Aug 09, 2019 - 36

Bilik Selesa, View Indah, Berteknologi Moden – ALOFT LANGKAWI, Janjikan Percutian Manis

Mencari penginapan berdekatan pantai, berkemudahan lengkap dengan lokasi strategi, Aloft Langkawi memenuhi semua kriteria untuk percutian sempurna.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

Intrend a 1

Caption: ALPT Splash Pool Sunset

 

 

“Elegan. Stylish. Cool.” – Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut saya sebaik menjengah hotel ini.

 

Terletak di Pantai Tengah, hotel ini berkedudukan strategik kerana hanya beberapa minit berjalan kaki sahaja untuk ke Pantai Cenang yang menjadi kunjungan utama pelancong untuk berlibur.

 

Malah, hanya 10 km dari Lapangan Terbang Langkawi. Apakah yang menarik tentang Aloft Langkawi ini?

 

 

Intrend aloft 2

Caption: ALPT Sweet Suite Bedroom

 

 

Bilik Selesa, Katil Empuk, Balkoni Luas

Menjengah masuk ke biliknya, mata terpana dengan keluasan tandasnya, kemudian hati jatuh cinta saat membuka pintu balkoni yang membentangkan permandangan asyik.

 

Udara sejuk bersih menyapa ke wajah buat hati tidak mahu kemana-mana.

 

Ia menyediakan beberapa jenis bilik seperti Loft Rainforest, Loft Garden, Loft Seaview, Breezy Room and Sweet Suite dengan pilihan pemandangan laut Andaman atau saujana permandangan rimba.

 

 

Caption: ALPT Sweet Suite Living Room

 

 

Menariknya lagi, setiap bilik ini dilengkapi Passive Infrared (PIR) motion sensors yang mampu mengawal penggunaan elektrik secara auto.

 

Sebaik pengunjung meninggalkan bilik, bekalan elektrik akan terputus dengan sendirinya.

 

Malah, saat pintu balkoni dibuka, penghawa dingin secara automatik akan dimatikan. Ini sebagai usaha pihak hotel dalam menyokong kempen penjimatan elektrik.

 

 

 

Caption: ALPT Nook Seating Area

 

 

Layan Re:mix dan Muzik Tempatan

Bosan-bosan sendirian di bilik, boleh sahaja turun berlibur di ruang lobinya yang santai dan berkonsepkan terbuka. Di W xyz Bar juga menyajikan hidangan muzik dan koktel yang pasti buat kamu relaks dan punya ruang untuk berehat.

 

Atau nikmati permandangan Laut Andaman di Splash Bar yang memukau mata dan jiwa.

 

Aloft Hotel juga menyediakan persembahan akustik daripada pemuzik tempatan sebagai tanda sokongan mereka kepada bakat tanah air. Satu usaha terpuji!

 

 

Caption: ALPT Nook Buffet Counter

 

 

Makanan Semua ‘Berasa’

Aloft Hotel memang terkenal dengan sajian makanannya yang enak-enak belaka. Kunjungi Restoran Nook mereka, dan kamu pasti setuju dengan saya.

 

Dengan dekorasi yang bold and bright, ia pasti membuka seleramu serta-merta.

 

Sajian makanan bercitarasakan tempatan dan klasik barat boleh dipilih untuk disajikan panas-panas dan pada sebelah malamnya, pada setiap hujung minggu disediakan secara bufet.

 

 

Caption: ALPT Kids Club

 

 

Kids Club

Untuk pasangan yang membawa anak kecil, jangan bimbang. Saat kamu menikmati hidangan di Nook atau mandi-mandi di kolam renang infinitinya itu, kamu boleh sahaja menghantar anak-anak ke Kids Club yang terletak di aras yang sama dengan Nook dan kolam mandi.

 

Ia dibuka dari jam 10 pagi ke lewat petang. Terdapat banyak aktiviti menyeronokkan disediakan seperti permainan blok, puzzles, aktiviti mewarna dan tayangan filem khas untuk kanak-kanak.

 

Pastinya, anak-anak susah untuk dibawa pulang jika sudah seronok di dalamnya. Ha ha ha...

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.