Mar 23, 2015 - 4

Nazim Othman Kemungkinan Hilang Deria, Eksklusif HLive!

Ada kemungkinan saya hilang deria atau kemungkinan lain yang lebih besar...

Pelakon Nazim Othman bukan lah asing dalam industri lakonan di Malaysia. Kelibatnya sering hadir kala drama-drama yang sering menemui penonton di KacaTV. Biar portfolio lakonan nya belum sempat cecah panggung layar. Nazim Othman dikhabarkan menerima satu dugaan besar dalam hidupnya. 
ewfdqwdwq.jpg
Pendedahan eksklusifnya itu dilakukan bersama Datuk Aznil Hj Nawawi dalam program HLive! Apa Kata Malaysia yang bakal bertemu penonton pada malam ini.
 
“Situasi saya (kali ini) rumit kerana pembedahan ini melibatkan anggota badan yang penting dan serius. Ada kemungkinan saya hilang deria atau kemungkinan lain yang lebih besar.
 
“Bila saya muat naik gambar di Instagram, orang lain tidak tahu yang sebenarnya saya sudahpun menjalani pembedahan,” tambah Nazim yang tampil dengan beanie (aksesori kepala) yang menutup parut kepalanya.
sadcfwsdcawq.jpg
Untuk informasi yang lebih terperinci, saksikan temubual eksklusif ini dalam HLive! Apa Kata Malaysia yang akan disiarkan pada hari Isnin ini, 23 Mac 2015 jam 9.30 malam di saluran Astro RIA (104) dan Astro Maya HD (135).
 
HLive!
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: