Apr 09, 2017 - 10602

Amalan Rumahtangga JOHAN dan OZLYNN yang Wajar Kita Contohi Supaya dimurahkan Rezeki

Di sebalik sikap gila-gila yang terkerlip di laman media sosial, rupanya ada banyak mesej kekeluargaan yang boleh kita cakna daripada pasangan suami isteri ini.

 

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Amalan No. 1

SEGALANYA BERMULA APABILA JOHAN AJAK OZLYNN BACA AL-QURAN PADA MALAM PENGANTIN

Bila Johan Bawa Al-Quran Naik ke Katil Pengantin: 

“Aku tak tahulah malam pertama (malam pengantin) orang lain lepas nikah. Tapi malam pertama aku lepas nikah, shuben aku bawa Al-Quran ke atas katil. Dalam hati, ermmm… mesti laki aku nak test aku pandai baca ke tak. Mulut aku laju jek nak baca. Maklumlah orang sekolah agama. Dia tak tahu pulak berapa kali aku dah khatam. Masa shuben aku baca dalam rumi, Al-Fatihah, okey aku diam kejap. Kemudian dia terangkan satu persatu setiap kali jumpa huruf "ba" bermaksud "dengan" dan kenapa dia baris atas, kenapa baris bawah, kenapa itu, kenapa ini.”

 

Ozlynn Terkesima Dengan Tindakan Johan: 

“Daripada rasa bangga nak bagi tahu berapa kali aku khatam terus jadi diam bila dia cakap dia belajar empat tahun baru khatam. Maksud khatam dia dengan aku berbeza. Dan begitulah hari-hari berikutnya. Dia bawa Al-Quran ke atas katil sebelum tidur. Sekarang anak kami dah empat, dan kami masih mengaji. Alhamdulillah, anak sulung, kalau surah-surah lazim, dia dah tahu makna. Kalau buka Radio Ikim FM, ada bacaan surah dia duduk belakang tolong terjemahkan."

 

"Maaf bukan nak menunjuk. Banyak lagi yang kurang pada keluarga kami. Tapi saja nak ingatkan. Kalau kita boleh baca novel sampai menangis-nangis sebab faham isi kandungan novel tu, kenapa bukan dengan Al-Quran kan? Tapi kami tak mahu tunjuk pandai sebab kami tahu ramai lagi orang yang pandai. Sebab kami pun masih belajar dan terus belajar. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih! Untuk aku, dan pesanan untuk diri sendiri juga, “Kau belum hebat kalau tak faham isi Al-Quran.”

 

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

 

Amalan No. 2

CARA OZLYNN BERI MOTIVASI SUPAYA ANAK RAJIN BERSOLAT

Hati yang Berat Bangun Solat Subuh diringankan Allah:

“Nak suruh budak solat lebih-lebih lagi waktu Subuh memang susah. Ehhh, tak usah cakap budak, yang tua pun kalau dengar azan Subuh tetap pejam mata cakap aaaahh, lima minit lagi. Sedar-sedar dah terang-benderang!”

 

Terharu Tengok Anak Kecil Bangun Subuh:

“Tapi bila ko bangun Subuh dan tengok anak ko pun kerjakan solat Subuh, ehhh…. itu satu kejayaan untuk ko. Tu abang Sodiq, dia darjah satu. Setiap pagi sebelum pergi sekolah, aku suka lari tengok CCTV, tengok dia solat atau tidak. Dia ni lah yang selalu waktu solat, garu punggung dia la, korek spender tersepit la, yang stoking keluar 3 jari pun dia jugak! Hahaha, comel je aku tengok.”

 

Beri Semangat dan Kata-kata Pujian Kepada Anak:

“Kadang okey solat dia. Bila nak keluar rumah pergi sekolah, dia akan salam Mama dan masa itulah kita tegur, solat tu tak usahlah korek-korek punggung, solat elok-elok. Tapi kalau dia buat bersungguh kita puji. Macam hari ni bagus Sodiq solat, ehhh, terkepot senyum dia! Hidung tetap kembang kuncup! Selalu kalau sempat dia solat dengan Abang Ariq. Tapi kalau dia slowwwwwww je, Abang Ariq tinggalkan. Maklumlah, dua-dua sekolah pagi.”

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Amalan No. 3

JOHAN IMAM YANG TEGAS DALAM KELUARGA

Benarlah Kata Pepatah, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya:

"Bila atuk, anak dan cucu berjemaah sebelum pergi kenduri kahwin, alahai sejuknya hati ini. Tiba-tiba diam saja bila mama turun. Haaaaaa... bagus, bagus! Tak lengahkan solat. Contoh untuk mama juga. Kadang-kadang masa tengah ralit main telefon atau borak-borak, baru sedar dah terlambat, baru kelam-kabut!"

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

 

Kebiasaan lepas berjemaah.. ni pon kejadian semlm... semoga terhibur la yek.. jgn stress2 utk kami.. aku upload bkn nak menunjuk.. bkn nak suh bezakan cara didikan dgn org lain.. x mau pon di puji.. aku hanya nak enjoy moments bahagia aku dgn korg.. jgn menambahkan dosa yg dh ada dgn menghina keluarga aku.. skalipon berlaku bkn pd ig aku.. tp aku baru tau ramai rupanya berminat bercerita psl umah tangga aku.. maklom lah kami xde facebook.. yg ada hanya ig.. twitter shuben aku pon aktif pd waktu dia on air jek.. tp bila ada yg screenshot dm aku.. wahhhhhh hebat nya kalian.. kata2 yg dihamburkan pd keluarga aku sungguh dasyat.. aku yg baca pon jadi malu sb yg berkata2 tu ratanya yg hebat ilmu agamanya.. barangkali kalian lupa.. itu juga ujian buat kalian.. aku paham manusia tidak sempurna begitu juga kalian.. aku maafkan... jadi aku belanja lg video kesygan aku.. ingat.. xmo stress enjoy saja ok.. @thejozheart @thejozheartsg

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

 

 

 

 

Amalan No. 4

BERSEDEKAH DAN MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI

Jemputlah Makan, Ini Untuk Kalian: 

“Ini rezeki buat semua yang mengerjakan solat Jumaat di Masjid TUDM Pangkalan Udara Subang di Bukit Jelutong Timur bersebelahan Space U8. Ada nasi lemak. Terima kasih @bbq_ing sebab sudi ambil order kita. Kaum Hawa kalau nak rasa mintak encik shuben masing-masing tolong ambilkan untuk korang okey? Tak kisahlah shuben ke, adik ke, ayah ke, abang ke. Ambil je okey?”

 

Terima Kasih Buat Mereka yang Bantu Sampaikan Hajat:  

“Buat keluarga @bbq_ing moga Allah permudahkan bisnes dan hidup kalian sekeluarga dunia akhirat. Amin. Terima kasih sudi ambil order saat akhir kami.”

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Hajat Bersedekah dipermudah dan dibantu Banyak Orang yang Baik-baik:

“Nasi lemak paru dan spaghetti carbonara. Khas untuk kaum Adam (kaum Hawa kalau shuben korang ingat nak ambilkan dapatlah merasa). Terima kasih Mak, Abah… sebab tolong capaikan hajat anakmu. Sudi tolong masakkan. Popo pun sama terima kasih sudi tolong masakkan spaghetti. Adik-adik yang tolong hantar dan agihkan, terima kasih juga. Kepada kalian saya tak minta apa-apa cuma minta tolong doakan Mak, Abah dan Popo. Mohon mereka diiberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan perjalanan mereka di dunia sebagai bekalan akhirat. Amin…”

 

Namun Johan dan Ozlynn Tetap Meminta Maaf Atas Kekurangan:  

“Okey untuk spaghetti yang Popo masak tawar sikit. Maafkan Popo ye? Dia baru belajar. Mak dan Abah tak payah cakap, diaorang memang hebat kat dapur! Selamat menjamu selera. Maafkan segala kekurangan daripada #familyhanania."

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Dan Mereka Terus Bersedekah Makanan Selagi Mampu: 

"Rezeki kaum Adam yang mengerjakan solat di Bukit Mulia. Nasi tomato. Terima kasih mak aka Rozi Tiger tolong masakkan. Love you mak!"

