Aug 06, 2015 - 6

[APP] Aplikasi LINE kini boleh di akses mengunakan PC anda!

Pemilik dan pengendali aplikasi percuma LINE, hari ini mengumumkan pelancaran LINE untuk Google Chrome,

LINE-for-Chrome-OS_Main.png

LINE Corporation, pemilik dan pengendali aplikasi percuma LINE, hari ini mengumumkan pelancaran LINE untuk Google Chrome, yang menawarkan sambungan percuma untuk aplikasi LINE yang serasi dengan sistem operasi Chrome, Windows, Mac dan Linux.
LINE-for-Chrome-OS_Chat-Memo.png
Tidak seperti versi sedia ada untuk PC, LINE untuk Windows dan Mac OS X, pengguna LINE versi sambungan Google Chrome hanya perlu membuat pemasangan perisian sekali sahaja di PC yang mempunyai perisian Chrome menggunakan Sebagai tambahan kepada ciri-ciri utama chat LINE, sambungan ini menawarkan pelbagai ciri-ciri berguna untuk pengguna PC, seperti kebolehahan untuk merakam paparan skrin. Ia juga memudahkan pengguna untuk menghantar fail bersaiz sehingga satu gigabit dengan pantas dan berkesan.

LINE untuk Google Chrome turut menawarkan ciri terbaru yang  dikenali sebagai Memos, ia membolehkan pengguna membuat nota sendiri atau menyimpan dan menyusun atur teks serta  gambar.
Pengguna yang ingin memanfaatkan ciri-ciri berkenaan disaran  menggunakan LINE versi PC.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: