Aug 25, 2015 - 1

[URBAN HUNTING MUSIC] Pesta Muzik + Kereta Terhangat Mercedes-Benz Malaysia!

Kalian masih ingat terigaukan Art Cars Mercedes-Benz dan lukisan graffiti artsy-fartsy yang menghiasinya, yang dihasilkan oleh street artists @fritilldea, @donald_abraham and @orkibal?...

Kalian masih ingat terigaukan Art Cars Mercedes-Benz dan lukisan graffiti artsy-fartsy yang menghiasinya, yang dihasilkan oleh street artists @fritilldea, @donald_abraham and @orkibal? Apakah kalian masih memburu Art Cars ini?
 Urban-Hunting-Music-Event-3-(Lust).jpeg
Jangan hampa jika kalian gagal menemui Art Cars Mercedes-Benz Malaysia buruan ramai ini, kerana kami membawakan satu lagi gelombang baru #MYUrbanHunting yang pasti membuat anda bernyanyi dan berdansa sepanjang malam! Tahukah anda, kempen ini kini sudah memasuki Fasa Kedua? Lebih menarik, urban art scene kini mengorak langkah lebih dinamik dengan ritma baru jauh lebih rancak dan bertenaga, kerana kempen ini kini melangkah ke fasa muzik. Ya, The Urban Hunting Music! Bayangkan senario ini ─ kereta paling cool daripada Mercedes-Benz Malaysia, urban art paling kreatif dan muzik terkini paling hip di kelab malam tumpuan ramai! Pasti cool bukan?
 Mercedes-Benz-Urban-Hunting-Music-3.jpg
Untuk makluman InTrenders, Mercedes-Benz Malaysia bekolaborasi dengan empat artisan, dikenali dengan nama Foursome KL, untuk menumpahkan warna-warna catan seni graffiti mereka pada tiga kereta Mercedes-Benz’s iaitu A-Class, CLA 200 and GLA 250. Terdahulu, kolaborasi seni dan automobil ini telah pun menempa sejarah menerusi program jelajah di lokasi-lokasi terpilih di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang dan Melaka, dipanggil Urban Hunting Street Art. Ayuh, saksikan kembara mereka di sini:
 

Seperti yang telah dinyatakan tadi,  Fasa Kedua ini menyaksikan muzik sebagai teras utama. Anda pasti tidak akan kecewa kerana Mercedes-Benz Malaysia berkolaborasi dengan rangkaian radio Bahasa Inggeris paling hangat dan diminati ramai ─ Club Hitz ─ untuk menggegarkan lagi Kempen Urban Hunting Music ini! Siri jelajah muzik ini bakal menyaksikan kempen Urban Hunting Music melantunkan ritma urban paling hip dari barisan kelab malam terpilih, dengan kemunculan eksklusif penghibur dan deejay Malaysia terhangat masa kini! Bahagian Pertama Kempen Urban Hunting Music telah pun berlangsung di Cuvee Pulau Pinang, menyaksikan Jakeman and Skeletor menghangatkan malam pesta. Parti lebih rancak dengan kemunculan istimewa Leng Yein, Point Blanc. JinnyBoy dan Michelle Lee. Selepas kemunculan di Cuvee Pulau Pinang, Kempen Urban Hunting Music menemui pemburu - pemburunya di kota Kuala Lumpur pada Jumaat yang lalu di The Lust KL. Jika InTrenders ingin menjadi sebahagian daripada kehangatan pesta muzik paling happening ini, jangan ketinggalan untuk sentiasa mengikuti pengumuman terkini di laman Instagram @mercedesbenzmalaysia. 
 
Atau ikuti laporan bergerak kami di Instagram @intrendmalaysia; Facebook @MajalahInTrend dan Twitter @InTrendMalaysia. Kami akan mengumumkan lokasi-lokasi
Urban Hunting Music yang berikutnya untuk kalian serbu, woohoo! Dan hey, pengumuman penting! Para urbanista dialu-alukan merakam foto kalian bersama Art Cars Mercedes-Benz Malaysia lalu memuat naik foto tersebut ke laman media sosial kalian (Instagram, Facebook atau Twitter). Muat naik perlu disertakan hashtag #MYUrbanHunting, #UrbanHuntingMusic,  #MBMYPhoto serta tag @mercedesbenzmalaysia. Ganjaran menarik menanti di mana kalian berpeluang memenangi hadiah menarik daripada Mercedes-Benz Malaysia. Jadi ayuh InTrenders, kita beramai-ramai menggegarkan lagi kempen Urban Hunting Music
ini! Jom, kita #MYUrbanHunting untuk #UrbanHuntingMusic, kerana @mercedesbenzmalaysia mahu kalian menjadi sebahagian daripada energi muzik urban  #MBMYPhoto kali ini! Jumpa kalian di lokasi seterusnya!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: