu bapa, kita perlu reda dan paling penting berusaha untuk peringkat seterusnya untuk memberikan yang terbaik demi kasih dan cintakan anak. Dan itulah yang dilakukan mereka. Biar mungkin pada pandangan umum, hidup mereka diselimuti kesenangan, namun Allah tetap menduga. Dan ujian itu diambil dan ditempuhi dengan hati paling bersih lagi positif.
 

Sumber: ahmad_idham


Mereka reda dan hingga ke hari ini terus berusaha memastikan Ahmad Firdaus mendapat hanya yang terbaik untuk kelangsungan perjalanan hidupnya kelak. Kata Ahmad Idham menerusi kiriman WhatsApp, persetujuannya untuk melakukan sesi fotografi ini adalah untuk berkongsi pengalamannya membesarkan anak istimewa.

Tentang kesukaran mencari pusat pendidikan dan bagaimana pandangan masyarakat yang masih mundur mindanya terhadap golongan anak istimewa, katanya, “Lebih kepada untuk bangkitkan kesedaran dan berkongsi dengan semua di luar sana."

Bagi ibu bapa atau sesiapa jua yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Eden Firdaus Centre for Special Education, anda boleh menghubungi talian 03-6143 5589. Atau datang ke sekolah ini yang terletak di Lot U-72-G & U-72-1, Jalan PJU 5/22, Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall, 47810, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Moga perkongsian kisah ini memberi manfaat buat kita semua. 

 

NETIZEN DAN IBU BAPA MALAYSIA AKHIRNYA BERSUARA
























 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.