Dec 15, 2014 - 8

Top 4 Gajet Pilihan InTrend December

Kamera paling nipis dan paling ringan, namun menawarkan kualiti imej yang menakjubkan dan terperinci.

efwfw3edw3.jpg 
1.       Samsung NX Mini Smart Camera
Kamera paling nipis dan paling ringan, namun menawarkan kualiti imej yang menakjubkan dan terperinci. Dilengkapi NFC dan WiFi, setiap foto yang diambil boleh dikongsi dengan pantas dan mudah. Menawarkan lima warna menarik. Harga, RM1,399.
www.samsung.com
 
2.       DELL Inspiron 13 7000 Series 2-in-1
Menggabungkan fungsi komputer riba dan tablet, peranti ini menggunakan Window 8.1 dan memiliki bulid-in passive stylus dan engsel 360 darjah, menukar dengan lancar fungsi computer riba dan tablet dengan satu gerakan. Harga, RM2,499.
www.dell.com.my
 
3.       Samsung Galaxy Mega 2

Mendahului segmen phablet, telefon pintar ini menawarkan skin paparan 720p berukuran 7-inci dan bateri dengan ciri Ultra Power Saving Mode. Juga dilengkapi quad-core processor berkelajuan 1.5GHz, mudah tonton video dan bermain games. Harga, RM1,299.
www.samsung.com

4.       Canon Calculator KS-50TH
Bersempena ulang tahun ke-50, Canon menawarkan kalkulator edisi terhad rona emas dengan cetakan logo. Teknologi input yang senyap kekalkan persekitaran kerja bebas bunyi. Dilengkapi fungsi pemadaman kuasa automatik. Harga, RM149.
www.canon.com/my
 
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: