Nov 12, 2014 - 1

Lisa Surihani Bongkar Rahsia Gigi Bersih

Turut hadir pada pelancaran ialah pelakon terkenal dan duta Oral-B Lisa Surihani yang berkongsi pandangan beliau tentang kepentingan untuk bebas plak.

Membina Keyakinan Untuk Senyum, Bukan Plak! Separuh daripada rakyat Malaysia tidak memahami apa itu plak dan kesannya, namun mereka mengaitkan masalah kesihatan mulut dengan keyakinan. 78% daripada rakyat Malaysia bersetuju mereka kurang yakin sekiranya mempunyai pereputan gigi, manakala 77% bersetuju mereka berasa kurang yakin sekiranya nafas berbau busuk.
 8163_Low-Res.JPG
Ekoran itu, Oral-B, pakar penjagaan mulut dengan lebih 50 tahun pengalaman, telah melancarkan kempen “Plaque Off. Smile On” untuk meningkatkan kesedaran tentang plak, kesannya dan bagaimana mendapatkan senyuman yang putih berseri untuk keyakinan. Ini kerana memiliki keyakinan terhadap tahap kesihatan mulut membolehkan kita berhubung dan  mengekspresikan diri antara satu sama lain agar memperoleh kemanisan hidup yang lebih sempurna.
 
Perasmian itu yang dihoskan oleh P&G Malaysia dan disokong oleh Guardian Malaysia adalah kerjasama dengan Persatuan Pergigian Malaysia (PPM). Dr. Teh Tat Beng, presiden PPM dan Dr. Chow Kai Foo, pakar bedah dan implantologi gigi, turut hadir pada majlis untuk bercakap tentang plak, punca dan cara menanggalkannya dengan berkesan.
 Lisa-Surihani-during-Oral-B-s-new-campaign-Plaque-Off,-Smile-On_Low-Res.JPG
Turut hadir pada pelancaran ialah pelakon terkenal dan duta Oral-B Lisa Surihani yang berkongsi pandangan beliau tentang kepentingan untuk bebas plak.  “Memilih berus gigi yang betul juga penting untuk menanggalkan sehingga 99% plak. Rangkaian Oral-B Pro-Health menanggalkan plak secara berkesan dengan berus pada sudut 16 darjah yang menanggalkan plak pada kawasan yang sukar dicapai.”

Pemeriksaan Gigi Percuma
Bersempena kempen “Plaque Off. Smile On”, Oral-B dengan kerjasama PPM akan menawarkan pemeriksaan gigi percuma di 50 klinik terpilih seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bermula penghujung November 2014. Untuk maklumat lanjut layari www.facebook.com/OralBMalaysia
Oral-B-Plaque-Off-Smile-On.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: