Aug 05, 2019 - 19

Kemudahan di Hujung Jari – citizenM Hotel Smart Tech, Rekaan Kontemporari

Hotel baru di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini menyajikan pengalaman penginapan baru dengan kemudahan segalanya di hujung jari.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Intrend c 1

 

 

Diluarnya tertera potret wakilan anak-anak Malaysia pelbagai latar belakang dan kaum, Hotel citizenM sebuah pengenalan hotel yang lain dari kebiasaan.

 

Berdekorasi nuansa kontemporari moden dan dilengkapi teknologi serba canggih namun terselit elemen kebudayaan tempatan dengan memaparkan hasil seni anak tempatan sebagai hiasan dalaman. Cool, bukan?

 

 

Intrend c 2

 

 

Bukan Lobi, Tapi Ruang Tamu

Mahukan pelanggannya menikmati satu pengalaman penginapan seperti di rumah sendiri, citizenM mengadaptasi cara daftar masuk di bilik hotelnya secara sistematik. Pengunjung tidak perlu melalui penyambut tetamu lagi.

 

Hanya masukkan sahaja data yang diperlukan menerusi komputer yang menyambut kalian di hadapan pintu masuk.

 

Kaedah ini memberikan ruang lebih privasi kepada pengunjung tanpa perlu banyak tatacara khas. Namun, jangan bimbang terdapat staf yang sudi melayani kesulitan kalian sepanjang masa.

 

 

Intrend c 3

 

 

Bilik Berteknologi Canggih, Katil XL

Menjadi keutaamaan hotel ini untuk menyediakan satu pengalaman penginapan yang selesa buat pelanggan kerana bagi mereka sesuatu yang amat penting untuk seseorang menikmati tidur dan rehat yang berkualiti.

 

Maka, di sini disediakan katil bersaiz besar yang empuk.

 

Setiap kemudahan di dalam bilik boleh dikawan dengan hanya satu ‘remote’ daripada pencahayaan lampu, penyelarasan bidai dan hiburan di bilik, hanya dengan hanya di hujung jari pada sebiji alat kawana jauh.

 

Juga disediakan rain shower, black-out blinds, iPad-controlled room, percuma filem terpilih dan wi-fi. Mudah dan sempurna bukan?

 

 

Intrend c 5

 

 

Intrend c 6

 

 

Lepak Makan di canteenM

Kalau perut kelaparan, jangan bimbang untuk mencari makanan luar kerana di sini turut disediakan pantry yang dibuka 24jam.

 

Makan dan minum yang berkonsepkan casual grab & go ini memenuhi citarasa mereka yang sukakan sajian ringkas dan mudah. Turut disediakan makan pagi percuma untuk pengujung.

 

Ruang pantry yang bersifat intimate dan chill ini pasti memberi ruang santai yang menenangkan untuk pengujung mengisi perut juga melepaskan lelah.

 

Ada juga yang meneruskan urusan kerja di sini kerana terdapat ruang tamu dan meja makan yang sangat selesa untuk kamu berurusan kerja mahu pun bersosial.

 

 

Intrend c7

 

 

Intrend c 8

 

 

Intrend c 9

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.