Jan 02, 2015 - 29

Dekati CEO Tune Studio - Adib Khalid

Daripada ayah, dia belajar tentang pengalaman mengurus cabaran hidup dan keteguhan disiplin.

“Saya adalah perpaduan istimewa ayah dan ibu,” ujarnya. Daripada ayah, dia belajar tentang pengalaman mengurus cabaran hidup dan keteguhan disiplin. Adib diberi banyak peluang berwisata sepanjang menggiati bidang bisnes. Malah dikelilingi barisan mentor berkarisma, bijak, luas pengaruh.
dscfwecwedf.jpg
TUNE STUDIO...
“Terima kasih atas lantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios. Tune Studios Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat Tune Group of Companies dan dimiliki bersama oleh Tan Sri Dr Anthony Francis Fernandes dan Dato' Kamarudin Meranun. Tune Studios menawarkan kemudahan studio rakaman audio terbesar di Malaysia yang memiliki 10 bilik studio yang direka eksklusif, memenuhi keperluan segenap lapisan pelanggan - daripada individu tanpa pengalaman rakaman hinggalah artis profesional. Misi terpentingnya adalah menyediakan asas untuk mencapai standard industri.
Kumpulan kami terdiri daripada pengeluar dan jurutera audio terlatih dalam arena muzik, juga Audio Post Productions. Muzik dan jabatan Audio Post Productions ini dibangunkan dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi buat pemuzik dan pelanggan korporat.”
 
Cita rasa muzik anak muda urbanista. Ayuh jenguk senarai muzik pilihan peribadi Adib: 
ewdfcfwercfwe.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: