Oct 08, 2014 - 2

iPhone6 dan iPhone 6 Plus Trending

Apple hari ini memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah keluarga iPhone, iaitu iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus. Seperti yang diperkatakan sebelum ini


Apple hari ini memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah keluarga iPhone, iaitu iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci.
 
Kedua-dua model telefon pintar ini hadir dengan sokongan paparan Retina HD, dan dikatakan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Apple turut menekankan mengatakan mereka membawakan skrin paparan yang tercantik pada iPhone, dan ia dikuatkan dengan ketahanan yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.
72phone6_10.jpg
 
Dari segi resolusi skrin, iPhone 6 membawakan papran resolusi 1334×750 pixel, sementara iPhone 6 Plus pula membawakan paparan 1080p.
 
iPhone 6 akan ditawarkan di beberapa negara terpilih bermula 19 September ini. Negara terdekat dengan Malaysia yang akan menerimanya adalah Singapura pada tarikh tersebut.
22iphone6_12.jpg
 
 
iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu putih, hitam, dan juga berwarna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C.
 
SUMBER : http://amanz.my/

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    Sony Xperia Tablet S

  • Seterus →

    iPhone6 dan iPhone 6 Plus Trending