Jul 06, 2015 - 39

ESKLUSIF Kenangan Beraya Aidijuma Membawa InTrend Ke Munich, Jerman


Kami tinggalkan kenangan FESPA dengan helaan nafas panjang penuh kepuasan. Pada Hari terakhir sempat AidiJuma mengadakan rakaman sambutan hari raya rakyat Malaysia di Munich, Jerman.
 
Program yang diatur kemas oleh Pengurus Projek, Mohd Daus Mat Din dan eksekutif Pemasaran AidiJuma, Suhada Termizi, begitu terkesan di hati kami. Walaupun, Pada waktu itu bukanlah hari lebaran mahupun Ramadan, namun kemesraan dan sambutan mereka buat kami rasa betul-betul sedang meraikan hari kemenangan umat Islam.
 edcewdfqwed.jpg
Rakaman raya ini diadakan di kediaman Pengarah Pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Ahmad Tajudin. Turut memeriahkan rakaman tersebut adalah isteri, anak-anakmya saudara terdekat, jiran tetangga dan sebilangan kecil pelajar dan penduduk Malaysia yang menetap di Munich.
 picture-sasadas.jpg
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: