Aug 18, 2016 - 382

“Kucing Juga Satu Tanggungjawab!” — 10 Tentang Kucing yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kucing adalah haiwan paling disukai ramai. Kecomelan dan kelincahannya membuat kita rasa terhibur. Selain menjaga, ada perkara lain anda perlu tahu dan ia adalah...

                              

MENJADI pemilik kucing tidak begitu mudah. Kebanyakan pemilik kucing tidak begitu arif tentangnya. Sememangya menjadi pemilik kucing tugas anda hanya perlu menjaga kucing tetapi tidak salah jika anda mengambil insiatif untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan kucing supaya anda boleh memahami si comel.

Ironinya sebagai penjaga kucing, tugas kita bukanlah hanya memberi makan atau hanya cuci najisnya sahaja. Ternyata haiwan yang bernama kucing adalah satu anugerah Tuhan untuk kita sayangi.

Jom, ketahui 10 perkara tentang kucing yang anda mungkin tidak tahu:

 

1. Secara puratanya, kucing menghabiskan 2/3 setiap hari dengan tidur. Bagi kucing yang berusia sembilan tahun, ia hanya berjaga selama 3 tahun sepanjang hidupnya.

2. Kucing tidak mempunyai sweet tooth. Saintis percaya ia berpunca daripada mutasi dalam deria rasa utama.

3. Apabila seekor kucing sedang mengejar mangsanya, ia akan mengekalkan paras kepalanya.

4. Untuk turun dari pokok, kucing tidak boleh menurunkan kepalanya dahulu kerana cakar di kakinya menghala arah yang sama sebaliknya kucing perlu berundur untuk turun dari pokok.

5. Otak kucing secara biologinya mempunyai persamaan dengan otak manusia. Kedua-duanya mempunyai 'daerah-daerah' yang sama di dalam otak mereka yang bertanggungjawab untuk mengawal emosi.
 

Tonton Video Filem Pendek Ini <KLIK DI SINI>

                                                 


6. Pendengaran seekor kucing adalah lebih baik daripada seekor anjing. Kucing boleh mendengar bunyi berfrekuensi tinggi sehingga 2 octave lebih tinggi daripada manusia.

7. Kucing boleh bergerak pada kelajuan kira-kira 31 mh (49 km) melalui jarak yang dekat.

8. Seekor kucing mampu melompat sehingga lima kali ganda ketinggian sendiri dalam sekali lompatan.

9. Kucing suka menggosok badan di tubuh manusia bukan sahaja untuk menunjukkan kasih sayangnya tetapi juga untuk 'menanda' kawasannya.

10. Nabi Muhammad SAW juga sangat menyayangi kucing. Baginda memiliki seekor kucing kesayangan bernama Mueeza. Baginda sangat menyayangi Mueeza.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.