Aug 29, 2016 - 431

Cara Ini Berkesan Untuk Elak Gaji 'KOPAK' Setiap Hujung Bulan

Ajal tidak mengenal usia. Jangan menunggu saat-saat terakhir untuk mengatur hidup anda sekiranya anda boleh bermula dari sekarang.


Uruskan kewangan anda dengan bijak untuk masa depan yang lebih terjamin untuk anda dan juga insan yang tersayang.
 

1.    Tentukan Matlamat Kewangan

Tetapkan matlamat hidup anda sebelum anda merancang untuk mencapai matlamat anda. Setiap perancangan perlu ada matlamat. Tentukan apa yang anda impikan selepas anda bersara nanti. Kehidupan yang bagaimana yang anda bayangkan selepas anda bersara. Mungkin juga anda teringin untuk memulakan perniagaan dan mungkin merancang untuk bercuti ke seluruh dunia. Ambil sehelai kertas dan tulis apa yang anda inginkan.

2.    Sumber Kewangan Stabil

Sebelum anda menetapkan matlamat kewangan anda, anda perlu mempunyai sumber kewangan yang stabil. Dengan keadaan segala harga barang semakin meningkat agak sukar untuk menabung sekiranya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pendapatan sampingan dengan melakukan bisnes kecil- kecilan menggunakan sosial media. Jangan menggunakan alasan gaji tidak mencukupi dan terlalu sibuk untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

3.    Rancang Perbelanjaan

Pastikan anda merancang perbelanjaan dengan bijak. Jangan terlalu ikutkan nafsu ketika berbelanja. Pastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan. Sebaik sahaja anda mendapat gaji, simpan 10% daripada gaji anda. Berbelanja ikut keperluan dan bukan kehendak atau nafsu.

4.    Menabung dan Melabur

Jangan bazir kan kesemua pendapatan anda. Pastikan anda mempunyai tabungan. Ini penting untuk jaminan di masa depan. Namun, pastikan anda berhati-hati ketika ingin melabur. Terdapat pelbagai jenis pelaburan dan anda perlu bijak dalam membuat pelaburan. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya.

5.    Wasiat dan Pembahagian Harta

Sebaik sahaja ajal menjemput, semua akan ditinggalkan. Oleh itu, pastikan anda mewasiatkan harta yang terkumpul pada orang tersayang anda. Ini untuk memastikan masa depan anak-anak tidak terkontang-kanting. Begitu juga sebaliknya, jika anak yang masih menanggung orang tuanya perlu memastikan kebajikan orang tuanya terjamin. Wasiat penting untuk menjamin masa depan insan tersayang anda.

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    21 Pintu Unik di Seluruh Dunia yang Pasti Membuat Anda Mahu Bergambar #OOTD di Situ

  • Seterus →

    50 Hakikat Tentang Lelaki, Wanita Perlu Terima Selepas Kahwin... No. 33 Pasti Buat Anda Tersenyum