Aug 07, 2019 - 1171

“Hampa Kuang Ajaq, Makan Gaji Buta!” ꟷ DATUK RIZALMAN IBRAHIM Tegur Staf Zaman Ini Tak Peduli Berkat Rezeki

Berkatkah rezeki yang kita suapkan ke mulut ibu bapa kita, jika kita memperolehnya dengan licik, dan kita melukai tangan yang telah memberi?

 

 

Oleh: Rosie Haslinda Nasir 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

KALAU selalunya setiap pagi sesudah subuh hening, 689 ribu pengikut tegar Instagram Datuk Rizalman Ibrahim pasti akan melangut di muka surat IG Story @rizalman71, menunggu tazkirahnya, menanti beliau mengulas tentang tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang baik untuk amalan seharian.

 

Namun pagi semalam, iklimnya luar biasa hangat. Bertalu-talu kedengaran Datuk Rizalman Ibrahim melahar dengan suara sebak tertahan-tahan.

 

Geram, marah, sedih ꟷ segala rasa saling berbaur. Pijar dan pedih. Mengganyang-ganyang hatinya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

Rupa-rupanya sekali lagi Datuk Rizalman Ibrahim diuji dengan sikap manusia yang sengaja Allah SWT datangkan ke dalam hidupnya untuk mengasah kesabarannya.

 

Ya, bagi kalian yang tidak mempunyai akaun Instagram, berikut adalah curhat hati Datuk Rizalman Ibrahim yang berkeluh-kesah tentang nasibnya sebagai majikan.

 

Juga nasihat sepintas lalu untuk semua pengikutnya tentang keberkatan dalam aspek mencari rezeki di atas muka bumi.  

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on  

 

 

Ini Curhat Datuk Rizalman Ibrahim di Muka Surat ‘IG Story’

Assalamualaikum. Selamat pagi kepada semua. Hari ni cheq bukan nak bagi tazkirah. Tapi cheq nak bagi taulah, tentang benda-benda yang terjadi dalam kehidupan seharian cheq.

 

Hampa dengarlah, baik yang muda, baik yang tua, dengaq sini.

 

Adalah dua staf cheq ni, kerja dia kat satu tempat tu. Yang kepala tu dah berhentilah. Biaq pi lah, kena maki sikit nak berhenti, padahal kerja dah bertahun.

 

Tapiii… yang cheq rasa kuang ajaqlah, dia nak berhenti tu, dia boleh tak mai jumpa dengan aku ka, salam cium tangan ka, mintak halal ka, apa ka, tak maiiii… punya ketegaq bijik.

 

Tak mesej, tak cakap apa nak berhenti, tau-tau saja bila tiba hari last, dia pergi lagu tu saja, berhenti macam tu saja.

 

Dia tak mesej apa cakap THANK YOU bos ka, mintak halal selama ni kalau ada salah silap saya ka? Tak daakkk. Itulah dia, petunjuk hati yang keras dan hitam legam.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

Lepas tu colleague dia, pun nak berhenti jugak. Yang best tu, cheq tanya, pasai apa hang nak berhenti? Mula-mula ingat nak naikkan pangkat dia, pasaipa senior dia tu dah berhenti. Tapi dia pulak hantaq surat berhenti.

 

Dia kata, dia mintak kerja tempat lain, dan dah dapat pun kerja lain tu. Tapi, kalau tempat kerja tu boleh tunggu dia (sebab dia kena bagi notis dua bulan), dia akan berhentilah.

 

Tapiiii… kalau tempat kerja tu tak boleh nak tunggu dia dalam masa dua bulan notis tu, dia akan terus kerja dengan cheq.

 

 

 

Hati Meluap Tak Sabar Nak Berhenti Kerja, Tapi…

Tengok tu? Dia boleh buat kita jadi talian hayat dia. Kalau dia tak dapat, dia nak stay. Cheq punya geram, cheq kata kat HR, hang melingkup pi lah. Kita terima sajalah ‘resignation’ dia.

 

Awat dia buat kita macam hamba dia, talian hayat dia? Dapat dia pi, tak dapat dia akan stay? Amboi! Banyak hang punya cantik? Itu yang dikatakan generasi sekarang buta perot, tak ada otak.

 

Ni cerita semalam, dia dah dapat gaji semua, dia boleh tinggai kunci kat staf lain, dah tak masuk kerja lagilah.

 

Kiranya dia dah melanggar akta dan undang-undang pekerja, dia boleh dapat gaji, tapi dia boleh tinggai macam tu saja padahal dia kena kerja sampai 28 hari bulan Ogos ni.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

Inikah Sikap Melayu Islam Kita Dalam Mencari Rezeki Sesuap Nasi?

