Oct 07, 2014 - 2

Refreshment Hubungan Cinta Baru

Tidak ada yang salah dengan mengucapkan "I love you, honey" setiap hari. Tetapi pastikan cara dan masanya epat agar tidak menjengkelkan orang lain.

Cinta-baru.jpg
Tinggalkan masa lalu
Dalam meniti hubungan baru pasti ia merupakan satu refreshment dalam hidup anda. Elakkan dari membandingkan kelebihan mahupun kekurangan kekasih baru dengan kekasih lama.  Maka tinggalkan masa lalu Anda. Anda hidup untuk hari ini dan masa depan, bukan masa lalu.
 
Adakah anda sudah bersedia? 
Jika anda belum bersedia untuk menemui cinta jangan terus terjah menyelami cinta yang belum pasti anda terima. Malah pastikan diri anda betul-betul bersedia untuk menerima cinta baharu agar hubungan yang baru di bina tidak akan terus musnah dek ego kamu sendiri. Jika Anda sudah bahagia dengan diri Anda, maka hubungan Anda akan berjalan lebih baik.
 
Komunikasi cinta perlu ada 
Sebuah perhubungan yang Berjaya adalah melalui proses komunikasi yang baik. Jangan pernah menduga atau salah anggap terhadap setiap perbuatan pasangan kamu. Kongsi semua perkara dan jangan biar ada rahsia antara anda. dan berlatih lah untuk percaya padanya. Sebuah hubungan tanpa diiringi rasa percaya akan berakhir air mata.
 
Tak perlu bercinta 24jam 
Jika sudah hangat bercinta jangan biarkan seluruh masa anda bersamanya. Tidak bermakna anda bercinta dengannya bererti meluahkan 24jam bersama. Tidak! masing-masing perlu menikmati waktu sendiri. Selalu bersama memang menyenangkan, namun saat anda tidak bersama dengannya, Anda akan semakin menghargai arti kehadirannya.
 
Setia hujung nyawa
Cinta itu seperti bunga, kadang dia mekar, kadang dia layu. Namun adakah Anda dengan mudah membuang tanaman dan bunga jika dia layu? Tidak kan? Hargai cinta anda dengan sesuai yang baru. Jangan mudah bersifat bosan dengan pasangan. Cipta aktiviti yang menarik agar mampu meninggalkan kenangan bersama. Namun percayalah, jika kedua pasangan menjaga kesetiaan, semua akan terbayar dengan kemanisan.
 
don’t be selfish
Sebagai pasangan bercinta pasti semuanya indah belaka. Malah jangan lupa di kala susah, kamu juga perlu mendukung sesama sendiri. “don’t be selfish”. Jangan hanya bersamanya ketika bahagia, saat pasangan anda  sedang susah, pastikan Anda selalu mendukung dan ada untuknya.
 
"I Love You" hanya untuk dia bukan di Facebook 
Tidak ada yang salah dengan mengucapkan "I love you, honey" setiap hari. Tetapi pastikan cara dan masanya tepat agar tidak menjengkelkan orang lain. Tidak perlu pamer kata-kata ini di Facebook setiap saat, karana yang ingin Anda tuju adalah pasangan Anda, bukan teman-teman Facebook Anda.
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: