Mar 04, 2019 - 92

8 Tahap Cabaran Ibu Bapa Mesti Lalui... — Ini Tips ‘Parenting’ Sebelum Anda Memiliki Zuriat

InTrenders ingat senang ke nak jadi mak ayah? Wajib tahu, sebelum seseorang anak itu menjejakkan kaki ke alam dewasa, ada beberapa peringkat ibu bapa kena tempuhi.

 

 

 

 

 

 

TAHAP 1: 0 – 12 BULAN

Kalau anda rasa jaga bayi itu susah, anda silap! Menjaga bayi paling senang kut, cukup makan cukup susu tidurlah dia.

 

Cuma susah jika perut bayi kembung – dia akan melalak sepanjang malam sekali gus membuat anda juga perlu bersengkang mata sehinggakan mata pun dah jadi mata panda; terlebih manja – bayi melekap macam anak kanggaru, nak buat kerja-kerja rumah pun tak senang; atau waktu main dia ikut ‘time zone’ Amerika Syarikat, oh, la... la...

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden) on

 

 

 

TAHAP 2: 1–2 TAHUN

Inilah saat paling mencabar apabila anak kecil anda sudah pandai berjalan, memunggah dan menyepah barang- barang di rumah. Pantang lepa pinggan- mangkuk pecah berderai, baju di dalam almari pasti terburai, barang permainan dia usah cakaplah – keadaan rumah dah macam tongkang karam.

 

Maka tidak hairanlah jika kita lihat rumah mereka yang memiliki anak seusia begini, setiap pintu almari diikat ketat sama ada dengan getah bulat ataupun tali rafia.

 

Jika tak buat lagu ni, memang si ibu kena kemas rumah sepanjang masa, dari pagi hingga malam, non-stop! Waktu usia anak satu hingga dua tahun inilah, ibu bapa sentiasa kena pantau mereka 24/7.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on

 

 

 

TAHAP3: 2–3 TAHUN

Saat paling menduga sebab inilah saat keemasan tantrum si anak kecil anda. Dia boleh berguling depan kedai hanya disebabkan kita tidak belikan barang permainan yang dia mahu.

 

Meraung tak nak duduk dalam stroller sebab mahu dikendong sentiasa, sedangkan emak ayah tak larat nak dukung sebab anak kategori obes.

 

Melalak dalam mall sekadar mahukan perhatian anda yang sibuk shopping. Atau menjerit-jerit tak dapat naik kereta mainan.

 

 

 

 

TAHAP 4: 4–5 TAHUN

Saat buat perangai! Macam mana tu? Anak seusia ini buat perangai tak mahu mandi, tak nak makan, tak nak pakai baju, tak nak jalan, tak nak segala benda semata-mata kerana dia tak mahu pergi taska.

 

Lebih menguji kesabaran apabila anda perlu ulang setiap pagi rutin melayan anak usia sebegini yang banyak ‘drama’ selama setahun, sambil ulang Tahap 1 untuk adik dia (jika anda melahirkan anak kedua).

 

Jadi, bertabahlah ya!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lara Alana Ahmad Awaluddin (@laraalanaa) on

 

 

 

TAHAP 5: 5–6 TAHUN

Saat kecemerlangan. Okey, tahap ini anda boleh tarik nafas lega sikit sebab dia dah ada kawan boleh nyanyi-nyanyi kala balik sekolah (tadika). Tapi anda jangan lupa ulangan dari atas untuk adik dia pula, hehehe...

 

 

 

TAHAP 6: 7 TAHUN

Ini nasib. Dapat yang pergi sekolah, balik sekolah okey, alhamdulillah. Tapi jika dapat yang pergi wangi balik bau belacan padahal baru hari Isnin, urut sahaja dada wahai emak-emak semua! Itu belum lagi kes anak yang kena buli di sekolah.

 

Disebabkan asyik dibuli atau diejek rakan-rakan sekelas, ada yang tidak mahu pergi ke sekolah.

 

Jika anak berterus-terang dan berkata jujur, mungkin kita sebagai ibu bapa boleh berusaha untuk menangani masalah ini sekali gus membantu anak-anak mendapat keyakinan diri untuk kembali ke sekolah.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

 

 

 

TAHAP 7: 8 – 12 TAHUN

Tidak banyak masalah di sekolah kecuali susah nak suruh anak buat kerja sekolah. Rasa macam menyanyi hari-hari dok ulang suara macam tape recorder buruk.

 

Kalau anak sulung perangai cemerlang dari darjah 1 tapi anak kedua anda kena sabar tahap langit ketujuh dengan perangai ‘ikut suka kau lah nak buat ke tak’.

 

Itu belum masuk part hari-hari hilang pensel, hari-hari hilang pemadam, hari- hari hilang buku.

 

 

 

TAHAP 8: 13 – 17 TAHUN

Bermula cabaran anda mendidik anak remaja iaitu zaman peralihan daripada kanak-kanak menuju alam dewasa. Boleh dikatakan sebagai tempoh yang penting dan genting. Penting kerana saat ini anak- anak melalui proses mencari identiti diri, juga tempoh masa sangat proaktif dan produktif.

 

Zaman remaja adalah masa yang dihiasi dengan semangat berkobar- kobar dan keberanian luar biasa.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

 

 

 

Ibu bapa adalah insan paling rapat dengan anak-anak. Justeru, anda hendaklah sentiasa meluangkan masa bersama mereka. Ketika berdepan dengan kepantasan ledakan teknologi, maklumat serta liberalisasi budaya merentasi sempadan dunia, jangan biarkan anak remaja membesar tanpa sentuhan kasih sayang.

 

Zaman kita berada sekarang adalah zaman serba mewah dan senang. Kehidupan berasaskan kebendaan dan material semata-mata menyebabkan usaha- usaha pembinaan keluarga lebih cenderung kepada merebut kekayaan.

 

Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa peka perkembangan semasa anak-anak dan sentiasa menyiapkan diri dengan sesuatu yang baharu agar dapat membantu masyarakat menghasilkan budaya remaja sifar jenayah.

 

Terlalu sibuk dengan pekerjaan menjadikan ibu bapa lupa peranan dan tanggungjawab yang hakiki. Lantaran itu, kita menyaksikan pelbagai masalah sosial seperti rempit, pergaulan bebas, buang bayi dan sebagainya. Justeru, kesedaran di peringkat akar umbi amat perlu dengan pendekatan pendidikan dan asuhan di rumah.

 

Mendidik anak remaja satu cabaran besar. Remaja mempunyai dunia mereka sendiri dengan bahasa, nilai dan budaya. Berinteraksi dengan anak remaja dengan mengabaikan hakikat ini adalah satu tindakan sia-sia yang menatijahkan kegagalan dan kekecewaan.

 

Oleh itu, kita perlu memahami dunia mereka terlebih dahulu supaya kita benar-benar dapat berinteraksi dengan jiwa mereka.

 

Kerap kali kita diingatkan bahawa jika anak diasuh dengan seimbang sejak kecil, mereka akan membesar menjadi insan menyenangkan. Begitu juga dengan anak yang dibesarkan dengan asuhan negatif, sudah pasti mereka juga akan membesar sebagai seorang yang melihat dunia dari kaca mata serong.

 

Justeru, asuhan itu dianggap sebagai didikan untuk membentuk peribadi dan sikap baik anak-anak. Namun tidak ramai yang sedar bahawa asuhan juga boleh merosakkan kehidupan individu. Jadi, fikir-fikirkanlah.

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  general