Sep 14, 2016 - 97

Imbas Kembali Saat Suka dan Duka Harimau Malaya di Sukan Olimpik Moscow 1980

Kemenangan mereka di Sukan Olimpik Moscow 1980 masih diingati saat sepakan terakhir James Wong berjaya melepasi kawalan Kim Hwang-ho. Itulah jaringan paling epik dalam arena bola sepak Malaysia.



Inilah barisan pasukan bola sepak Harimau Malaya 1980 yang dikenali sebagai Dream team.


Masih ingat lagi detik-detik pasukan bola sepak Malaysia tahun 1980 yang satu ketika dahulu berjaya mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Itu adalah sejarah paling bermakna buat pasukan bola sepak Malaysia. 

Buat julung-julung kalinya, ASTRO memberi penghormatan kepada pasukan ‘Harimau Malaya 1980’ mengimbau kembali kisah pasukan bola sepak terdahulu yang dikenali sebagai dream team. Selepas 36 tahun, skuad ini kembali disatukan dengan tujuan mengimbas kembali detik-detik bersejarah dalam arena bola sepak Malaysia. Bersempena sambutan hari Malaysia tahun ini, ASTRO telah melancarkan sebuah dokumentari khas yang bertajuk ‘Harimau Malaya 1980’. 

 

Tonton sepakan padu Hassan Sani dihantar kepada James Wong <KLIK DI SINI>



 

Dokumentari ini menampilkan beberapa sesi temu bual eksklusif bersama lagenda bola sepak tanah air seperti Dato’ Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Dato' Santokh Singh, jurulatih, Karl-Heinz Wigang, bekas pengulas sukan veteran, Tuan Haji Zulkarnain Hassan, ahli keluarga para pemain yang tidak bersama lagi dan juga bekas Menteri Luar Negeri, Tengku Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail. Dokumentari ini turut menyorot kembali detik-detik indah pemain, saat suka dan duka, pengorbanan, pencapaian dan kejayaan sehingga berjaya melayakkan dream team ini bertanding di Sukan Olimpik Moscow 1980. 
 


 

5 Sebeb Rakyat Malaysia Mesti Tonton Dokumentari ‘Harimau Malaya 1980’: 

  1. Ia menceritakan detik-detik bersejarah, bagaimana pasukan dream team bertungkus-lumus mahu kemenangan pada ketika itu. 
  2. Dokumentari ini dapat memberi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bersatu hati menyokong pasukan bola sepak Malaysia. 
  3. Malah, pengalaman pemain lagenda ini dapat memberi inspirasi untuk generasi muda yang mahu menjadi pelapis baru dalam bidang sukan bola sepak. 
  4. Pelajari semangat kerjasama yang dipamerkan oleh setiap ahli pasukan ‘Harimau Malaya 1980’ di saat mengorak langkah menuju Sukan Olimpik Moscow 1980. 
  5. Ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama kaum dan mengukuhkan semangat berpasukan yang dipamerkan setiap pemain. 
 

Siapakah jurulatih Harimau Malaya 1980? <KLIK DI SINI>


 
 
Harimau Malaya 1980 akan ditayangkan secara eksklusif pada 16 September ini pada jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Arena (Saluran 801/Saluran HD 802), Astro Supersport HD (Saluran 831) dan juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro on the Go. 

Semua pelanggan ASTRO dan NJOI boleh menyaksikan siaran ulangan ‘Harimau Malaya 1980’ pada 17 September dalam versi Bahasa Melayu di ASTRO Prima (Saluran 105) dan Maya HD (Saluran 135), pada jam 10 malam. Manakala versi Bahasa Mandarin di ASTRO AEC (Saluran 301/Saluran HD 306) pada jam 4.30 petang dan versi Bahasa Tamil di ASTRO Vaanavil (Saluran 201) pada jam 9 malam. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.