Jadi, cheq nak khabaq kat sini, inti pati cerita dia, lagu ni lah.

 

Kita ni Islam, toksah kiralah bangsa lain tak angkat jari telunjuk dia dan tak lafaz  أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ  yang bermaksud, aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.

 

Kecik-kecik ni, masa hampa keluar dari perut tu, pak hampa tak azankah tepi telinga tu?

 

Allahu akbar! Ini Islam kita ni, orang kita yang mengaku tak makan babi, yang kata kunun tak minum apa, boleh buat perangai lagu ni?

 

Kadang-kadang aneh fikirkan tentang akidah kita ni. Cheq bukanlah nak ungkit apa, nak ambil tindakan terhadap hang atau apa, untuk tunjukkan ketegasan. Itu perkara kemudian.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

Kita Akan ditimbang dan diadili Kelak, Tidakkah Kita Gentar?

Tapi nombor satu tu, hang TERGAMAK buat macam tu? Hang tak ingatkah ALLAH ITU ADA? Malaikat kiri kanan dok catit perangai hang yang tak berlagu tu?

 

Depa ni kadang-kadang tak fikir panjang, pikiaq sat saja. Hang tak ingatkah besok ni ada mahkamah, ya Allah?

 

Allahu akbar! Dahlah hang kuang ajaq, penipu, pemalas, makan gaji buta, yang aku duk tau tapi aku telaaannnn saja, aku tak mahu marahlah.

 

Tapi depa boleh gamak, lari lagu tu? Kalau aku tau aku bagi penampaq, penerajang sebelum aku sibuk dengan urusan istana.

 

 

 

Deria Harus Peka Halal dan Haram, Barulah Rezeki Berkat, Hidup Selamat

Jadiiiiii, kepada generasi sekarang, dan generasi-generasi sebelum tu juga, hampa tolonglah, pikiaq, sebelum nak buat apa-apa tindakan atau keputusan pada orang lain, ingatlah, Tuhan duk ada, duk tengok, faham tak?

 

Dahlah hampa ni tak tahulah cukup ke tidak solat lima waktu? Lepas tu hampa buat pulak lagu ni. Aku heran sungguh dengan umat-umat manusia hari ni.

 

Beginilah nasib, bila kita jadi bos, memang kena hadap semua benda ni. Ni baru sorang dua. Ni yang aku angkut di belakang aku 60 orang ni, dengan nak bagi kerja, nak bagi gaji, nak tengok hampa curi tulang ke tidak?

 

Syukurlah, masih ada segelintir yang jujur bekerja dan sebagainya. Cina yang kerja dengan aku ni pun, punyalah jujur.

 

Tapi yang Melayu, yang agamanya Islam, yang sudah diajar tentang halal haram, yang tahu tentang syurga neraka, yang kerja dengan aku ni? Ni yang cheq heran ni.

 

Aku rasa macam nak ambik Al-Quran ni, sapa-sapa yang perangai lagu ni, aku nak katuk kepala biar bengong 44 hari. Jadi, itulah dia.

 

Mintak maaflah cheq lepas bebai, hampa nak dengaq, dengaqlah. Tak nak dengaq, sudah!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

Masuk Membawa Bunga, Keluar Tinggalkan Tahi

Tapi betui apa? Hampa mai masuk cara elok, jumpa aku, mintak kerja dengan muka macam toya tu. Tapi bila hampa nak keluar, hampa keluar lagu tu je, tinggal taik?

 

Dengan hampa tak serahkan lagi kerja-kerja hampa yang tak selesai tu pada orang lain? Dah orang lain tu pulak susah nak kena belajaq pulak benda yang depa tak tahu tu. Macam-macamlah.

 

Ya Allah, ya Tuhanku. Hidup kita ni kena ada berkat cik ooiiii… Bila tak ada berkat, hang lompat pi lah seratus kali tempat mana pun, hang dapat gaji tinggi macam mana pun orang nak bagi, tak berkat cik oi.

 

Ingatlah, duit-duit tu hampa nak telan jadi isi perut hampa.

 

Bukannya aku geram, bukannya aku lemah bila hampa buat macam ni. Tapi aku kesian dekat hampa sendiri, aku kesian dekat kawan-kawan sekerja hampa yang kena, sama-sama tercalit dengan taik yang hampa buat ni.

 

Kerja dengan aku ni punyalah senang. Aku bukannya nak ambil tahu sangat hampa masuk pukui berapa?

 

Janji hampa masuk, hampa buat kerja yang aku suruh. Lima minit lagi nak pukul 10.00 pagi baru nak bukak kedai ka, suka hati hampalah.

 

Gaji on the dot, jalan tak pernah miss, EPF, SOCSO potong tak pernah miss. Hebat. Alhamdulillah!

 

Tapi aku selalu pesan dari dulu lagi kepada mana-mana staf yang nak berhenti. Hampa rasa tempat kerja yang hampa nak pergi ni, bolehkah bayar gaji hampa?

 

Depa memang akan janji tinggi sebab nak tarik hampa. Tapi depa boleh bayaqkah on the dot?

 

Betui sungguh sebab aku baru baca orang DM tadi, ada sorang tu melompat pi sana, haaaaa… lima bulan tak bayaq gaji. Tapi katanya gaji tinggi?

 

Hah, tu dia. Nak buat lagu mana? Doklah termenung depan tu, barulah dok mai jumpa balik aku.

 

Dah banyak orang yang dah berhenti dari sini tapi datang balik, bertanya, bos… tak ada kerjakah? Nak mintak masuk kerja balik dengan boslah.

 

Rindulah kat bos… hattuiihhh! Kenapa dulu hampa tak pikiaq?

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

 

Burulah Rezeki Allah di Muka Bumi Ini Dengan Jujur dan Luhur

Jadi hampa-hampa yang duk dengaq aku berletiaq ni, yang dalam LRT la, dalam kereta la, pergilah kerja baik-baik. Keluaq rumah tu, baca bismillah, selawat, dengan niat kita nak pi cari rezeki, kita nak mintak segala duit gaji yang kita dapat tu, Allah SWT halalkan.

 

Semoga segala tenaga yang kita keluarkan tu, setimpal dengan gaji kita.

 

Ingat elok-elok, sebenarnya bukan kita saja kerja untuk majikan. Majikan juga kerja untuk kita.

 

Majikan tu kalau keluar rumah setiap hari, dalam hati, dia melangkah keluar dengan doa, ya Allah ya Rabb, berikanlah aku rezeki hari ini, supaya aku boleh kumpul duit membayar hutang kompeni, supaya aku dapat membayar gaji pekerja, untuk sesuap nasi mengisi perut isteri, laki, anak kita atau mak bapak kita.

 

Sama-samalah keluar kerja, sama-sama kita bantu syarikat supaya sama-sama dapat rezeki yang halal dan berkat. Dengaq tu, biarpun sedikit, tapi berkat.  

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on  

 

 

APAKAH PENGHALANG KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN?

1. Menipu dalam temu duga kerja dengan niat mahu meraih perhatian si penemu duga demi mengatasi calon-calon lain.

2. Menipu dalam perkhidmatan seperti mengambil cuti sakit walaupun tidak sakit yang memudaratkan sehingga tidak boleh pergi ke pejabat.

3. Tidak jujur dalam ‘claim’ atau hal ehwal berkaitan kewangan.

4. Menggunakan harta syarikat untuk kepentingan peribadi.

5. Mementingkan diri sendiri seperti enggan bekerjasama dengan rakan sepejabat atau tidak memberikan bantuan apabila diperlukan.

6. Mengumpat dan memburuk-burukkan rakan sekerja.

7. Menyimpan perasaan dengki dan iri hati.

8. Bermusuhan dan bermuka-muka sesama ahli pejabat.

9. Membodek bos untuk menyelamatkan diri dan memperoleh keistimewaan.

10. Mencuri tulang.

 

 

BAGAIMANA MENCARI KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN?

Jawapannya, perbanyakkanlah berdoa agar anda memperolehi rezeki yang halal.

Sesungguhnya, tanpa memanjatkan doa dengan ikhlas dan tanpa memohon kepada Allah SWT, adalah sukar untuk kita memperoleh rezeki yang halal.

 

Hanya dengan banyak berdoa kepada Allah SWT, maka jalan kita akan dimudahkan untuk meraih sumber yang halal.

 

Lalu kerana itu, janganlah jemu meminta kepada Allah SWT supaya kita mendapat pekerjaan yang halal sebagaimana yang Nabi Muhammad SAW telah ajarkan kepada kita:

 

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

 

“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurnia-Mu daripada bergantung pada selain-Mu.” (Riwayat Al-Tirmidzi).

 

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa dengan hati nan tulus ikhlas, memohon agar segala usaha kita di dunia ini diberkati, disalurkan rezeki yang halal, dan dijauhkan juga daripada sebarang jenis atau bentuk rezeki yang tidak halal.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.