Dec 17, 2014 - 10

AMARAN : Persiapan Kesihatan Sebelum Melancong!

Memandangkan hujung tahun sering jadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti di luar negara, justeru apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap individu yang pergi melancong?

Memandangkan hujung tahun sering jadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti di luar negara, justeru apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap individu yang pergi melancong? Adakah terdapat suntikan atau saringan yang perlu dilalui oleh individu yang ingin berkunjung ke luar negara terutama ke negara yang dijangkiti dengan virus ini?
Berikut adalah nasihat kesihatan untuk makluman dan perhatian semua rakyat Malaysia:
finger-vacation.jpg
• Buat masa ini rakyat Malaysia adalah disarankan untuk menangguhkan perjalanan mereka ke negara-negara yang terjejas teruk dengan kejadian wabak EVD di Afrika Barat, iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone, kecuali untuk tujuan penting yang tidak boleh dielakkan.
• Sekiranya perlu meneruskan perjalanan tersebut, rakyat Malaysia yang mengunjungi negara-negara yang terlibat adalah dinasihatkan:
1.       Mengelakkan diri daripada melawat isi rumah atau fasiliti kesihatan yang terjejas dengan wabak EVD.
2.       Tidak sewenang-wenangnya menyentuh barangan yang mungkin telah dicemari dengan cairan badan pesakit seperti darah, najis, air kencing dan sebagainya.
3.       Mengelakkan daripada mendekati atau menyentuh haiwan mati yang ditemui.
4.       Mengamalkan tahap kebersihan diri dengan sebaik-baiknya dan basuh tangan dengan kerap dan sempurna.
5.       Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala demam, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak, sakit perut, muntah, cirit-birit, ruam dan kelesuan) dalam tempoh 21 hari selepas pulang daripada lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan dari negara yang terlibat kepada doktor yang merawat.
• Buat masa ini, tiada vaksin bagi EVD dan tiada ujian saringan dijalankan khususnya ke atas rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke luar negara, iaitu ke negara yang terjejas akibat kejadian wabak jangkitan virus ini.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: