Mar 07, 2017 - 12567

12 Mutiara Kata WAK DOYOK yang Paling ‘Win’ — Kunci Dia Bawa Ibu Bapanya Keluar Dari Kemiskinan

Dia mungkin hangat dengan deretan ‘hashtag’ #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa. Tapi percayalah, ada sesuatu boleh kita pelajari daripada lelaki ini.

 

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

 

KEPUTUSAN Wak Doyok untuk curhat tentang penat-jerihnya membina sebuah banglo cantik buat ibu bapanya, dengan wang hasil titik-peluhnya sendiri — telah menerima reaksi netizen yang pelbagai. Dikatakan Wak Doyok puas disindir dan diperli sinis oleh jiran-tetangga sewaktu ibu bapanya masih mendiami rumah asal yang buruk itu.

 

“Kesian mak kau tu kena buang air banjir. Buatlah rumah. Dah famous lepaskan diri sendiri…” Ini antara sindiran pedih yang sampai ke telinga Wak Doyok. 

 

Berkat kecekalan dan hatinya yang keras, Wak Doyok akhirnya berjaya membina sebuah banglo yang tersergam indah. Rumah lama dirobohkan, berganti dengan sebuah banglo yang tersergam agam, bakal dilengkapi kolam renang!

 

Pengajarannya di sini adalah kisah Wak Doyok yang gigih bekerja dan berdikit-dikit mengumpul wang hasil titik peluhnya, demi mengeluarkan ibu bapanya daripada kemiskinan. Ayuh kita ikuti 12 mutiara kata ala Wak Doyok yang boleh kita jadikan renungan. 

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

 

12 Mutiara Kata Wak Doyok, Kunci Dia Keluarkan Ibu Bapanya Dari Kemiskinan

RENUNGAN PERTAMA

“Walaupun aku pernah gagal dalam pelajaran, ini tidak bermakna aku gagal dalam mengejar cita-citaku. Setiap kegagalan pasti ada jalan keluarnya.”

 

RENUNGAN KE-2

“Kalau nak buat sesuatu dan terus berjaya, tipsnya adalah kita mesti ada orang kedua untuk kita dengar pendapatnya. Dan nasihat oleh orang kedua iaitu orang tua kita. Dia adalah kunci berkat kita. Selebihnya, barulah sahabat-handai.”

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

 

RENUNGAN KE-3

“Orang yang berjaya dalam hidup, dia tidur sekurang-kurangnya dua jam saja semalaman. Hari-hari dia bekerja untuk mencari rezeki yang halal dengan usahanya sendiri. Apabila dah dapat ‘target’ apa yang dia inginkan, barulah dia membeli apa yang dia mahukan seperti rumah, kereta dan lain-lain. Aku berbangga, dapat duduk dekat ‘bonnet’ depan GTR ini pun alhamdulillah…”

 

RENUNGAN KE-4

“Ini tips berjaya. Apabila kita baru mula nak berjaya, ramai akan kahakkan kita. Tetapi kita jangan rasa ‘down’. Ambil ia sebagai peluru untuk bekal semangat. Salam Jumaat.”

 

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

 

RENUNGAN KE-5

“Kalau kalian ingin semangat dalam bekerja, ingatlah, bahawa ada orang yang ingin kamu bahagiakan.”

 

RENUNGAN KE-6

“Dalam hidup ada senda guraunya. Ada yang suka dan ada yang duka. Yang penting sekali kita jangan rasis dengan bangsa Melayu sendiri. Maksud rasis adalah "Perasaan Hasad Dengki”. ‘Respect’ sesama kita kerana rezeki telah dijanjikan.”

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

 

RENUNGAN KE-7

“Percayalah, duit bukan boleh dibawa mati, tetapi tidak ada duit kita pasti rasa macam nak mati.”

 

RENUNGAN KE-8

“Walaupun aku berjalan perlahan, tetapi aku laju mengejar cita-cita. Aku bukan si pemalas yang hanya minta simpati.”

 

RENUNGAN KE-9

“Apabila kau tak berani mencuba dan selalu takut melangkah, selamanya kau tidak akan pernah bisa mengerti, jalan mana yang baik untuk kau tempuhi.”

 

Sumber foto: Instagram @wakdoyok 

 

 

RENUNGAN KE-10

“Aku yakin dan aku pasti sukses. Aku hanya miskin, tetapi aku bukan si bodoh yang pemalas!”

 

RENUNGAN KE-11

“Jangan nilai seseorang itu daripada pakaiannya yang kurang ‘update’. Kita nilai daripada wangnya yang mungkin bernilai daripada wang kita.”

 

RENUNGAN KE-12

“Apabila Allah tidak memberi, bukan bermakna Allah membenci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti. Salam Jumaat.”

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.