Feb 12, 2019 - 126

8 Perkara Ibu-Ibu Perlu Tahu Sebelum Ambil Pengasuh Anak — Cegah Supaya Anak Tak Jadi Mangsa!

Ibu bapa yang bekerja memerlukan khidmat pengasuh anak lebih daripada segalanya, betul tak? Nak cari yang menepati kriteria, bukan senang ya!

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. CARILAH SAUDARA-MARA TERDEKAT TERLEBIH DAHULU UNTUK MENJAGA ANAK ANDA

Kalau dah tak ada, cari saudara-mara kepada kawan-kawan terdekat. Kalau tak ada juga, cari pengasuh yang jaga anak-anak kepada kawan-kawan terdekat anda. Jangan main ambil saja daripada media sosial.

 

Lagi bahaya kalau hari ini dia iklan, esok dia kata dah penuh. Minggu depan iklan lagi, lepas tu penuh. Itu mungkin sebab orang dah hantar di situ terpaksa batalkan sebab tidak puas hati. Bak kata orang Inggeris, ‘high turnover rate’.

 

Kalau terpaksa minta ibu bapa anda untuk jaga anak, tebalkan muka untuk mereka jaga sementara.  Sementara, bukan selamanya ya! Contohnya satu minggu sambil anda usaha cari pengasuh sampai jumpa.

 

 

 

 

2. GOOGLE DAHULU

Yang ini ramai tak buat, kan? Pasti ada nombor telefon pada iklan, jadi Google, taip nombor telefon tersebut. Ini informasi yang mungkin boleh anda dapat daripada Google – nama; bisnes sampingan misalnya baking, dropshipping, scammer; side story lama; laman sosial peribadi (boleh stalk dulu); iklan-iklan serupa di internet (kalau banyak sangat bersepah-sepah, itu tanda pengasuh terlalu terdesak untuk hard selling, jadi kena hati-hati).

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by The Angguns (@the_angguns) on

 

 

 

3. SEMAK LATAR BELAKANG CALON PENGASUH

Kalau malas nak jumpa berdepan, tapis dahulu menerusi panggilan, WhatsApp atau SMS. Tanyakan nama penuh, alamat, bilangan anak kandung, bilangan anak asuhan sedia ada, had maksimum anak asuhan yang dijaga.

 

Sebaik dapat segala informasi yang diperlukan, cuba bandingkan maklumat yang anda dapat daripada pengasuh itu sendiri dengan maklumat yang anda perolehi daripada Google.

 

Jika anda unsur penipuan, cari pengasuh lain. Jika awal-awal pun dah tak jujur, lupakan sahaja khidmat mereka.

 

 

 

4. JUMPA BERSEMUKA

Jika anda puas hati dengan informasi awal, JUMPA BERSEMUKA sebab banyak maklumat lain kena korek. Mula- mula tengok penampilan pengasuh, gaya bercakap, personaliti, gerak-geri dan lain-lain yang boleh anda perhati dalam keadaan natural.

 

Korek info lanjut seperti kenapa dia buat kerja mengasuh, pengalaman mengasuh, apa aktiviti rutin anak-anak semasa dalam asuhan (dari pagi hingga balik), apa makanan biasa yang diberi dan jadual makan, apa gaya asuhan dia yang biasa.

 

 

 

5. MINTA TESTIMONI. INI PENTING!

Jangan minta testimoni daripada pengasuh sebab ramai yang ‘masuk bakul angkat sendiri. Bisnes, kan? Pastinya cerita yang indah-indah sahaja yang kita dengar. Pengasuh biasanya akan cakap dia berpengalaman mengasuh budak- budak dan kadang-kadang menokok- tambah kononnya sudah beratus budak diasuhnya.

 

Jadi, minta nombor telefon bimbit sekurang-kurangnya tiga ibu bapa bekas anak asuhan. Supaya kalau ada cerita buruk, dia tak boleh teka siapa yang kata.

 

Kalau dia enggan bagi, sila bina syak wasangka. Kalau dia bagi, telefon ibu bapa tersebut dan minta testimoni.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aqeef Anaqi Bin Amar (@aqeefanaqi) on

 

 

 

6. LAWATAN TAPAK. JANGAN MALAS!

Tengok sendiri tempat yang anak-anak anda bakal tinggal semasa anda bekerja. Periksa bilik, tandas, dapur dan luar rumah. Pastikan rumah itu SELAMAT dan sukar diceroboh misalnya pintu pagar sentiasa ditutup dan pintu gril sentiasa berkunci.

 

Tengok kebersihan dapur sebab anak-anak anda akan makan makanan dari dapur itu. Tangga kena ada pagar. Budak-budak terutamanya yang merangkak berisiko untuk jatuh lalu cedera atau mati.

 

Tandas kena bersih, tak licin sampai ada risiko kanak-kanak tergelincir jatuh.

 

 

 

7. TANYA JIRAN. SANGAT PENTING TAPI RAMAI TAK BUAT

Tahu tak mak cik-mak cik bawang sebelah rumah ini yang kadang-kadang boleh ceritakan kisah benar? Manalah tahu mereka selalu dengar anak-anak meraung didera atau menangis kelaparan.

 

Atau nampak pengasuh keluar shopping tinggalkan anak-anak asuhan dijaga oleh anak kandung pengasuh yang masih sekolah rendah.

 

 

 

8. TANYA HATI NALURI

Well, kalau hati rasa berat dan ragu-ragu untuk percaya pengasuh tersebut, jangan ambil. Cari lain terus. Percaya pada hati walau mungkin naluri salah.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.