Sep 15, 2017 - 24145

“Indahnya Malam Ini, Tetamu Berpakaian Serba Putih, Seolah Kita Semua Berada Dalam Syurga Allah” — DATUK RIZALMAN IBRAHIM

Datuk Rizalman Ibrahim sangat terpukul dengan peristiwa ranapnya Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijilat api kebakaran.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

 

 

Memori Datuk Rizalman Ibrahim Bersama Anak-anak Syurga

"Kerana kehilangan yang begitu hening ini kami di RIZALMAN begitu terusik sehinggakan salah satu pekerja menyiapkan satu kupasan video 'tribute' memperlihatkan bagaimana rindunya kami pada mereka yang telah pergi menemui Ilahi. Keakraban kami dan institiusi madrasah ini jelas kelihatan apabila saya juga pernah mengambil lokasi madrasah lama mereka serta penghuninya untuk sama-sama berlakon bersama saya dan Umar dalam cereka pendek saya yang bertajuk 'Pulang'. Bukan tujuan saya untuk provokasi, cuma ingin berkongsi peringatan bahawasanya kehidupan kita ini begitu rapuh dan tiada menjanjikan apa-apa melainkan pada mereka yang menyedarinya. Sudah terang mereka ini perjanjiannya syurga. Kita bagaimana?"

 

 

 

'The Deadliest Fire In Decades In Malaysia’. 

Demikian tragik dan traumatik gambaran gambaran yang diberikan oleh portal Al Jazeera mengenai insiden kebakaran yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah jam 5.15 pagi semalam. Bencana tragis menyayat hati itu meragut 23 jiwa, malah turut mendapat liputan media antarabangsa antaranya CNN, BBC, Hindustan Times dan The Telegraph. 

 

Daripada jutaan rakyat Malaysia yang menangisi dan bertafakur sedih atas malapetaka itu, muat naik status Instagram oleh pereka fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim — adalah antara yang paling menyentuh perasaan. 

 

Datuk Rizalman berasa amat terpukul dengan peristiwa itu kerana Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang rentung terbakar itu pernah menjadi tempat anaknya, Umar Nail — berteduh, berlindung dan menimba ilmu Allah selama empat tahun — sebelum akhirnya Umar Nail melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS). 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Coretan Pilu Datuk Rizalman Ibrahim yang Membuat Anda Mengalirkan Air Mata

“Saya merasa amat-amat terkesan akibat kejadian ini kerana ada antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail, saya sendiri dan telah pun bergelar anak-anak 'angkat' saya selama ini kerana selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa-apa majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas.”

 

“Kekayaan doa-doa mereka yang mereka sampaikan kepada Allah, kepada saya dan keluarga, ketulusan hati mereka, wajah-wajah suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui Al-Quran, perasaan hormat mereka ketika mencium tangan saya setiap kali berjumpa dan berpisah terasa dingin syurganya.”

 

“Kepada Ustaz yang telah berkorban menjaga kebajikan anak-anak ini hingga ke akhir hayat beliau saya hanya mampu berdoa. Kepada ibu bapa anak-anak ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yang terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini.”

 

“Saya masih ingat memberi ucapan pada malam majlis hari jadi ini dan saya tujukan khas pada anak-anak ini yang berbunyi begini..."

 

“...Keindahan malam ini dengan rangkaian tetamu yang hadir berpakaian serba putih sebegini seolah-olah seperti kita semua berada di dalam syurga Allah dan begitulah kehendaknya jika diizinkan…”

 

“Sempat saya berpelukan dengan pengetuanya tadi… beliau berbisik, “Maafkan saya…”

 

“Airmata kami berjuraian. Sanggup saya bina rumah baru kami di kawasan berdekatan madrasah ini supaya anak-anak kecil ini nanti boleh bertandang dan bermandi -anda di kolam renang di rumah ini nanti. Tetapi ternyata Allah telah menyediakan bukan kolam, malah kali syurga yang mengalir lebih tenang dan indah buat mereka terlebih dahulu. Bernaunglah kalian pada naungan Arash yang akan merupakan tempat yang disediakan.”

 

“Buat Umar anakandaku, lihatlah kebesaran Allah dan fahamilah apa itu qada dan qadar. Babah masih bisa memilikimu dan kita semua adalah pinjaman daripada-Nya…”

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Doa Datuk Rizalman Buat Sekalian Allahyarham, Anak-anak Angkat yang disayanginya

“Inilah madrasah tahfiz anak saya Umar Nail ketika sebelum melanjutkan pelajaran beliau di STIAS. Banyak nyawa terkorban akibat kebakaran subuh pagi tadi. Semoga semua roh yang terkorban ditempatkan Allah SWT pada kedudukan yang setinggi-tingginya di sisi-NYA. Kepada semua ibu bapa serta kaum keluarga saya ucapkan takziah. Saya cukup terharu kerana anak-anak inilah yang selalu saya jumpa ketika menjemput mereka ketika adanya majlis berlangsung…”

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Anak SINDROM DOWN Ini Akhirnya Graduasi, Tahniah Afiatul! — Inilah Kuasa Sokongan Abang & Keluarga, Satu Kisah Inspirasi Terhebat

  • Seterus →

    Dari Suri Rumah Sepenuh Masa, Kini Dia Jurufoto Taraf DUNIA! Ini RAHSIA Suksesnya, Anda Perlu Baca