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Amalan No. 5

JANGAN EGO UNTUK MINTA MAAF KEPADA PASANGAN

Pujuklah dan Ambil Hati Pasangan Kita: 

“Bila buat salah dengan shuben, kita ambil hatidia  balik dengan buat nasi ayam kesukaan dia, pandai tak? Bahahhahahahaa! Alaaa... lupa ambil gambar kuah kicap. Ah tak apa, yang penting, niat nak bagi shuben, anak-anak dan bibik tertunai.”

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Amalan No. 6

JANGAN TAMAK DAN MAKAN REZEKI ALLAH SEORANG-SEORANG

Johan dan Ozlynn Beri Ruang Kepada Peminat Untuk Jana Pendapatan di Laman Media Sosial Mereka: 

“Dan niat aku untuk belanja korang, belanja slot niaga ya, makanya #ruangrezekihanania bermula. Berniagalah ya, jangan lebih 4 baris. Kita bagi semua orang merasa seorang sikit ya? Salam sayang.”

 

 

 

 

 

Amalan No. 7

SUAMI ISTERI MESTI TERUS BERKOMUNIKASI 

Bergurau-sendalah Seperti Zaman Mula Bercinta 

"Mula-mula mesej nak belikan nasik lemak je. Lepas tu, melalut ke lain orang tua ni. Gaduh?? Uishhh ada! Dah nama laki bini. Sedangkan lidah sendiri boleh tergigit, apatah lagi suami isteri. Tapi shuben aku ada cara dia nak memujuk. Gaduh tak lama. Kami panggil "satu waktu" je, lepas itu baik balik. Wehhh... isteri mana tak seronok kalau laki tiba-tiba dok mesej sakat-sakat romantik! Betul... Buat kaum Adam, jangan pernah putuskan gaya masa bercinta tu walaupun isteri kalian sudah beranak-pinak. Barulah isteri ko rasa semangat! Semangat nak masak macam-macam untuk ko, berdandan untuk ko. Ahh, apa sajalah untuk ko yang bernama "suami", sebab isteri terasa yang suami masih bernafsu kat dia."

 

"Cuba korang buat 'derk' aje, balik pun tak bagi salam. Masuk rumah pun terus campak barang. Masuk bilik lepas tu main telefon. Isteri ko pun makin runsing dan makin serabai sebab terasa diri terabai. Cuba bagi semangat sikit kat isteri. Penat ye jadi surirumah, tak kiralah bekerja atau sepenuh masa kat rumah, jangan pandang remeh. Jadi, sesekali, hiburkanlah isteri korang dengan usikan manja untuk kembalikan semangat macam zaman bercinta dulu, okey? Dah, mama nak bersiap! Papa ko dah nak balik tuh."

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Amalan No. 8

SUAMI YANG TAK KEDEKUT KONGSI REZEKI DENGAN ISTERI 

Kecil Atau Besar Rezeki Suami, Isteri Punya Hak Untuk Merasa: 

“Rezeki dari Allah SWT memang tidak terduga. Penat lelah mencari rezeki, menjaga suami, anak-anak, keluarga, jaga bibik, urus rumahtangga, memasak, mengemas, menjaga rumahtangga dan macam-macam lagi yang mak-mak selalu buat dan dihargai. Bukan kita minta diberi macam-macam. Tapi bila suami ada rezeki lebih dan berkongsi dengan isteri maka Allah SWT limpahkan lagi rezeki buatnya. Syukur kepada Allah.”

 

Suami Mesti Belajar Hargai Isteri: 

“Bukan tunjuk sebab riak, tapi mungkin boleh dijadikan inspirasi buat suami-suami di luar sana. Kalau ada rezeki lebih, jangan kedekut dengan isteri tau! Bukan suruh beli benda mahal-mahal tapi kadang-kadang cukup dengan kucup tangan dan ucap terima kasih pun kami dah bersyukur dan terharu! Apatah lagi bagi macam ni. Lagi terkujat kita awak! Semoga Allah limpahkan lagi rezeki buat you sayang. Amin…”

 

 

 

Rezeki dr Allah mmg x terduga.. penat lelah mencari rezeki, jaga suami, anak2, keluarga, jaga bibik, urus rumahtangga, memasak mengemas jaga rumahtangga dan mcm2 lagi yg mak2 selalu buat dan dihargai.. bkn kita minta di bagi memcm.. tp bila suami ada rezeki lebih dan berkongsi dgn isteri maka Allah limpahkan lg rezeki buatnya.. syukur pd Allah.. bkn tunjuk sb riak.. tp mungkin boleh jd inspirasi buat suami2 di luar sana.. kalau ada rezeki lebih jgn kedekut dgn isteri tau.. bkn suh beli benda mahal2.. tp kdg cukop dgn kucup tgn dan ucap terima kasih pon kami dh bersyukur n terharu.. apatah lg bg mcm nih.. lagi terkujat kita awk.. semoga Allah limpahkan lg rezeki buat u syg.. amin.. #rezekiygtakterduga #papasygmama #malamnimamabelanjapapalak 🙈😝 #bgikutkemampuan tq @kerengga_kurus menunaikan impian papa nak bg mama bediah.. tq buat adik kesygan aku @erhamismail1 hujan lebat sanggup g amikkan hadiah nih

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

 

 

Amalan No. 9

UJIAN UNTUK ISTERI ADALAH APABILA SUAMINYA DALAM KEMISKINAN

Dan Ujian Untuk Suami Adalah Apabila Dia di Puncak Kejayaan:

"Bila ramai sangat kawan-kawan hantar mesej pasal post @intrendmalaysia ni, ada yang sedih, terharu, happy... Alhamdulillah! Banyak yang kami tempuh bersama hingga berjaya ke hari ini. Untuk seorang isteri bersama dengan suami tatkala suami diuji dengan kesusahan. Dan untuk seorang suami bersama dengan isteri ketika beliau di puncak bukan mudah."

 

"Tapi kunci utama yang kami pegang hingga hari ini adalah kesabaran, usaha, tawakal dan reda untuk aku ketika suami susah. Dan bersyukurnya aku ketika suami di atas, dia tetap setia bersama kami sekeluarga, dan selalu membantu mereka yang di bawah. Bukan menunjuk. Masih banyak kekurangan pada kami. Cuma kami ingin berkongsi pengalaman. Dan ambillah setiap yang baik itu sebagai ilmu buat kalian."

 

"Kepada para isteri, terimalah suami seadanya. Dan kepada para suami, jagalah isteri kamu ketika kamu berjaya, kerana kejayaan kamu juga salah satu asbabnya doa sang isteri. Sekalipun isteri tidak secomel dulu tapi layanlah isteri seperti kalian jatuh cinta pandang pertama. Belailah isteri kerana wajahnya yang tidak secomel dulu tu banyak memikirkan masalahmu. Jari yang gebu sekarang berurat dan kusam disebabkan tidak henti menyediakan kelengkapan harianmu. Buat followers tersayang, jagalah pasangan masing-masing seperti mana kamu jaga diri sendiri. Sentiasa bantu mereka yang memerlukan dan kunci utama kejayaan selain bersedekah, jagalah orang tua, 5 waktu ditinggal jangan. Salam sayang daripada #familyhanania."

.

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Amalan No. 10

TIDAK BERPURA-PURA JADI ORANG LAIN, SEBALIKNYA SELESA JADI DIRI SENDIRI 

Tidak Kisah Kalau Orang Label Mereka Famili Selekeh: 

“Yup! Famili kami memang selekeh. Memang biasa kalau jalan-jalan ke KLCC ke, ke Starhill ke semata-mata, kami pakai baju tidur je. Best dapat jadi diri sendiri. Tak ada la setiap masa nak bergaya. So jangan terperanjat tau kalau jumpa kita orang satu famili comot-comot. Tu normal. Yang tak normal bila pakai smart.  Maknanya ada event la tuh atau tengah kerja.”

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

"Sekarang kami kat KLCC. Selipar je laki bini... ko mampuuuuu??"

 

Sumber foto: Instagram @jozlynnhanania

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.