Oct 07, 2014 - 37

Helah Melakukan Hubungan Intim

Seleksi tips berikut pasti bermanfaat agar anda dan pasangan dapat menikmati hubungan intim dengan cara yang lebih sihat sekali gus dapat meredakan tekanan.

Helah-intim.jpg
Mungkin perihal ini berlaku kepada mereka yang telah lama mendirikan rumahtangga. Namun ia bukan alasan untuk anda culas melunaskan salah satu tanggungjawab sebagai suami isteri. Seleksi tips berikut pasti bermanfaat agar anda dan pasangan dapat menikmati hubungan intim dengan cara yang lebih sihat sekali gus dapat meredakan tekanan.

 

Gunakan medium canggih era kini seperti Whatsapp, BBM atau SMS untuk menggoda pasangan. Tiada salahnya kalian suami isteri untuk saling menggoda, sekali gus lebih merangsang antara satu sama lain. Usai bertemu, lunaskan semua yang terbuku dengan pasangan anda. Bercinta-cinta menghangatkan asmara!

Tips 2: Elak Marah
Sentiasa berbuat baik kepada pasangan dan kawal perasaan anda. Ia akan memberi ruang untuk kalian lebih menikmati dan menghargai hubungan intim dalam erti kata yang sebenar. Perasaan marah hanya akan membangkitkan aura negatif dan boleh merosakkan perjalanan sebelum membuka ‘bunga’ silat asmara!

Tips 3: Dengar Muzik
Perdengarkan muzik yang romantik untuk menyemarakkan lagi hubungan cinta kalian. Alunan muzik yang perlahan boleh merangsang anda untuk lebih menikmat hubungan intim. Kalau tak percaya, cubalah!

Tips 4: Cuba Elemen Baru
Jangan terlalu serius atau tertekan ketika melakukan hubungan intim. Perlu diingat, hubungan intim adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Jangan takut mencuba elemen baru, sekali gus dapat melenyapkan rasa bosan pada ritual sama yang sering dilakukan.

Tips 5: Elak Gangguan Lain
Tutup semua elemen yang mampu membuatkan anda terganggu seperti televisyen, radio dan lain-lain. Hal ini kerana gangguan tersebut akan mengganggu anda dari masa ke masa. Tanpa gangguan, anda dan pasangan akan lebih fokus dan dapat menikmati hubungan intim secara total. Inilah nikmat asmara dalam kedamaian.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: