Aug 13, 2019 - 89

20 Resipi Daging Korban — Masakan Mak-Mak Sangat, Sedapnya Makan Dengan Nasi Panas!

Apabila tiba Hari Raya Korban bermakna banyaklah lembu-lembu disembelih dan diagihkan. Maka, penuhlah peti ais Mak-Mak dengan stok daging segar yang masih merah. Jom, pelbagaikan idea masakan daging yang pasti mendapat barakah pada setiap gigitan.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

1. Rendang Daging

 

Kredit foto: BUTTERKICAP

 

 

Bahan-bahan: 

  • 2-3kg daging lembu, batang pinang (tenderloin)
  • 285g bawang merah, dikupas
  • 130g bawang kecil, dikupas
  • 25g bawang putih, dikupas
  • 12g kunyit hidup
  • 40g halia tua
  • 33g lengkuas
  • 5g daun limau purut (kira-kira 3 daun, dikoyak sedikit)
  • 20g serai, akar sahaja
  • 115g gula Melaka
  • 105g cili boh
  • 12g serai, ditumbuk sedikit
  • 16g daun kunyit (kira-kira 1-2 daun)
  • 1kg santan
  • 90g kerisik
  • 2 sudu besar garam

 

Cara Memasak:

Potong daging lembu menjadi kiub besar kira-kira 3cm x 3cm. Kisarkan bawang merah, bawang kecil, bawang putih, akar kunyit, halia, lengkuas dan akar serai sehingga halus. Hiris daun kunyit.

 

Dalam periuk besar yang berat, pasangkan api pada suhu tinggi dan terus tambahkan daging lembu, diikuti dengan campuran bawang, cili boh, separuh santan, garam, daun limau purut, serai dan gula Melaka. Kacau sehingga rata.

 

Bila campuran sudah mendidih, reneh dengan api kecil sehingga ia mula menjadi kering. Teruskan kacauan semasa masakan tengah reneh. Tambahkan baki santan dan terus reneh dan kacau sehingga hampir kering.

 

Tambah separuh daun kunyit dan kerisik. Daun kunyit dan kerisik dimasukkan terakhir. Terus kacau sehingga masakan menjadi betul-betul kering.

 

Keseluruhan proses ini akan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam, jadi bersabarlah.

 

 

 

 

2. Rendang Tok

 

Kredit foto: idaddapur.blogspot.com

 

 

 

Bahan-bahan: 

  • 1 kg daging lembu didadu
  • 2 liter/ 8 cawan santan dari 4 biji kelapa
  • 3/4 cawan kerisik
  • 1 1/2 sd besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sd besar serbuk jintan putih
  • 1 1/2 sd besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sd bsr serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 2 sd besar gula merah
  • 8 sd besar pes cili kering
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit air asam jawa/3 keping asam gelugor
  • Sedikit sahaja belacan
  • Tambahan air jika daging masih belum empuk

 

Bahan kisar halus:

  • 3 biji bawang besar
  • 12 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 6 cm halia
  • 6 batang serai
  • 4 cm lengkuas

 

Bahan lain :

  • Isi kelapa tua dihiris halus
  • 4 helai kecil daun kunyit dihiris halus
  • 8 helai daun limau purut dihiris halus

 

Cara Memasak:

Masukkan daging, santan, bahan kisar, pes cili, 3 beradik rempah ratus tadi dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kecil sehingga empuk.Tambah kerisik, serbuk lada hitam, jintan2, serbuk ketumbar dan belacan..sikit je tau. Masak sehingga kuah memekat.

 

Masukkan garam ( bubuh sedikit dahulu garam sebab kita akan pekatkan kuah dia nanti, jika kurang masin baru tambah kemudian ) gula merah, air asam jawa.

 

Jika menggunakan asam keping, masukkan awal lagi. Terus memasak sehingga menjadi agak sedikit kering. Jika daging belum betul-betul empuk boleh tambah sedikit air lagi dan terus memasak.

 

Kemudian baru masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sehingga betul-betul kering. Jika suka rendang lembab-lembap, masak jangan terlalu kering.

 

 

 

3. Kari Daging

 

Kredit foto: pokok2u.blogspot

 

 

Bahan-bahan: 

  • 1/2 Kg Daging - dihiris nipis
  • 1 Biji bawang besar - potong kecil
  • 3-4 Ulas bawang putih - di hiris
  • 2-3 Biji bawang merah - di hiris
  • 1 Inci halia - di hiris
  • 1/2 Sudu besar cili kisar - ikut selera
  • 2 Sudu besar rempah kari daging
  • 1 Kotak santan kotak / atau RM 2 santan pasar
  • 1 Sudu besar kerisik
  • Gula Melaka
  • Garam
  • Sedikit pes asam jawa
  • 2 Biji kentang - potong 4
  • 5-7 Biji sayur bendi - di buang tangkai

 

Bahan Rempah Tumis

  • Kayu manis - 1
  • Bunga lawang - 3-4 kuntum
  • Buah pelaga - 2-3 ulas

 

Cara Masak Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda

Panaskan minyak seketika di dalam kuali dan masukkan bahan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga) bersama bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia.

 

Tumis sehinga naik bau wangi dan layu. Masukkan cili kisar (jika nak pedas). Tumis sehingga cili masak.

 

Jika berubah warna atau naik minyak tandanya cili dah masak. Masukkan serbuk kari kacau cepat selama 1-2 minit dan masuk air. Kacau sehingga rempah kari masak.

 

Masukkan daging dan gaul sehingga sebati bersama rempah. Biarkan seketika sehingga air daging kering nak naik minyak. Masukkan santan dan air mengikut selera anda. Masak dengan api perlahan.

 

Tunggu sehingga daging empuk/masak. Masukkan ubi kentang yang dipotong tadi. Setelah mendidih masukkan garam, gula melaka, asam jawa, kerisik.

 

Masukkan sayur bendi kacau dan biarkan seketika dan tutup api setelah sayur bendi layu sedikit. Sesuaikan rasa manis masin ikut selera anda. Siap untuk dihidangkan.

 

 

 

4. Daging Masak Hitam

 

Kredit foto: anissdairy.blogspot

 

 

Bahan-bahan: 

  • 500 gm daging hiris nipis
  • Gaul dengan 1 sb madu
  • 1sb gula melaka 
  • 2-3 sb kicap pekat karamel
  •  Kisar bawang merah 7 biji
  • Bawang putih 1-2 ulas
  • Halia 1 inci
  • 1/2 sk jintan kasar
  • 1/2 sk jintan halus dengan lada kering dalam 15 tangkai.
  • 1 sb lada hitam -diumbuk agak halus.
  • Kicap masin secukupnya.
  • Titik 2 btg serai 1 sk pati asam jawa.

 

Cara Masakan:

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, lada hitam, serai yg dititik hingga pecah minyak. Masukkan pati asam jawa dan kacau sebati masukkan daging yang diperap.

 

Kacau lagi, tambahkan kicap masin secukupnya dan gaul sebati tutup kuali. Perlahankan api kacau sekejap. Renehkan sehingga daging empuk.

 

Kalau tak cukup manis tambahkan gula melaka/manisan/madu lg - ikut suka.

 

 

 

 

5. Sup Daging

 

Kredit foto: resepisedap-nennie.blogspot

 

 

Bahan-bahan: 

  • 1 kilo daging bercampur tulang lembu
  • 6 biji kentang
  • 3 biji tomato
  • Jus perahan limau nipis secukupnya
  • 1 pokok daun sup
  • Garam secukup rasa Air secukupnya *Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.

 

Bahan Tumis:

  • 3 sudu besar rempah sup
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai dititik
  • 5 biji cili api

 

Cara Memasak:

Mayang halus bawang, halia, lengkuas dikupas kulit. Ubi kentang dan tomto dipotong empat. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup.

 

Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk. Masukkan serai, cili api dan semua tulang/daging, biarkan sampai mendidih.

 

Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

 

Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk, Masukkan semua ubi kentang . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato, bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api. Tabur daun sup.

