Jan 05, 2015 - 65

Dekati Keluarga Amar , Anas & Aizat Amdan

Biar berbeza latar belakang, aura berani, saling menyokong bahkan tegar berdiri, menemani setiap peluang yang dijanji industri. Inilah pria The Amdan’s.

 Biar berbeza latar belakang, aura berani, saling menyokong bahkan tegar berdiri, menemani setiap peluang yang dijanji industri. Inilah pria The Amdan’s.
edcwdc.jpg
Mengagumi karakter bapa yang dianggap sebagai rare dan unik, ujar Amar pula, “Kalau dengan Ayah, tiada apa yang mustahil. Tak boleh kata tidak sebab bagi Ayah, nothing is impossible. Dia tak suka dengar alasan yang benda ni tak boleh buat. Mungkin kerana kerangka fikirnya sentiasa ke hadapan, bahkan go beyond.

                Ada kriteria yang patut kita contohi tapi ada juga sifat dia yang kadang-kadang membuatkan kami macam malu pun ada. Contohnya, macam beli songkok waktu nak sambut raya di Jalan TAR. Saya tak berapa ingat tahun bila ia berlaku. Dia Cuma ambil songkok dan terus cakap kepada penjual, okey RM30 tak payah nak tawar,” jelasnya sambil ketawa mengimbas detik itu. Disambut dengan hilai tawa semua, kata Aizat pula, “Ayah memang peramah. Dengan semua orang dia buat kawan, tak kira pangkat atau darjat. Dia jenis yang selamba dan ikut kepala dia saja. Lagi satu, dia ini jenis yang lantang bersuara.
Pabila ditanya siapakah antara mereka yang manja dengan ibu, Amar dan Anas pantas mencelah, “Aizatlah anak emak! Anak manja emak,” sambil menuding ke arah Aizat. Namun dalam nada seakan mengawal perasaan malu Aizat bingkas bersuara,“Semua anak Maklah, tiada beza pun,” tangkisnya. Bagi Anas Amdan pula yang kini menetap di Sabah (bertindak sebagai Pengarah Kreatif selain bertanggungjawab dalam produksi muzik dan arahan seni KGE); dek kerana minatnya pada bidang muzik, bekas graduan Perakaunan dari sebuah universiti di Brisbane, Australia ini nekad fokus pada kerjaya.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: