Jul 28, 2016 - 3973

"Ini yang Terjadi Apabila Team Tak Perform..."

Dato' Seri Vida Sudah Meleburkan Jutaan Ringgit Untuk Pasukan Bola Sepak Kelantan. Isu Stadium Mahu dimerahjambukan Pernah Bangkitkan Kemarahan Peminat Bola. Selepas Dato' Seri Vida dicaci, Mampukah Pemain Kelantan Membalas Budi — dengan Prestasi Tinggi?

Oleh: Rosie Haslinda Nasir 
rosie_nasir@astro.com.my

 
 

😂😂😂 Sayangg..

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


   

Strategi terbaru Dato' Seri dan pasukan pengurusan?

Saya rasa kali ini memang ada peningkatan yang ketara setelah kita buat pertukaran dua pemain import. Dramane Traore kita gugurkan, kita gantikan dengan Wander Luiz. Begitu juga dengan Jonatan Lucca. Kita gugurkan dia dan bawa masuk pula Morgaro Gomis. Saya rasa strategi ini pasti akan datangkan hasil. 

 
 

Very dramatic.. Huuuuu... Rasa mcm naik roller coster..

A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Sumber: @datoserivida

 

 

Saya byk stock cat pink lagi... He he.. Saya terima belaka.. Sayangg.. Hu hu

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Sumber: @datoserivida


Apa harapan Dato' Seri kepada pasukan Kelantan?

Saya menaruh harapan yang sangat besar pada pemain-pemain saya. Sekarang kita berjuang untuk dua piala; Liga Super dan Piala Malaysia. Untuk Liga Super, kita akan lawan lagi (habis-habisan) supaya kita dapat kedudukan lebih baik.  

Sumber: @datoserivida
 

Dato' Seri yakin pasukan Kelantan tak akan hampakan Dato'?

Insya-Allah, saya positif. Saya lihat pada prestasi pemain. Musim lalu misalnya, apabila team tidak perform, faktor itu turut jejaskan penjualan produk saya. Itu yang saya nampak. Sokongan tiada apabila kita kalah. Dan kami seolah-olah 'lemas' dalam kekalahan itu.

Sukan bola sepak ni satu cabang pelaburan baru buat saya. Yang benarnya, saya pun tak berapa tahu 'flow'nya macam mana, tapi saya berani ambil risiko. Dan saya tak malu belajar dari bawah.

Namun ada masa-masanya, bila memikirkan hal ini, saya jadi takut. Sokongan (yang kuat) takkan ada jika kita gagal untuk menang. Bila ini terjadi, ia mempengaruhi graf penjualan produk saya. Inilah kerisauan saya. Sebab, apa-apa hal pun, kalau kita nak gerak pun, ia bergantung pada faktor turun-naik bisnes saya.

Rezeki itu daripada Allah SWT. Bersama-sama kita bekerja kuat. Bersama-sama juga kita berkongsi rezeki yang datang daripada Dia.
 

Netizen dan peminat bola bertanggapan, penajaan ini hanya bertujuan mengaut untung, sedangkan Dato' Seri cuba membantu industri bola Kelantan yang suram. Mohon Dato' Seri kongsi pandangan?

Terima kasih kepada semua pihak yang bertanggapan baik dan positif, yang memahami perjuangan saya membantu Kelantan. Inilah sumbangan saya untuk negeri kelahiran saya. Di saat Kelantan berkemelut dengan masalah kewangan, gerak hati saya memandu keputusan penajaan ini. Hasrat saya, mahu bantu industri bola tanah tumpah darah saya. Itu saja.

DATO' SERI VIDA DICACI DAN DICERCA NETIZEN. Klik di sini untuk baca. 


 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.