 

 

 

6. Kurma Daging

Kredit foto: adikros.blogspot

 

Bahan-bahan: 

  • Bawang merah (kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Bawang merah untuk digoreng (atau bawang goreng)
  • Rempah empat beradik (cengkih, bunga lawang, kayu manis, )
  • Cili boh (kalau guna cili kering, kisar skali dengan bawang merah, bawang putih dan halia)
  • Rempah kurma hitam
  • Minyak untuk tumis
  • Daging segar yang dipotong
  • Air asam jawa
  • Nissang / Manisan / Gula Melaka / Gula merah (tak letak pun tak apa)

 

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air.

Sekiranya menggunakan cili kering, kisar bawang-bawang tadi bersama cili kering.Tumis rempah empat beradik hingga naik bau, bawang dan cili kisar ke dalam minyak dalam periuk, masak sehingga naik bau. Pastikan bawang dan cili betul-betul masak.

 

Masukkan rempah kurma hitam dan kacau. Masukkan air asam jawa, nissang dan gula. Tambah sedikit air sekiranya bahan-bahan tadi nampak kering.

 

Menurut mak mertua Ros, daging yang dipotong dan dibersihkan tadi harus di gaul dengan bawang goreng dan perap sebentar. Kakak Ros plak ajar gaul daging tadi dengan garam dan perap.

 

Kemudian baru masukkan ke dalam periuk dan gaul bersama rempah dan bawang yang telah digoreng tadi. Masak sehingga daging itu mesra dengan rempah dan lembut. Orang tua-tua panggil mati air.

 

Bila daging sudah lembut, masukkan santan dan kentang yang dipotong kiub. Masak sehingga gulai tadi naik minyak.

 

 

 

7. Daging Masak Merah

Kredit foto: www.papaglamz.com

 

Bahan-bahan:

  • 200 gram daging
  • pewarna merah
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
  • 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 4 biji jagung muda, potong memanjang
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit tepung jagung
  • Karot, potong memanjang

 

Caranya :

  1.  Rebus daging di dalam air yang diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
  2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
  3.  Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  4.  Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  5.  Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  6.  Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
  7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

 

 

 

8. Daging Bakar Air Asam

 

Kredit foto: cintahawaa.blogspot

 

Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam) :

  • Daging ambil bahagian yg ada lemak baru sedap – (ketebalan daging 1.5cm- cucuk-cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan mudah serap)
  • Sos ikan (nampla)
  • Sos tiram
  • Minyak masak
  • Lada hitam

 

Bahan-bahan untuk buat sos cicah daging:

  • Sos ikan (nampla)
  • Air asam jawa
  • Jus limau nipis
  • Thai palm sugar
  • Serbuk cili thai (kalau x cukup pedas, boleh tambah cili padi tumbuk)
  • Bawang merah
  • Beras sangai (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)
  • Daun saderi (hiasan)

 

 

 

9. Daging Masak Halia

 

Kredit foto: www.bidadari.my

 

Bahan Perapan

  • 2 sudu kecil madu
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu kecil tepung jagung

 

Cara cara Memasak

Gaul bahan perapan dengan daging dan perap dalam 20-30 Min50-300 Gram Daging. Goreng bawang putih Halia dan cili kering sampai masak. Masukkan daging perap tadi kacau sebati goreng sekejap. Masukkan sedikit air dan goreng sampai daging masak dan air kering. Masukkan daun bawang goreng sekejap terus tutup api dah siap.

 

 

 

10. Kerabu Daging

 

Kredit foto: iresipi.com

 

 

Bahan- bahan:

  • 300g daging, rebus smpai lembut
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • 5-7 biji cili padi, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis, ambil jus
  • 3 helai daun limau purut, hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa

 

Cara Masakan:

  • Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
  • Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.

 

 

 

11. Nasi Daging

 

Kredit foto: darahatiku.blogspot.com

 

 

Bahan-Bahan untuk Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam

 

Bahan-bahan untuk rebusan daging:

  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 2 inci halia, hiris nipis
  • Air dalam anggaran 7 cawan lebih

 

Bahan-bahan yang untuk ditumis:

  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga

 

Bahan-bahan untuk air asam:

  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 biji tomato, potong kecil
  • 6 biji cili merah, potong kecil
  • 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
  • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 3 sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit perahan jus limau nipis

 

Cara Memasak:

Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.

Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.

Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

 

Cara untuk air asam:

Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

 

 

 

12. Gulai Lemak Daging Salai

 

Kredit foto: tiffinbiru.com

 

 

Bahan-bahan:

  • 300 gram daging salai
  • Rebung secukupnya, hiris nipis, cuci dan celur, toskan (anggaran 3 cawan)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 800 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3  cawan cili padi kampung (kisar)
  • 2 inci kunyit hidup (kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)

 

Cara Memasak:

Cuci daging salai, toskan dan masukkan ke dalam. Masukkan asam gelugor, serai dan bahan-bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut.

 

Masukkan rebung, kacau rata dan masak sekejap. Tambah pati santan dan daun kunyit. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak hingga rebung lembut, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.

 

 

 

13. Daging Masak Kicap

 

Kredit foto: Tumis.my

 

Bahan-bahan: 

  • 50 grm daging-dihiris nipis
  • 5 sudu besar cili kering yg tlh dikisar
  • 5 ulas bawang merah-dikisar
  • 2 ulas bawang putih-dikisar
  • 1 sudu besar jintan manis-ditumbuk halus
  • 1 sudu kecil lada hitam-ditumbuk halus
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • sedikit garam

 

Cara Memasak:

Daging yang telah dihiris digoreng dengan minyak sehingga masak.Kemudian angkat dan dengan menggunakan minyak yang sama,tumis pula bahan-bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau.

 

Kemudian masukkan sedikit garam beserta kicap manis.Akhir sekali masukkan daging bersama-sama jintan manis dan lada hitam.Gaul sehingga sebati dan cukup rasa.

 

 

 

14. Sambal Daging Campur

 

Kredit foto: ajinomoto.com.my

 

Bahan-bahan: 

  • 500 gDaging lembu
  • 300 gParu lembu
  • 500 gLimpa lembu
  • 2 kepingAsam keping
  • 1 sudu kecilGaram
  • 1 cawanMinyak masak
  • 1 batangSerai, diketuk
  • 1 sudu besarAsam jawa, dibancuh dengan sedikit air
  • 2 ½ sudu besarTUMIX® Perencah Pati Ayam
  • 1 sudu besarGula
  • Bahan-bahan (A): dikisar
  • 6 bijiBawang merah
  • 5 ulasBawang putih
  • 35 tangkaiCili kering, direbus
  • 1 inciHalia
  • ½ inciLengkuas
  • ½ cawanMinyak masak

 

Cara Memasak

1. Rebus daging, paru dan limpa bersama asam keping dan selama 1 ½ jam atau sehingga lembut.

2. Hiriskan daging, paru dan limpa.

3. Panaskan minyak masak dan goreng daging, paru dan limpa sehingga garing. Ketepikan.

4. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumiskan bahan kisar (A) bersama serai sehingga pecah minyak.

5. Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.

6. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula. Kacau sebati.

7. Masukkan daging, paru dan limpa lembu, kacau sehingga sekata.

 

 

 

15. Kerutuk Daging

 

Kredit foto: resepimalaysian.blogspot.com

 

Bahan-bahan: 

  • Daging batang pinang (potong tebal 1 atau 2’)
  • 3 sb rempah kerutuk
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga
  • 1 kotak santan - bancuh dengan air secukupnya.
  • 3 sb kerisik
  • Gula Melaka
  • 1 keping asam keping
  • Sos tomato

 

Cara Memasak:

Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris. Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak.

 

Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan.

 

Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato, jika ada.

 

 

 

16. Daging Goreng Ala Thai

 

Kredit foto: sueizza.com

 

Bahan- Bahan:

  • 300 gm daging-hiris nipis
  • 1 cm kunyit hidup-tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk halus
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai hiris halus
  • 2 sudu makan pes cili thai
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 biji tomato belah 4
  • 2 sudu kicap manis
  • garam dan gula

 

Cara Memasak:

1. Gaulkan daging yang di hiris dengan kunyit hidup,bawang putih dan garam.

2. Panaskan minyak dan gorengkan daging separuh garing.

3. Bila daging hampir garing masukkan kicap manis, sos ikan, pes cili thai, bawang besar dan serai.

4. Masukkan tomato dan daun limau purut. Kemudian perasakan. .Kalau suka boleh perahkan asam limau masa nak makan.

 

 

 

17. Asam Pedas Daging Tetel

 

Kredit foto: resepicikguani.blogspot.com

 

 

Bahan-bahan:

  • 600g daging tetel - direbus hingga empuk
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu teh halba campur
  • 6 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu teh serbuk kari daging
  • 3 helai daun limau purut
  • Air asam jawa secukupnya
  • garam dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis

 

Bahan tumbuk lumat:

  • 1 inci lengkuas
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis

 

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, serai,  bahan tumbuk, halba campur dan cili kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  • Masukkan daging dan air rebusannya sekali.
  • Masukkan daun limau purut. Kacau rata.
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.

 

 

 

18.  Daging Goreng Berlado

 

Kredit foto: kakinakl.com

 

 

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging batang pinang - hiris nipis-nipis
  • 4 helai daun limau purut, dibuang tulangnya
  • 2 helai daun salam(optional)
  • 1/4 sudu teh gula pasir
  • 2 sudu teh jus limau kasturi
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam untuk perasa

 

Bahan Tumbuk Kasar/Kisar Kasar

  • 8 biji  bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 15-20 biji cili/cabai merah-buang biji
  • 5-7 biji cili api

 

Cara Membuatnya:-

  • Daging di bersihkan, tos dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Goreng sehingga garing dalam minyak yang telah di panaskan.
  • Toskan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak jagung/minyak masak dan tumis bahan  tumbuk kasar, daun salam dan daun limau purut sehingga  sampai harum.
  • Masukkan daging, garam, dan gula pasir.
  • Gaul sebati dan biarkan sebentar.  Rasa cukup garam baru padam api dan masukkan pula jus limau.

 

 

 

19.  Daging Rebus Air Asam

 

Kredit foto: eshazara.blogspot.com

 

 

 

Bahan Kisar:

  • 1 biji tomato
  • 4-5 biji cili api
  • 2 ulas bawang merah
  • air asam jawa atau boleh juga guna air limau nipis dalam 1/2 biji
  • sedikit belacan
  • 3 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • air rebusan daging (dalam 1/2 cawan)

 

Bahan-bahan ini dipotong dadu;

  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • cili api potong ikut citarasa masing-masing

 

Cara Memasak:

Masukkan bahan yang telah diblend tadi ke dalam kuali atau pan. Campurkan sekali dengan daging rebus yang telah dipotong/dihiris. Tambah air rebusan daging kalau nak lebih kuah.

 

Tambahkan juga sedikit lagi air limau nipis. Masak dalam 10 minit. Boleh tambah rasa mana-mana yang kurang. Untuk air asam, campurkan semua bahan kisar dan bahan didadu tadi. Gaul dengan daging tadi.

 

 

 

20. Begedil Daging

 

 

 

Bahan-bahan: 

  • 4 biji kentang (saiz sederhana)
  • 250 gram daging cincang (sekeping)
  • 2 biji telur
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • Secekak daun sup / daun kucai
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

Cara Memasak:

Kupas kentang dan potong dadu. Goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Boleh juga rebus]. Sementara menggoreng kentang, goreng tanpa minyak daging cincang sampai masak dan toskan.

 

Lenyek kentang yang telah digoreng tadi. Potong dadu bawang besar dan potong kecil daun bawang / daun kucai. Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas.

 

Masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam. Gaul sebati semua bahan. Bentukkan aduanan bulat-bulat dan leperkan. Buat sehingga habis adunan.

 

Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tidak perlu banyak. Hanya perlu tenggelam separuh begedil sahaja. Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali.Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.