May 30, 2019 - 1338

Pernah Sahur Setin Air Kurma Kongsi Lima Beradik — Kini Wanita Cantik Ini Usahawan Sambal & Kosmetik Berjaya

Benarlah, jika kita sabar melalui ujian Tuhan dengan redha, pasti dibayar dengan kesenangan di kemudian hari. Baca kisah wanita ini jika kamu rasa kamu rapuh.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

 

NAMANYA mungkin tidak segah usahawan tempatan lain yang sudah sepopular selebriti sekarang ini. Namun, jangan terkejut kalau lagi setahun dua, dia bakal menjadi sebutan ramai dek kesungguhan dan kebijakannya dalam mempromosikan ‘barang niaganya’.

 

Tambahan pula dia punya pakej lengkap sebagai usahawan kecantikan yang tidak hanya tahu berniaga, malah mencerminkan imej pantulan apa yang didagangkan.

 

Aleeya Zailan, berusia 35 tahun, seorang isteri dan ibu kepada dua anak. Pengasas Avenys dan Vitalicia.Co.

 

Ayuh, dengarkan sedikit kisah inspirasi beliau yang mungkin buat kamu terus bangkit ingin mula mendaki gunung impian!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Bagaimana kehidupan silam Aleeya?

Kalau kebanyakan orang seronok mengenangi kehidupan silam sebagai kanak-kanak dan remaja, ia adalah perasaan sebaliknya buat saya. Kenangan zaman kanak-kanak saya tidak seindah orang lain, kehidupan kami adik-beradik berlatarkan memori hitam yang menyakitkan.

 

Saya masih ingat waktu itu saya berusia 12 tahun, Mama dan Abah mengambil keputusan untuk berpisah apabila masing-masing mahu meneruskan kehidupan dengan pasangan baru.

 

Paling menyedihkan apabila Mama pergi meninggalkan kami kerana mengikut suami barunya ke New Zealand.

 

Menangis meratap saya merayu agar Mama tidak tinggalkan kami. Tetapi, kekusutan hidup waktu itu mendesak Mama untuk pergi juga. Mama pergi begitu saja ketika kami di sekolah.

 

Balik-balik tengok Mama dah tiada. Bayangkan perasaan anak-anak waktu itu? Keputusan Mama waktu itu membuatkan saya memberontak dan marah.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Bagaimana meneruskan hidup ketika masih mentah tanpa ibu waktu itu?

Abah terpaksa meletakkan kami di rumah Nenek. Maka, Neneklah yang menjaga kami menggantikan Mama. Biasalah, apabila duduk rumah orang (walaupun rumah Nenek), tetap rasa seperti menumpang.

 

Tambahan pula, Abah selalu menegaskan kepada kami bahawa kami ini ‘hidup menumpang’, jadi kena pandai-pandailah bawa diri. Dipandang sinis oleh saudara-mara juga perkara biasa.

 

Siapalah yang suka budak-budak berhingus yang tiada apa-apa dan seperti terbuang ini? Maka, kami adik-beradik membesar bagaikan ‘orang buangan’ walaupun Nenek begitu baik menjaga kami.

 

Apa sahaja yang orang lakukan kepada kami, kami simpan sahaja tanpa menceritakan kepada Mama dan Abah.

 

Abah pula jenis yang tak suka dengar benda-benda begitu. Abah selalu ingatkan untuk sentiasa ‘sedar diri’.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Bagaimana kehidupan dengan Abah dan isteri baru yakni ibu tiri Aleeya?

Selepas Mama tinggalkan Abah, Abah pun kahwin dengan isteri baru. Mugkin sudah takdir kami sentiasa ditemukan dengan orang-orang yang membawa ujian, mak tiri pun tidak sukakan kami.

 

Pernah sekali Abah tinggalkan kami dengan mak tiri, bulan puasa waktu itu. Tidak ada sebutir pun makanan yang ditinggalkan di dapur. Kami bangun waktu sahur itu, hanya jumpa setin air kurma yang kami kongsi berlima.

 

Begitu juga suasana Raya kami. Memang sedih apabila melihat anak-anak orang lain beraya dengan mak ayah. Kami ni ikut nasiblah, kalau ada mak-mak saudara atau bapa-bapa saudara yang nak bawa kami beraya, dapatlah kami jalan raya.

 

Kalau tak, duduk jelah rumah tengok orang datang. Dalam hati terdetik, kenapalah aku tak ada keluarga macam orang lain. Yang mak ayah layan makan pakai.

 

Sedangkan kami, baju Raya pun daripada ehsan orang yang sedekahkan kain kepada Nenek. Memang menyedihkan…

 

 

 

Di sekolah juga Aleeya dilabelkan sebagai pelajar bermasalah?

Ya lah, kalau sudah berada dalam keluarga yang pincang, tentulah di sekolah pun kita dicop sebagai pelajar yang bermasalah. Saya pun bukan pandai dalam akademik.

 

Saya tekad, walaupun saya gagal SPM, saya akan tetap ke New Zealand untuk menyambung pengajian. Saya mahu ubah nasib diri dan adik-beradik. Saya tidak mahu terus hidup dalam kemiskinan dan dipandang hina.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Aleeya beritahu Aleeya marahkan ibu waktu itu, tetapi kenapa masih mahu ke New Zealand dan tinggal bersama ibu?

Saya tidak punya banyak pilihan waktu itu. Saya masih ingat pada satu hari itu apabila seorang saudara terdekat memarahi saya dan bercakap bukan-bukan depan saya, sampai barang kemas yang saya pakai pemberian Nenek dirampasnya, saya sudah tidak mampu bertahan lagi.

 

Diseksa bagaikan dalam cerita Cinderella. Malam itu, saya terus hubungi Mama dan mahu lari ke New Zealand. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

 

Saya diambil oleh seorang sepupu duduk sementara dengannya dan saya bekerja di 7-Eleven untuk mencari duit membuat passport dan beli tiket ke New Zealand.

 

Saya terpaksa tinggalkan adik-adik seketika demi memperjuangkan nasib saya. Memang sedih membayangkan nasib mereka di sana, tetapi apalah daya saya waktu itu. Saya harus lakukan sesuatu untuk ubah nasib saya. 

 

Dengan menyambung pengajian sajalah saya mampu membaiki kehidupan kami nanti.

 

 

 

 

Bagaimana Aleeya dapat memasuki University of Auckland, New Zealand sedangkan Aleeya beritahu tadi Aleeya bukannya pandai dan tidak punya wang pula tu?

Pelikkan? Itulah orang kata, rezeki itu tak pernah salah alamat. Memang semua ini miracle. Saya datang ke New Zealand tanpa SPM kerana waktu itu keputusan belum diumumkan.

 

Berbekalkan sijil biasa, saya pergi ke AIS, dan buat Otago Foundation Studies. Kemudian, seorang teman menyarankan saya memohon ke University of Auckland. Mulanya rasa macam mustahil, tetapi setelah melalui temu duga dan saya berjaya, ia sesuatu yang memeranjakan.

 

Malah, Mama pun terejut. Apa lagi bapa tiri saya (suami baru Mama) yang memang selalu memperlekehkansaya. Saya berjaya meneruskan pengajian dalam Business and Political Studies.

 

Sambil belajar, saya buat kerja part time dengan menyolek dan kerja-kerja lain untuk menampung sewa bilik.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Bagaimana kenal dengan suami? Ada yang kata, Aleeya berjaya kerana bersuamikan anak orang kaya, komen?

Kami berkenalan menerusi internet. Waktu itu, suami di London dan saya di New Zealand. Awalnya, saya tidak mahu serius kerana komitmen terhadap pelajaran yang lebih utama.

 

Namun, kesungguhan dan kemahuan dia dan keluarganya terutamanya ibunya membuatkan saya cair. Siapa kata saya berjaya kerana kekayaan suami? Sehingga ke hari ini, saya masih berasakan saya hanya menumpang di rumah suami.

 

Ini mungkin kerana rasa ‘trauma’ dan psikologi saya yang sudah diasak sejak kecil oleh Abah yang kami ni hidup menumpang. Ini bukan rumah kami! Sehinggakan rumah suami pun saya rasakan bukan rumah saya sendiri.

 

Suami memang tidak bagi saya bekerja. Setahun dua bolehlah lama-kelamaan saya mula rasa resah untuk hanya duduk diam.

 

Saya mahu punya duit sendiri agar saya boleh bantu Abah dan adik-beradik.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Bagaimana permulaan Aleeya melompat dalam dunia perniagaan?

Disebabkan tak ada apa nak buat masa jadi suri rumah dulu, kerja saya asyik memasak saja. Semua orang saya jamu. Ketika bersama Nenek dulu, kami dah biasa masak dalam portion yang besar, maka menurun sampai saya dah jadi isteri.

 

Sehinggakan suami kata dapur saya dah macam kantin. Selepas adik ke tiga saya berkahwin dengan orang Pahang, Natrah namanya, saya diperkenalkan dengan Sambal Hitam. Kami terus plan nak jual sambal itu di Facebook dan Instagram.

 

Saat mula buat video itu, spontan keluar perkataan, “Siapa nak rasa Sambal Hitam Pedas Giler Masuk Hospital.” Tak sangka pula tagline itu menjadi dan mula mendapat sambutan.

 

Kemudian, dapat peluang berniaga di tapak-tapak bazar. Dalam sehari boleh cecah 500 ke 1000 pek sehari. Stok terhad. Asyik kena balik, masak.

 

Balik dan masak lagi sebab kami buat fresh atas permintaan. Sampai kena slipdisk!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Bagaimana pula dari bisnes sambal ke perniagaan kosmetik?

Daripada berniaga di media sosial, saya mula menyewa tapak-tapak berniaga. Apabila kerap bertemu secara dekat dengan pelanggan, ramai pula mula bertanya tentang penjagaan kulit saya.

 

Mereka kata kulit saya cantik. Dan, suami mula mencadangkan mengapa tidak cuba bisnes kosmetik pula, sementelah ramai yang mahu tahu rahsia kecantikan saya? Maka, mulalah terciptannya jenama Avenys.

 

Pada permulaan, saya pernah kena tipu dengan pengilang sehingga hangus RM50k. Tapi itu tidak melemahkan semangat saya. Selepas berjaya dengan Avenys, saya terfikir untuk mencipta supplemen pula.

 

Makanan tambahan untuk kulit cantik dan kesihatan diri kerana saya memang seorang yang suka makan supplement. Tetapi saya mahu mencipta satu supplement yang mengandungi bahan yang tidak diberikan dalam supplement lain.

 

Dan, paling penting saya mahukan satu supplement yang boleh mengandungi pelbagai Vitamin dalam hanya satu sachet.

 

Jadi, tak perlu untuk mengambil berjenis-jenis supplement. Seperti Vitalicia ini yang punya beberapa jenis vitamin termasuk supplement tambahan seperti prebiotic dan probiotic.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Apa pendapat Aleeya apabila ramai pakar perubatan hari ini yang menghentam produk kosmetik tempatan yang dikatakan memudaratkan?

Memang wajar pun kalau mereka mahu menghentam kerana memang ada segelintir peniaga yang tidak jujur terhadap produknya. Mereka memilikirkan keuntungan tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap masyakarat.

 

Kerana itu, sebelum pelanggan membeli produk saya, saya akan ‘educate’ mereka dahulu tentang setiap formula yang kita masukkan. Contohnya prebiotic dan probiotic ini, kamilah satu-satunya peneraju kepada supplement ini di Malaysia.

 

Saya yakin dengan formula saya ini kerana ia adalah saranan daripada doktor anak saya sendiri. Mahu dijadikan cerita, anak ke tiga saya punya masalah perut, dia terlalu banyak minum susu sehingga termuntah-muntah.

 

Asal minum susu je, muntah. Jadi, doktor ini menasihatkan saya masukkan sahaja prebiotic ke dalam susu anak selama 30 hari, jangan ambil ubat lain. Alhamdulillah, ia berkesan.

 

Menurut doktor ini, fungsi prebiotic ini lebih kurang sama dengan anti biotik, yang mengandungi baketria baik untuk melawan virus yang tidak baik dalam badan. Dan, ia juga bagus untuk detoks.

 

Berbalik pada soalan tadi, ya pengasas produk harus ada sikap tanggungjawab dan etika dalam produk yang dihasilkan.

 

Sebagai contoh kandungan Vitamin C dalam sesuatu produk, menurut pakar, kuantiti yang had maksimum yang boleh diambil oleh seorang wanita adalah 75mg sahaja, jangan lebih untuk mengelakkan komplikasi seperti buah pinggang dan sebagainya.

 

Jadi, pengasas perlu tahu perkara-perkara penting seperti ini.

 

 

 

 

Apa tips untuk berjaya dalam perniagaan?

Kena tahu tujuan dan pastikan you meet your goals! Jangan gelojoh dalam membelanjakan keuntungan yang diperolehi. Bijaklah dalam berbelanja apa yang perlu untuk kekukuhan sebuah perniagaan itu.

 

Dan, jangan lupa cari keberkatan dalam rezeki yang dicari dengan berkongsi dengan orang lain.    

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

 

 

Pada usia 34 tahun, Aleeya sudah miliki segala-galanya; keluarga yang sempurna, perniagaan berjaya dan mampu senangkan keluarga. Apa lagi yang ingin dicapai?

Saya teringin punya rumah sendiri. Pelik ya? Walaupun ini rumah suami dan untuk kami sekeluarga tetapi saya tetap kepingin untuk membina rumah atas nama saya sendiri.

 

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari, maka kita perlu persiapkan jaminan diri. Saya sendiri tidak mahu anak-anak melalui kesusahan saya dulu.

 

Kalau dulu, saya memasang Impian untuk bahagiakan Abah dan adik-adik dan perkara itu berjaya saya lakukan dengan hasil kerja saya sendiri. Kerana itu juga, saya tangguhkan untuk membeli rumah, kerana mahu raikan Abah terlebih dulu.

 

Logiknya, usia Abah kita tak tahu sampai bila? Jadi, biarlah Abah nikmatinya dulu. Rezeki saya, pasti ada nanti. Jujurnya, pada awal perkahwinan dulu saya tidak pernah beri duit kepada Abah walaupun saya tahu kalau saya minta kepada suami, pasti akan diberinya.

 

Namun, itu bukan perangai saya. Kerana itu, saya gigihkan diri untuk mencari duit sendiri. Alhamdulillah, dengan usaha dan rezeki ini dapat saya kongsi dengan Abah dan adik-adik.

 

Dapat saya bawa mereka melancong ke sana-sini. Paling saya terharu ketika arwah Mama sakit menghidap kanser, saya sempat menjaga dan memberikan rawatan terbaik buatnya selama hampir enam bulan.

 

Walaupun tidak sempat memberikan kemewahan kepada arwah tetapi saya puas hati kerana dapat berjuang bersama Mama sehingga ke hembusan nafas terakhirnya. Al Fatihah, Mama…

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.