Apr 24, 2015 - 13

Coklat Baru Marvellous Creations Miliki Ramuan Rahsia Letupan Di Mulut?

Suatu pemberian yang tepat untuk dikongsi bersama keluarga, kombinasi Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Cookie

Cadbury-Dairy-Milk-Marvellous-Creations-Jelly-Popping-Candy-160g.jpg
Jenama coklat terkemuka di Malaysia, Cadbury Dairy Milk, hari ini memperkenalkan satu cara baharu untuk menikmati coklat yang hebat lagi menyeronokkan dengan pelancaran rangkaian coklat baharu keluarannya, Marvellous Creations.
 
Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations menampilkan kenikmatan makanan coklat jenis baharu – coklat susu Cadbury Dairy Milk serba lazat dengan ketulan-ketulan berbentuk luar biasa, dilimpahi kombinasi perisa dan tekstur luar jangka yang digemari semua orang. Setiap gigitan berbeza dan seperti carnival di dalam mulut!
 Cadbury-Dairy-Milk-Marvellous-Creations-Peanut-Toffee-Cookie-160g.jpg
Coklat Marvellous Creations tampil dengan dua varian yang menyeronokkan lagi menyelerakan:
1.         Jelly Popping Candy: Jelly, Candy Bits dan Popping Candy disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
2.         Peanut Toffee Cookie: Peanut, Toffee dan Cookie Bits disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
 
“Hari ini kami sungguh gembira melancarkan satu lagi ahli kerabat Cadbury Dairy Milk yang tidak kurang hebat dan lazatnya. Menerusi Marvellous Creations, kami membawa kekaguman dan keluarbiasaan dalam cara bagaimana orang ramai menikmati coklat. Kombinasi bahan dan perisa luar biasa akan mengejutkan tunas rasa dengan setiap gigitan. Rasanya bagaikan suatu pesta di dalam mulut anda!” ulas Ben Summons, Pengarah Pemasaran Chocolates SEA.
 
Suatu pemberian yang tepat untuk dikongsi bersama keluarga, kombinasi Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Cookie yang menyelerakan ini akan dipasarkan di seluruh Malaysia dalam saiz 160g (Harga Jualan Disyorkan RM8.90 RCP) dan saiz 40g (Harga Jualan Disyorkan RM2.90 RCP).

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: