Aug 11, 2019 - 471

7 Selebriti Popular Tunai HAJI— Untungnya Bakal Bergelar Haji dan Hajjah Ketika Masih Muda!

Neelofa, Datin Paduka Umie Aida, Erra Fazira, Fizo Omar, Ashraf Muslim, Wany Hasrita dan Amira Othman adalah antara barisan selebriti yang kini sudah berada di tanah suci menyempurnakan rukun Islam kelima.

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

InTrend turut sama teruja dan gembira melihat barisan selebriti ini dijemput Allah menjadi tetamu-Nya mengerjakan ibadah haji tahun ini.

 

Sama ada mendapat undangan dari kerajaan Arab Saudi ataupun perbelanjaan dari poket sendiri, pastinya mereka tidak sabar mahu merasai pengalaman menunaikan rukun Islam kelima ini. Biarpun perjalanan mereka ke sana berbeza-beza, namun matlamatnya tetap sama.

 

Mengharapkan keredaan dan keampunan dari Maha Pencipta. Setulus doa kami titipkan buat mereka juga buat semua jemaah dari seluruh pelusuk dunia.

 

 

1. Neelofa

Berangkat ke tanah suci 5 Ogos lalu, awalnya Neelofa dan keluarga berhadapan dengan masalah kegagalan memperoleh visa dari kerajaan Arab Saudi.

 

Menerusi posting IG story yang dimuat naik Rabu lalu, “Many of you may have not known that I was unable to fly to Jeddah due to issues related to my visa. I would highly advice fellow pilgrims to be very cautious with the travel brokers you wish to work with to ensure a smooth process and to avoid any mishaps.

 

Because it is such a tedious process we need to make sure we understand the process and gather as many information from experienced people. Thankfully, I was finally able to obtain it with great assistance from a lot of people.

 

My utmost gratitude to the Royal Embassy of Saudi Arabia in KL. Islamic Counsellor Office for helping me obtain my visa. Special thanks to Zizan Razak and PPHF for guiding me to the right channel.

Apa-apa pun Neelofa kini sudah selamat berada di tanah suci ditemani ibu dan dua adik lelakinya.

 

 

 

 

 

 

2. Datin Paduka Umie Aida

Datin Paduka Umie Aida berangkat ke Jeddah 4 Ogos lalu ditemani suami, Datuk Khairuddin Abu Hassan bagi menyempurnakan ibadah haji.

 

Pertama kali menunaikan ibadah haji, akuinya perasaan bercampur-baur malah tetap menitipkan kesyukuran kerana diberi peluang dan rezeki yang amat bermakna dalam hidupnya ini.

 

Ketika mengerjakan umrah, Januari lalu, saya berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah meluaskan rezeki dan diberi peluang kembali ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji pula.

 

Ujarnya, “Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. Saya berharap Allah berikan kesabaran, kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan segala rukun dengan sempurna.

 

Peluang itu juga saya manfaatkan sebagai ruang untuk muhasabah diri kerana setiap tetamu Allah pasti ingin pulang bersama haji mabrur.”

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

 

 

 

 

3. Erra Fazira

Berangkat ke tanah suci tanggal 5 Ogos lalu, primadona filem Melayu Erra Fazira turut bertuah apabila dipilih-Nya sebagai tetamu di bulan mulia ini.

 

Biarpun pemergiannya tanpa mahram, namun Erra tetap bersyukur kerana sudah lama menyimpan hasrat mahu menunaikan haji sebelum ini.

 

Akui gementar tetapi pada masa sama dia turut teruja dan tidak sabar selain memohon doa daripada semua agar dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang berada di sana.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

 

 

4. Ashraf Muslim

Pelakon terkenal, Ashraf Muslim juga adalah antara jutaan umat Islam yang dipanggil Allah menyempurnakan rukun Islam kelima.

 

Walaupun berat hati meninggalkan isteri-isteri, Dayana dan Sakinah serta empat cahaya mata, namun bagi Ashraf pengorbanannya dianggap terlalu kerdil jika mahu dibandingkan dengan yang lain.

 

Bakal berada di tanah suci selama 40 hari, Ashraf berangkat meninggalkan tanah air tanggal 2 Ogos lalu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

 

 

 

5. Fizo Omar

Biarpun dihimpit dengan pelbagai perasaan usai kemelut rumah tangganya, pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar menyifatkan rezeki Allah terlalu luas ruangnya.

 

Masakan tidak, dia juga antara barisan selebriti yang diberi kesempatan menunaikan haji tahun ini.

 

Memanjatkan doa yang tidak putus-putus agar dipermudahkan segala amal ibadat, kami di InTrend turut medoakan yang sama buat Fizo dan semua jemaah di sana.

 

 

 

 

 

 

6. Wany Hasrita

Jemputannya ke tanah suci cukup istimewa walaupun agak mengejutkan semua. Menerima pelawaan daripada kerajaan Arab Saudi di Malaysia pada saat-saat akhir, penyanyi terkenal Wany Hasrita memanjatkan kesyukuran pada Ilahi.

 

Tidak pernah terfikir menunaikan haji pada usia yang masih muda, bagi Wany dia mengakui agak gementar kerana tidak membuat persediaan seperti Jemaah haji yang lain.

 

Menerima undangan tanggal 4 Ogos lalu, dia berangkat ke tanah suci 7 ogos, Rabu lalu. Dibenarkan membawa seorang teman, awalnya dia mahu membawa ibu tercinta.

 

Namun dek kerana kesihatan ibu tidak mengizinkan, dia mengajak rakan seangkatan Amira Othman. Rezeki kedua-duanya dapat menunaikan haji pada usia yang muda.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on

 

 

 

7. Amira Othman

Rezeki berpihak kepada penyanyi yang popular dengan lagu Hati Hati ini tidak menyangka dikurniakan rezeki dan peluang yang disifatkannya cukup ajaib.

 

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram miliknya, Amira memohon doa dan kemaafan daripada semua.

 

“Assalamualaikum. Saya dan @wanyhasrita insya Allah akan berangkat menunaikan fardhu haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami. Juga saya memohon maaf jika punya salah dan silap. Memang betul ajaib cerita kami ke haji ini tapi semua Allah atur.

 

Saya mohon doa untuk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendapat haji yang mabrur. Mohon doa kami selamat pergi selamat pulang. Insya-Allah.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

 

 

InTrend turut mendoakan kesejahteraan semua Jemaah baik selebriti mahupun insan biasa, agar kalian dipermudahkan urusan dalam menyempurnakan amal ibadat di sana.

 

Di kurniakan kesihatan terbaik, dilimpahkan rahmat, dianugerahkan kesabaran dan memperoleh haji yang mabrur.         

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.