Oct 18, 2018 - 20

8 Sebab Kamera Nikon Z7 dan Nikon Z6 Masih Relevan — Jika Mahu Foto Terbaik, Baca Ini!

Masakan tidak relevan, Rozita Che Wan pun masih mendapatkan khidmat jurugambar profesional kerana mahu foto-foto yang dimuat naik di laman sosialnya berkualiti dan terlihat cantik sekali!

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

 

 

 

 

Perkembangan telefon pintar yang dilengkapi kamera dengan pelbagai fungsi diyakini tidak akan menggugat penggunaan kamera digital seperti DSLR.

 

Mana tidaknya, syarikat seperti Nikon masih unggul dengan barisan produk sejak puluhan tahun lalu kerana ia tetap relevan dengan segmen fotografi yang semakin mantap.

 

Tidak boleh disamakan antara kamera seperti kanta reflex tunggal (DSLR) dengan kamera telefon pintar kerana ia dua benda berbeza. Hanya masing-masing perlu wujud bersama bagi menambah kemeriahan industri fotografi.

 

 

 

 

 

 

 

Memang diakui InTrenders lebih menumpukan kepada kamera telefon untuk merakam gambar, namun ia masih mempunyai kekurangan yang akhirnya hanya mampu ditampung oleh kamera DSLR.

 

Telefon pintar tidak mempunyai resolusi tinggi, kelajuan, perincian dan banyak lagi yang semuanya hanya ada dalam kamera DSLR. Namun kedua-duanya saling memerlukan dalam menjadikan pengalaman fotografi lebih bermakna.

 

Telefon pintar adalah medium namun ia perlu digunakan bersama peranti sebenar fotografi iaitu kamera digital.

 

Meski ada pengeluar telefon pintar yang bekerjasama dengan pengeluar produk fotografi untuk memasang lensa pada telefon mereka, namun tak akan sama kualitinya. Keghairahan memegang kamera berbanding telefon pintar untuk merakam juga berbeza.

 

Pengguna mahukan ciri kepantasan dan mudah dibawa terutama ketika melancong, justeru Nikon fokus pada kamera ‘mirrorless’ yang kompak.

 

 

 

 

Ini 8 Sebab Kamera Nikon Z7 & Nikon Z6 Masih Relevan…

 

SEBAB 1

Nikon Z7 dan Nikon Z6 dilengkapi dengan sistem pemasangan titik lekapan Z inovatif baharu yang mewarisi kualiti imej dan kebolehpercayaan kamera Nikon yang lasak. Dengan itu, anda boleh mendapatkan imej yang jauh lebih berkualiti berbanding imej dari telefon pintar.

 

Tak percaya? Lihat sahaja foto-foto Che Ta yang dimuat naik di laman sosial miliknya, semua cantik-cantik, kan?

 

 

 

 

 

 

SEBAB 2

Siri Z mempunyai ciri ergonomik, membolehkan kamera menyesuaikan diri dengan cara dan gaya seseorang jurugambar dengan lancar. Kualiti imej yang dihasilkan oleh kamera dibangun berdasarkan banyak maklum balas daripada para profesional dan semua ini diterjemahkan untuk pengalaman terbaik dan menyakinkan jurugambar profesional dan amatur.

 

Justeru, usah risau jika anda kurang cekap mengendalikan kamera ini, kerana hasil foto yang dirakam adalah lebih jelas dan cantik berbanding menggunakan telefon pintar.

 

 

 

SEBAB 3

Kamera tanpa cermin ini disasar menjadi sebahagian daripada strategi perniagaan Nikon seiring dengan kamera digital lensa tunggal releks (DSLR) yang turut popular dalam kalangan pengguna.

 

Jika anda membawa kamera ketika berpergian, nampak lebih profesional dan up-to-date bukan?

 

 

 

 

 

 

 

SEBAB 4

Nikon Z7 hadir dengan sensor 45.7-megapixel dengan sokongan ISO antara 64-25,600, sokongan pengecaman autofocus sehingga 493 titik, selain kebolehan merakam sehingga sembilan bingkai per saat.

 

Maka dengan itu, subjek yang difokuskan terlihat lebih terang dan jelas selain gambar dapat dirakam dengan lebih pantas.

 

 

 

SEBAB 5

Nikon Z6 pula hadir dengan sensor 24.5-megapixel dengan sokongan ISO antara 100-51,200, dan sokongan PDAF sehingga 273 titik. Faktor ini juga menjadikan gambar yang diambil kelihatan bermutu dan jelas.

 

 

 

 

 

 

SEBAB 6

Kedua-dua kamera ini hadir dengan sokongan rakaman video 4K 30p atau 1080p pada kadar 120p, sebuah skrin sentuh LCD bersaiz 3.2-inci, kebolehan pemfokusan cahaya malap sehingga -4EV, sokongan WiFi dan Bluetooth untuk pemindahan termasuk integrase sokongan USB-C.

 

Hasilnya, gambar yang dirakam menggunakan kamera ini tetap terang meskipun subjek berada di kawasan yang bercahaya malap.

 

 

 

 

 

 

 

SEBAB 7

Kedua-dua kamera juga hadir dengan sokongan cagak-Z yang membolehkan pelbagai lensa dicagak ke kamera ini untuk fungsi tambahan – daripada lensa rakaman jauh sehinggalah kepada lensa rakaman luas.

 

Dengan adanya lensa yang pelbagai, anda boleh mendapatkan foto dari jarak jauh dengan lebih berkualiti, selain dapat merakam foto dengan lebih meluas.

 

 

 

SEBAB 8

Kedua-dua model ini mungkin menjadi pilihan kepada pencinta model Nikon yang inginkan kamera yang boleh merakamkan gambar tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat.

 

 

 

 

 

 

Lensa Nikon Z

Bersama-sama dengan sistem baru, Nikon turut memperkenalkan beberapa lensa yang boleh dipadankan dengan siri Z yang baru. Sebagai permulaan, Nikon melancarkan tiga Nikkor Z iaitu:-

35mm F1.8
50mm F1.8
24-70mm F4

Nikon Z7 dijual pada harga RM14,688 (badan sahaja). Kamera yang dihimpunkan bersama kit lensa 24-70mm F4 dijual pada harga RM17,858.

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.