Aug 13, 2016 - 170

Atlet Ini Buktikan Dia Mampu Tandingi Idolanya Sehingga Bergelar Juara

Negara Asia sekali lagi menjadi perhatian apabila Joseph Schooling melakar kejutan terbesar di temasya Olimpik Rio hari ini apabila menewaskan legenda renang Amerika Syarikat.

OLEH: Hakimi Tajul As'ari 

Sedang terasa bahang kehangatan sukan Olimpik Rio, negara Asia sekali lagi menjadi perhatian apabila Joseph Schooling melakar kejutan terbesar di temasya Olimpik Rio hari ini apabila menewaskan legenda renang Amerika Syarikat, Michael Phelps yang merupakan idolanya ketika kecil pada acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki, sekali gus memberikan emas Olimpik pertama negaranya. 

Kemenangan itu sekali gus mencatat rekod Olimpik 50.39 saat.

 

Penyertaan beliau dalam Olimpik Rio dilihat bukanlah peserta yang diberikan perhatian istimewa pada awalnya. Namun selepas meraih pingat emas, laporan media mengumpamakan dirinya ibarat satu motivasi luar biasa bagi remaja sleuruh dunia untuk terus mengejar cita-cita hingga ke puncak jaya. 


Gambar ini menceritakan kisah Joseph suatu waktu dahulu, ketika dia berusia 13 tahun. Foto ini merakam momen gembira dia bertemu dengan idolanya Michael Phelps yang merupakan perenang terhebat pada tahun 2008. Siapa sangka, kini dia mampu tandingi rekod kejuaraan idolanya sendiri, sekaligus membanggakan nama Asia di mata dunia. 

Sumber: Astroawani.com

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.