Oct 09, 2014 - 32

Apa Gadis Mahukan Dalam Perhubungan?

Sengaja merajuk kerana mahu dipujuk teman lelakinya. Ini menunjukkan yang si dia sangat mengambil berat dan takut kehilangannya

1sadwdwed.jpg
  1. Hanya dengan teman lelaki si gadis mahu bermanja-manja, lagi bertambah bahagia jika dia dipanggil dengan panggilan manja, ‘honey’, ‘baby’, ‘sayang’, atau apa sahaja yang kalian tentukan.
  2. Kadang-kadang mereka sengaja merajuk kerana mahu dipujuk teman lelakinya. Ini menunjukkan yang si dia sangat mengambil berat dan takut kehilangannya.
  3. Gadis-gadis juga mahukan kejutan terutamanya pada tarikh-tarikh penting seperti hari jadi, hari pertama dating, atau hari pertama perhubunganmu. Bagi mereka kejutan adalah sesuatu yang romantik.
  4. Seseorang gadis apabila bergelar teman wanita, mereka kerap menjadi sensitive apabila tidak diberi perhatian. Malu untuk diakui, mereka mahu diberi perhatian seperti anak kecil!
  5. Sememangnya gadis akan mengharapkan kesetiaan daripada teman lelakinya, walaupun mereka sendiri yang berlaku curang. Mereka mahu memilih lelaki terbaik untuk perhubungan yang berkekalan.
  6. Dalam perhubungan, kasih sayang sangat penting bagi mereka. Mereka juga mahukan bukti kasih sayang daripada teman lelaki mereka, kerana kasih sayang tidak cukup hanya dengan kata-kata.
  7. Gadis mahukan belaian teman lelakinya, tindakan spontan yang manis seperti membelai rambutnya pun sudah cukup membahagiakan dan berasakan dirinya disayangi.
  8. Walaupun hal remeh atau dalam apa jua situasi, si gadis mahukan sokongan daripada teman lelakinya. Mungkin ketika mahu meletak jawatan atau saat-saat bermasam muka dengan teman baiknya.
  9. Biasalah si gadis suka bercerita, semuanya mahu dikongsi. Kadangkadang cerita tersebut tidak ada hujung pangkalnya. “Supupu I baru putus tuning tetapi dah buat keputusan nak kahwin lelaki lain”, kemudian “Apa cerita kakak you yang tinggalkan boyfriend dia tu?” Jadi, dengar dan bersabar sahajalah wahai lelaki.
  10. Ramai lelaki yang pakar memutar belitkan kenyataan walaupun ternyata mereka bersalah. Bagi gadis-gadis, teman yang dicintainya harus jujur dalam perhubungan. Mereka yang dilamun cinta selalu dapat memaafkan kesalahan pasangan mereka kecuali kesalahan curang
2relationship.png

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  gadis